Semua portal pro-pembangkang hari ini bagaikan sepakat dan bersatu hati membuat kesimpulan bahawa Muhyiddin Yassin akhirnya telah menyebelahi Dr. Mahathir dalam 'gaduh anak-beranak Mahathir-Najib' dengan tajuk, 'ANDA TIDAK KESEORANGAN'.
Seolah-olah telah mendapat peluru besar untuk menunjal dahi Najib Abdul Razak, kenyataan tersebut cuba digambarkan oleh mereka sebagai pembentukan sebuah pakatan baru untuk menggulingkan Najib Abdul Razak.
Dan seperti biasa, ramailah yang meloncat tanpa menyelidiki apa sebenarnya maksud portal-portal pro-pembangkang yang memang mengharapkan kalangan UMNO bercempera dan saling berbunuhan sesama sendiri.
Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan hari ini Tun Dr Mahathir Mohamad tidak keseorangan dalam perjuangan menjadikan peperangan sebagai satu jenayah antarabangsa.
Beliau turut melahirkan sanjungan terhadap pemimpin veteran Umno tersebut yang disifatkannya berani melawan kuasa Barat.
Timbalan perdana menteri itu berkata, bekas perdana menteri itu sentiasa menyatakan pendiriannya walaupun ia tidak disenangi kuasa besar dunia.
“Bercakap tentang kebenaran dan keberanian… itu adalah simbol anda sejak menjadi doktor dan ahli Umno.
“Anda tidak keseorangan dalam menyatakan kebenaran,” kata Muhyiddin semasa berucap dalam forum bertajuk ‘Engaging the young to criminalise war and energise peace’ di mana Dr Mahathir merupakan pengerusinya . (SUMBER)
5 comments:
Aleh tu awat yg word UMNO tu terpelencut dari mulut Tan Sri? Apa relevan nya sebut UMNO di majlis tu?
A good strategy by pro najib to deflect the real meaning of TSM's speech albeit subliminal one.
Blogger, sir do not lie to yourself.
Get that oxford trained khairy to help you out in understanding the real meaning like what he did to anwar on the security of the state of israel......
Sekurang-kurangnya Tan Sri Muhyiddin boleh hargai jasa Tun M. Dia tahu rakyat pentingkan "telling the truth" bukan macam pak lah dan najib. Bila ada orang cukup memberitahu sesuatu kebenaran atau minta penjelasan. Terus cuba dipulaukan orang tersebut. Bayangkan kalau apa yang kena pada Tun M terjadi kepada orang lain. Habis dikerjakan. Nasib baik Tun M yang memang dah ada ramai penyokong "senyap" dan hanya ingin melihat negara terus maju dan tidak dirosakkan oleh orang yang tidak bertanggungjawab yang hanya mementingkan kelangsungan politik dan jawatan mereka.
Najib sepatutnya berundur dan beri peluang kepada muhyiddin pula. Atau sekurang-kurang pada pemilihan umno akan datang. muhyiddin patut bertanding jawatan presiden.
Aku bukan nak kata lah. Tapi barua dan haram jadah yang memang nak pelingkupkan UMNO ni lebih sudu dari kuah.
Orang2 Melayu yang dah hidup senang lenang kerana dasar2 kerajaan mereka peduli apa. 7 keturunan lagi pun mereka tak akan susah.
Mereka2 ini terdiri dari penyokong dan bekas penyokong UMNO juga. Malaun2 seperti Anwar, Azmin, Kadir, Mat Taib, Mat Sabu, Husam, Lebai Sudin, Tamrin, Laksamana, Panglima, Taukeh2 Cina, India mereka2 ini peduli apa kiranya Melayu itu berpecah.
Melayu melarat di bumi sendiri. Mereka dah cukup bekalan untuk anak cucu sehingga 7 keturunan. Namun atas sikap tamak haloba yang tak berkesudahan maka mereka sanggup menikam sesama mereka.
UMNO yang banyak berjasa kepada mereka umpama kain sapu kaki. Orang2 ini ramai semasa zaman Mahathir. Ramainya orang ini adalah kroni2 Anwar.
Orang2 ini yang makan budi Anwar ketika dia Menteri Kewangan. Jika di teliti seorang demi seorang orang2 inilah yang sedang mengadu domba pemimpin UMNO sekarang.
Post a Comment