Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, April 8, 2015

MISTERI AIDANA BAIZIEVA MASIH BELUM BOLEH DIRUNGKAI SELAGI KEPUTUSAN UJIAN DNA TIDAK DIKETAHUI!!!



Polis akhirnya mengesahkan identiti wanita 'misteri' yang terbunuh dalam tragedi helikopter terhempas Sabtu lalu sebagai teman wanita juruterbang Clifford William Fournier yang turut terbunuh.

Ketua Polis Selangor, Abdul Samah Mat berkata, wanita tersebut, Aidana Baizieva, sepertimana yang tercatat di dalam catatan penerbangan helikopter berkenaan telah dinyatakan oleh Kementerian Pengangkutan. Bagaimanapun ujian DNA tetap akan dijalankan sebelum identitinya benar-benar dapat disahkan.

Menurutnya, ujian DNA akan dibuat ke atas mayat tersebut untuk mengesahkan mayat itu benar-benar Aidana Baizieva, 25 tahun.

"Polis telah berpuas hati dengan keputusan pemeriksaan. Bagaimanapun, identiti sebenar mangsa masih belum boleh disahkan  dan ia akan mengambil masa," katanya dalam sidang media berhampiran lokasi kejadian, semalam.

Menurut Abdul Samah, polis telah pergi ke apartment Aidana yang terletak di Pantai Dalam, Kuala Lumpur untuk mengambil beberapa sampel, dokumen dan spesimen untuk ujian DNA bagi tujuan mengenalpasti identitinya.

"Polis telah menemui bukti tiket penerbangan mangsa ke Langkawi pada 21 Mac semasa pertunjukan Pameran Maritim dan Aero Angkasa Langkawi (LIMA) yang terdapat namanya dan juruterbang (Fournier). Fournier mempunyai akses untuk memasuki rumah itu," katanya lagi.

Siasatan polis juga mendapati Aidana berkelulusan diploma dalam bidang pelancongan dari sebuah kolej swasta di sini pada Oktober tahun lepas.

Polis juga telah mengambil beberapa kenyataan daripada rakan-rakannya.

"Dia seorang yang sangat bercita-cita untuk menjadi juruterbang dan saksi telah melihat Aidana dan Fournier menaiki helikopter bersama-sama beberapa kali," kata Abdul Samah sambil menggesa masyarakat tidak membuat spekulasi liar tentangnya.

Sekiranya identiti mangsa tidak dapat disahkan, polis akan menghubungi bapa Aidana yang berusia 75 tahun di Kyrgystan untuk menjalani ujian DNA bagi memastikan mayat itu benar-benar Aidana.

Sementara itu, Abdul Samah berkata, mayat juruterbang warganegara Amerika Syarikat itu telah diambil dari rumah mayat Hospital Kuala Lumpur pada jam 8:15 malam dua hari lepas.

Mayat itu telah dituntut dan diserahkan kepada Kedutaan Amerika Syarikat yang akan memutuskan sama ada untuk mengkebumikannya di sini atau dibawa pulang ke negara asalnya.


1 comment:

Unknown said...

Bole pulak pilot bawa awek masa wat urusan rasmi. Bawa VVIP lak tu. Bukan kecik2 punya org.

 
Blogger Templates