Social Icons

Pages

BULETIN 247

Sunday, April 19, 2015

JONG PECAH YU KENYANG... KIT SIANG CUBA AMBIL KESEMPATAN MENERUSI 'SAVE MALAYSIA' DENGAN MAHATHIR PULAK!!!



Lim Kit Siang kembali semula dengan idea 'Save Malaysia'. Kali ini, dia cuba menjalin perkongsian dengan Tun Dr. Mahathir yang dilihatnya semakin kritikal terhadap Perdana Menteri Najib Abdul Razak.

Masihkah anda ingat berapa banyak kata-kata cemuhan dan gelaran yang diberikan oleh Lim Kit Siang kepada Mahathir selama ini. Namun demi menjayakan agenda politiknya, Lim Kit Siang pura-pura terlupa. Tiba-tiba sahaja orang yang menjadi musuh utamanya, mahu diajak menjadi teman sebantal?

'Save Malaysia' yang dicadangkan oleh Lim Kit Siang menggabungkan kesemua Ahli-Ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat dan Kerajaan Barisan Nasional untuk 'mempertahankan Perlembagaan dengan seorang Perdana Menteri baru' yang boleh dilantik sama ada dari kalangan Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional. Tujuan utama 'Save Malaysia' adalah untuk menentang hudud dan apa-apa sahaja yang berkaitan dengan Melayu-Islam sekaligus menjayakan agenda liberalisme dengan matlamat utama adalah kesamarataan dan tiada lagi Artikel 152, Artikel 153 dan yang berkaitan selain menjatuhkan Najib sebagai Perdana Menteri dan mengurangkan kuasa UMNO.

Lim Kit Siang melihat 'tentangan' Mahathir ke atas perlaksanaan hudud di Kelantan, sebagai satu keserasiannya dengan Mahathir untuk menjalinkan hubungan politik.

Tun Dr. Mahathir ketika memberi pendapat, mempersoalkan perlaksanaan hudud di Kelantan yang menurutnya tidak mengikut perspektif Islam sebenar memandangkan perlaksanaannya hanya tertakluk kepada orang Islam semata-mata sedangkan golongan bukan Islam pula tertakluk kepada undang-undang sekular. Sedangkan hudud sepatutnya menyeluruh.

DAP menentang hudud kerana hudud itu adalah hukum Islam, bukan kerana perlaksanaannya yang menjuzuk-juzukkan masyarakat. Hudud dianggap kejam, tidak bertamadun dan akan memencilkan Malaysia daripada dunia antarabangsa.

Kit Siang cuba menusukkan jarum hasutannya. Cuba membesar-besarkan dan menyemarakkan pertelagahan antara penyokong Najib dan Mahathir. Cuba menimbulkan prasangka di kalangan mereka dan akhirnya UMNO akan berpecah sekaligus memudahkan DAP menjayakan agendanya sepertimana mereka telah memecahkan bahtera Melayu-Islam yang lebih kecil iaitu PAS dan sekarang DAP cuba menggantikan PAS yang sebelum ini aktif di kalangan pelajar-pelajar Malaysia di negara Timur Tengah menerusi bendera liberalisme yang diketuai oleh Zairil Khir Johari dan Teresa Kok.

Mungkin dari segi luaran, UMNO dilihat amat tegang, tetapi sejarah telah membuktikan, walau setegang atau berjuzuk-juzuk mana pun UMNO, akhirnya emas tinggal emas dan buih kekal sebagai buih yang terbuang.


3 comments:

Unknown said...

Bila pembangkang setuju dgn t m suruh najib letak jawatan ini bermakna najib memerintah dengan baik dan cemerlang itu yang pembangkang takut, tapi masa banyak pemimpin umno suruh pak lah letak jawatan tapi dap dan pkr menentang agar pak lah jgn letak jawatan sebab pembangkang tengok pentadbiran pak lah lemah, mereka akan untung politik. Dato sri najib skg sedang memulihkan keadaan maka itu yg cina tua tu takut.

Anonymous said...

APEK TUA NI TIADA KENA MENGENA DGN UMNO.
GET LOST.
CORRECT YOR CEC ELECTION FIRST.. THICK SKINNED APEK.
RUMAH SENDIRI TAK BETUL NAK CAMPUR RUMAH ORANG..... ������������������

Anonymous said...

Yes. Get lost apek tua.

 
Blogger Templates