DAP mempunyai perancangan besar ke atas Sarawak. Dengan menggunakan lokasi serta kedudukan geografi Sarawak yang dipisahkan oleh Laut China Selatan dengan Semenanjung, DAP mengharapkan apa-apa sahaja temberang mereka di Sarawak tidak akan diketahui dengan mudah.
Dengan kata lain, mereka berasa, bebas untuk berbuat apa-apa sahaja, termasuklah memperdayakan penduduk setempat dengan cerita-cerita palsu terutama kononnya, para penduduk dan perkampungan yang mereka jadikan sebagai motif politik, tidak mendapat perhatian daripada mana-mana pihak.
Bagaimanapun, tanpa banyak publisiti, 1M4U diberitakan sedang aktif membantu masyarakat di Sarawak terutama di beberapa perkampungan yang terletak di pedalaman.
Diberitakan pada minggu lepas, sukarelawan-sukarelawan 1M4U telah pun berada di Kampung Giam, Pedawan, Sarawak dan bergotong-royong bersama-sama masyarakat setempat membersihkan serta mengecat semula gereja serta beberapa kerja gotong-royong yang lain.
Berita tentang aktviti 1M4U di Sarawak tidak dilaporkan oleh mana-mana portal berita, mahupun media elektronik dan media cetak.
Mungkin disebabkan itulah, usaha-usaha murni 1M4U kurang mendapat perhatian dan ada pihak lain yang pantas menyamun kredit, mengaku semua kerja 1M4U sebagai kerja mereka dan kemudian meuar-uarkan kononnya merekalah yang membuat semua kerja-kerja sukarela tersebut dengan IMPIAN SARAWAK mereka.
No comments:
Post a Comment