Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, April 3, 2015

KPDNKK TAK BOLEH BERBUAT APA-APA DENGAN CAJ TOP-UP TELCO BERLEBIHAN!!!



Barang ada.... penguatkuasaan tak ada.

Penguatkuasaan macam ada, tapi bertindih pula kuasanya... jadi tak ada juga penguatkuasaan.

Cakap degar-degar, tapi akhirnya tunduk terkulai layu dan terpaksa menuruti kehendak TELCO.

Isu kad top-up, sekejap tak ada GST, sekejap ada GST yang kemudiannya berakhir dengan ada GST dan TELCO berjanji akan memanjangkan tempoh berbual dan SMS (sesetengahnya berkata, hanya untuk tempoh 3 bulan).


Janji yang sama sekali tidak boleh dipercayai berdasarkan rekod-rekod pemerdayaan yang berlaku sebelum ini.

Sikap yo-yo ini amat menjejaskan dan ternyata begitu mengecewakan setelah pelbagai kata-kata muluk dikeluarkan sebelum ini.

Yang pasti, setakat ini, belum ada sebarang laporan yang bersungguh-sungguh menyatakan, harga barang turun atau kekal, sebaliknya yang lebih banyak adalah kenaikan berganda. Kecuali untuk kereta, yang lain-lain terutama makanan turut dinaikkan harga, meskipun Kerajaan menyatakan ianya tiada GST.


Namun pada masa yang sama juga, kebanyakan rakyat Malaysia yang bekerja dan tidak sempat memasak atau membawa bekal terperangkap dengan kenaikan harga yang dibuat oleh pengusaha-pengusaha makanan termasuklah di medan selera yang terpaksa menaikkan harga ekoran kenaikan sewa akibat GST yang diimplementasikan oleh pemilik premis, termasuklah di Selangor yang konon-kononnya GST haram di sisi Islam.

Hari ketiga GST, keadaan masih belum reda dan semua orang menantikan apa lagi cakap bolak-balik Menteri atau timbalan menteri terbabit setelah pada hari kedua, Timbalan Menteri Kewangan, Ahmad Maslan terpaksa menebalkan mukanya, menyanggah kata-katanya sendiri dan cuba memujuk dengan menjadi mulut lidah TELCO yang sudah terkenal dengan pemerdayaan.


5 comments:

Anonymous said...

Ahmad Maslan memang bodoh, kerja tak tahu buat, belajor banyak menghafal utk lulus cemerlang, praktikal gagal...

Ahmad Madlan amat seduai & layak jadi pensyarah...ajar teori ajer, itu yg dia pandai. Praktikal dia kurang pandai, tidak cekap, tak boleh diharap!.

Anonymous said...

GST Telco RM0.60, dengan sebab RM0.60 ini berapa banyak BN akan kehilangan kerusi pada PRU 14 nanti?

Katanya mendengar denyut nadi rakyat. Mungkin bila denyut nadi rakyat dah berhenti baru nak mendengar?

Kerajaan kena fikir jangka panjang, kalau RM0.60 ini pun tak boleh nak diselesaikan, apa gunanya kami memberi mandat pada BN untuk memerintah?

Anonymous said...

dulu sebelum gst, dato' ahmad maslan menyatakan bahawa harga topup telco tidak akan dinaikkan kerana sst 6% pada kad topup sama dengan gst 6%. hanya convert sst kepada gst. kemudian pihak kastam juga telah mengeluarkan siaran arahan agar pihak telco tidak menaikkan harga topup dengan maksud yang sama. menjelang pelaknaan gst, pihak telco langsung tidak endahkan arahan kastam dan kata2 menteri. mereka dengan selamba mencharge 6% atas harga topup. dato' ahmad maslan sekali lagi melatah. katanya telco tetap meletakkan harga tambahan 6% dengan kononnya memberi tambahan 6% lebih kredit dan sms. adakah menteri terbabit tidak tahu apa yang dirungutkan oleh rakyat? rakyat mahu kerajaan bertegas dengan telco supaya mengekalkan harga sebelum gst kerana sudah ada sst sebelum ini. rakyat rasa bosan jika kerajaan suka berjanji tetapi tidak mampupun menunaikannya. saya bagi contoh mudah, jika prepaid berharga rm10 dijual rm10.60, dan setengah juta pelanggan menggunakannya seminggu bermakna telco terbabit mendapat tambahan rm300000 dalam urusniaga. adakah ini bukan perkara yang termasuk dalam akal fikiran menteri? inilah cara telco memaksa pengguna berbelanja lebih 6% setiap minggu utk langganan telco! rakyat tidak perlukan 6% lebih kredit dan sms, sebab ianya bukan percuma!!! pengguna dipaksa membeli 6% tersebut. harap pak menteri bercakap bagi pihak rakyat yang mengundi, bukan syarikat telco yang sudah untung beratus juta setahun!!!

Anonymous said...

Hey Bodoh , kau paham tak ? RM10.60 harga di bayar , dapat credit RM10 utk guna pakai , RM0.60 tu adalah GST . GST tu utk siapa ? Utk Kerajaan 1 Malaysia kan ?

Aku langsung tak percaya TopUp tak kena GST , sebab hasil GST dari TopUp memang besar .

Kalau betul tak nak bebankan Rakyat , kenapa tak sebut " Kad Tambahnilai dikecualikan dari GST " dari awal lagi . Kan senang .

Aku malas ulas Sapa yang Bodoh dalam hal nie .

Anonymous said...

Jika krjaan tk blh nk mnahan isu gst ats telco..ini bermakna krjaan sdh lemah..bermakna krjaan jgk sdh.mgikut telunjuk telco..ini lah yg ada pd krajaan.lemah..entah laa..apa nk jd dgn krjaan skrg..org bodoh mcm kami yg dok menoreh getah ni pun tahu yg krjaan amat lemah..harga getah pun teruk..tdk kah ada usaha2 menaikan harga getah..penoreh2 mcm kami..tk perlu sgt bantuan yg d hulurkan..tp apa pun kami trm ats bantuan itu..tp tidak memadai jika hrga getah tetap mcm tu....

 
Blogger Templates