Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, April 6, 2015

IDENTITI AIDANA BAIZIEVA 'KABUR'... BUKTI RAKYAT MALAYSIA TERLALU GILA DENGAN SKANDAL SEKS!!!



Bila keluar berita tentang 'misterinya' salah seorang penumpang dalam helikopter yang terhempas di Semenyih yang turut melibatkan Ahli Parlimen Rompin dan SUSK Perdana Menteri selain seorang ahli perniagaan dari Kedah dan seorang anggota polis bersama-sama juruterbang berasal dari Amerika Syarikat, maka adalah yang bertanya tentang status serta latar belakang sebenar penumpang wanita misteri tersebut yang bernama Aidana Baizieva.

Aidana Baizieva disahkan sebagai warga Kyrgystan, berusia dalam lingkungan 20-an dan berwajah jelita.

Bagaikan sudah terpateri dalam otak masing-masing, apabila ada kelibat wanita jelita, muda pula tu, mulalah teori-teori skandal seks mula diperkatakan dan diriuhkan. Apatah lagi, proses pengecaman pula mengambil masa selain penafian yang mangsa adalah juruterbang pembantu dan keluarga mangsa, belum tiba, semakin menyuburkan dakyah serta teori-teori yang cukup sensasi sebegitu.

Akhirnya, pagi tadi, jenazah Aidana dituntut oleh ahli keluarganya. Kedutaan Kyrgystan telah mengesahkan Aidana Baizieva adalah warganegara mereka dan turut mengesahkan bahawa Aidana sudah setahun lebih bekerja di Malaysia.

Daripada majikannya pula, Aidana disahkan bertugas di Cempaka Aviation, pemilik sebenar helikopter malang itu.

Apa sudah jadi dengan otak rakyat Malaysia? Apakah kerana keselesaan keterlaluan yang mereka nikmati di negara ini, walaupun pada masa yang sama merungut-rungut tentang kenaikan kos hidup, membuatkan mereka tidak perlu berfikir panjang sebaliknya terlalu minat dengan idea-idea sensasi yang berbaur seks?

Bila sebut sahaja wanita'misteri' dan berwajah jelita serta muda pula, mulalah membayangkan wanita tersebut adalah GUNDIK atau PEREMPUAN SIMPANAN mana-mana individu.

Tidak keterlaluan kalau dikatakan, rakyat Malaysia sudah terlalu korup otak mereka. Atau mereka sebenarnya memang membayangkan asal orang kaya, asal pemimpin politik, asal orang korporat, mesti simpan gundik?

Kalau itulah yang berlaku... Malaysia sebenarnya sedang menuju ke zaman kehancuran total!!!




7 comments:

Anonymous said...

Jgn lupa cerita seks ini dimulakan oleh UMNO sendiri. Dan kita pernah dengar ramai pemimpin UMNO yang terlibat dengan perempuan jelita. Sebagai contoh saya memetik kata2 Zaid Ibrahim supaya tanya Najib samaada dia kenal Paris Hilton,Madonna dan Ziana zain selain Atlantuya.Itu belum lagi tanya Shafie Apdal, Bung Mokthar dll.

Anonymous said...

Mmg makin hancur, BN bakal tumbang PRU14. Slps DAP memerintah org2 melayu tak boleh angkat muka lagi di parlimen

Anonymous said...

perangai hodoh penyokong PR boleh ditengok pada gelagat Anon 10:48 PM.

Dia yang sebut, kemudian dia alihkan kepada UMNO. Sama sebijik macam perangai idola ketum dia. Dia meliwat tapi dia tuduh orang lain fitnah dia.

Anonymous said...

namanya aidana karabasova..journalist dari studio 121..

http://www.gaukhara.com/our-team/

Anonymous said...

OH pleaselah, who are you trying to fool here..

Asalkan sex UMNO mulakan, kau ingat kau malaikatke?



Anonymous said...

Cina doll , aksi paling hangat di pasaran di tambah pula ada saksi yg masih hidup ..sanggup bersumpah laknat dalam masjid menjunjung Al-Quran ..yg di tuduh berani kah ..

Anonymous said...

Bingai.takkan tak ingat kes jj raba pelayan club.tu belum ungkit lg kes jj terlibat kes noritta samsudin.

 
Blogger Templates