Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, April 10, 2015

NGA KOR MING AKHIRNYA KENA SAMAN DENGAN NAJIB ABDUL RAZAK DAN ROSMAH MANSOR!!!


Mungkin tidak ramai yang tahu, pada jam 3:35 sehingga 4:00 petang tadi, di Pejabat Pusat Khidmat DAP Parlimen Taiping beralamat di No.101, Jalan Taming Sari, Taiping, Peguam Nor Shafiqa Balqish Jaffri yang merupakan peguam UMNO dari Firma Guaman Hafarizam Wan & Aisha Mubarak bersama-sama seorang pembantunya, telah menyerahkan writ saman terhadap Nga Kor Ming.

Writ tersebut bagaimanapun telah diterima oleh Ng Sern Wei yang merupakan kerani Pusat Khidmat DAP Parlimen Taiping. Ini adalah kerana Nga Kor Ming tiada di Taiping kerana menghadir Sidang Parlimen di Kuala LUmpur.

Writ saman tersebut adalah mengenai kenyataan Nga Kor Ming di dalam Laman Facebook pada 29 Mac 2015 bertajuk, 'SIAPA PM MALAYSIA YANG SEBENAR? JAWB'.

Antara lain isi kandungan writ sama tersebut adalah:

(a) Memberi amaran supaya Nga Kor Ming tidak membuat dan mengeluarkan sebarang kenyataan yang serupa pada masa-masa hadapan.

(b) Memohon maaf dalam tempoh 48 jam.

(c) Menerbitkan kenyataan permohonan maaf sekurang-kurangnya di dua akhbar arus perdana.

Nga Kor Ming seringkali menggunakan Facebook dan Twitter untuk menerbitkan serta menyiarkan pelbagai jenis hasutan dan kebencian terutama ke atas Najib Abdul Razak dan Rosmah Mansor. Tindakan perundangan yang diambil ke atas Nga Kor Ming, sememangnya sudah lama ditunggu-tunggu. Sebelum ini, sudah ramai yang mendesak agar Najib Abdul Razak mengambil tindakan undang-undang ke atas Nga Kor Ming.

Nampaknya kali ini, dia mendapat!!!


No comments:

 
Blogger Templates