Social Icons

Pages

BULETIN 247

Saturday, April 18, 2015

DEMI SELAMATKAN DIRI, MAT SABU KATA PASMA HANYALAH SERPIHAN KECIL PAS YANG DIKETUAI PHAHROLRAZI ZAWAWI!!!



Perpecahan yang berlaku dalam Pas sehingga tertubuh Pasma hanya melibatkan serpihan kecil ahli.

Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu yakin keadaan itu tidak menjejaskan sokongan rakyat terhadap Pas.

“Dalam sejarah perjuangan Pas, ini hanyalah perpecahan kecil. Cuma saya nasihatkan kepada generasi muda supaya jangan panik dan bimbang.

“Kalau nak dibandingkan perpecahan paling besar yang pernah berlaku adalah pada tahun 1978 apabila tertubuhnya sebuah parti serpihan Pas iaitu Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa),” katanya kepada Sinar Harian selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pas Kawasan Padang Terap kali ke-40 di Kompleks Pas Kawasan, Kampung Barokas, di sini, hari ini.

Menurutnya, perpecahan terbesar itu berlaku melibatkan beberapa pimpinan kanan Pas Pusat dan Kelantan.

“Dalam situasi sekarang, perpecahan yang berlaku hanya melibatkan seorang bekas Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Kedah dan Adun Pengkalan Kundor, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi sebagai Presiden Pasma.

“Jadi perpecahan itu hanya melibatkan serpihan kecil ahli Pas kalau nak dibandingkan dengan sejarah perpecahan sebelum ini,” katanya.

Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu berkata, sejarah kerjasama (Tahaluf) Pas sejak 1951 mengalami pelbagai peristiwa politik dari semasa ke semasa.

“Pada tahun 1959, kita buat kerjasama dengan Parti Negara pimpinan Datuk Onn Jaafar yang membolehkan kita menguasai Terengganu dan Kelantan.

“Kemudian Pas bertanding secara bersendirian pada tahun 1964 dan hilang kerajaan Kelantan. Menjelang 1990, kita bekerjasama dengan Angkatan Perpaduan Ummah (APU) yang membolehkan kita kembali menguasai Kelantan bawah pimpinan bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,” katanya.

Mat Sabu berkata, apabila berlaku perpecahan dalam Umno, Pas mengadakan kerjasama dengan barisan alternatif yang membolehkan parti itu menguasai semula Terengganu dan mengekalkan Kelantan.

“Menjelang PRU 2008, Pas mengadakan kerjasama politik dengan PKR dan DAP. Hasil kerjasama itu, kita berjaya menguasai lima negeri iaitu Kelantan, Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah.

“Apa yang saya nak sampaikan ialah, setiap kali berlaku kerjasama politik, maka satu lonjakan penguasaan kerusi Dun dan parlimen akan berlaku,” katanya.

Mengulas mengenai perpecahan terbesar Pas, beliau berkata ia berlaku apabila parti itu mengambil keputusan menyertai BN.

“Sejarah perpecahan Pas agak besar apabila Pas mengambil keputusan menyertai BN melalui Muktamar Pas pada tahun 1973.

“Dari sudut organisasi jemaah, penyertaan Pas dalam BN adalah sah kerana ia melalui keputusan majoriti muktamar Pas,” katanya.

Bagaimanapun, Pas keluar dari BN pada 1977 setelah berlaku krisis besar dalam kerjasama itu apabila seorang bekas Menteri Besar Kelantan yang dilihat lebih rapat dengan pimpinan Umno berbanding pimpinan Pas Pusat.

Berikutan itu, berlaku undi tidak percaya terhadap kepimpinan bekas Menteri Besar Kelantan tersebut dan terbentuknya sebuah parti Berjasa.

“Selepas kejadian itu, Pas menonjolkan pula kepimpinan ulama melalui muktamar pemuda di Bukit Mertajam,Pulau Pinang pada tahun 1982 dan muktamar menerima usul tersebut,” katanya.

Mengenai kemungkinan Pasma mengubah statusnya sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kepada sebuah parti politik, beliau enggan mengulas. (sumber)


No comments:

 
Blogger Templates