Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, April 28, 2015

HUDUD DAN ABDUL HADI AWANG, PENYEBAB 8 KETUA PEMUDA PAS DI PULAU PINANG, SEPAKAT BOIKOT PKR DAN PRK PERMATANG PAUH!!!



Pengumuman Mat Sabu bahawa Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Yusni Mat Piah akan dikenakan tindakan tatatertib kerana mengeluarkan kenyataan enggan memberikan bantuan dan membekukan semua bentuk bantuan kempen selain menghalang penggunaan premis dan entiti Pemuda PAS bagi tujuan kempen serta ceramah PKR untuk Pilihanraya Kecil Permatang Pauh, rupa-rupanya tidak menakutkan langsung.

Sebaliknya 8 orang Ketua Pemuda PAS di seluruh Pulau Pinang mengambil pendekatan yang lebih ekstrim untuk bersolidariti dengan Yusni Mat Piah dan mengikrarkan pemboikotan mereka ke atas PKR dan Wan Azizah.

Dua hari sudah, Saifuddin Nasution memperlekehkan akar umbi PAS dengan berkata, PKR tidak akan peduli dengan bantahan serta boikot akar umbi PAS Permatang Pauh sebaliknya menegaskan, mereka telah mendapat kerjasama serta janji daripada para pemimpin PAS Pusat. Sedangkan pada masa yang sama, akar umbi PAS Permatang Pauh adalah pengundi dan merupakan sebahagian besar daripada punca kemenangan Wan Azizah pada tahun 1999 sehinggalah kemenangan Anwar Ibrahim pada tahun 2013 dalam Pilihanraya Umum.

Ketua-Ketua Pemuda PAS tersebut adalah Wan Ahmad Rafaie Abdul Rashid (Permatang Pauh), Ahmad Taufiq Saedon (Bagan), Ahmad Fahmi (Balik Pulau), Syed Mohd Nazri Syed Ibrahim (Bukit Mertajam), Mohd Najib Hamsi (Batu Kawan), Zulazhar Mohamad (Nibong Tebal), Rizal Hafiz Roslan (Tasek Gelugor) dan Mohd Hafiz Kasim (Kepala Batas).

Kesemua mereka telah menyatakan sokongan kepada keputusan Pemuda PAS Pulau Pinang dan mengutuk tindakan AMK Pulau Pinang kerana enggan memohon maaf kepada Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.

"Keputusan ini bukanlah keputusan persendirian Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang (Yusni Mat Piah) tetapi ini adalah keputusan sebulat sebulat suara majlis eksekutif."

Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang turut melahirkan perasaan kecewa berhubung tindakan Ketua Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kaiat dalam mengendalikan isu berkenaan.

Semalam, Yusni Mat Piah mendesak Pemuda PAS Pulau Pinang agar tidak membantu Pakatan Rakyat dalam kempen mereka untuk PRK Permatang Pauh.

Menurutnya, Pemua PAS Pulau Pinang sentiasa menyokong kepimpinan ulama di bawah Abdul Hadi Awang dan usaha-usaha untuk mengangkat martabat Islam di negara ini.


2 comments:

Anonymous said...

Bru org pas tau sapa mat sabun......

Anonymous said...

Mengangkat martabat Islam ???

PAS menghancurkan martabat Islam sebenar2nya !!!

 
Blogger Templates