KUALA LUMPUR: Teresa Kok diperintah membayar RM50,000 selepas Mahkamah Tinggi menggugurkan saman yang difailkan Ahli Parlimen Seputeh itu berhubung penahanannya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 2008.
Kok memfailkan saman itu pada 13 Mac 2009 dan menamakan bekas Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Syed Hamid Albar, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Pegawai Kanan Polis Cawangan Khas, DSP E Kim Tien dan kerajaan sebagai defendan.
Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Su Geok Yiam membuat keputusan itu selepas mendapati penangkapan dan penahanan Kok pada 2008 dilakukan mengikut undang-undang.
Dalam penghakimannya, beliau berkata, Seksyen 73 (1) ISA menyatakan mana-mana pegawai polis boleh menangkap dan menahan seseorang atas sesuatu sebab yang munasabah tanpa waran tangkap.
Kok diwakili peguam Sankara Nair manakala defendan diwakili oleh Majlis Kanan Persekutuan, Lailawati Ali.
Kok ditahan di bawah ISA, selepas dia didakwa mengarahkan pihak masjid di Kota Damansara, Sri Serdang dan Puchong Jaya supaya memperlahankan pembesar suara azan.
Beliau bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut.
Malah, Ahli Jawatankuasa Masjid Kota Damansara pula menjelaskan pihaknya tidak memainkan azan disebabkan pembesar suara yang rosak, tidak kena-mengena dengan arahan Kok.
5 comments:
Apa barang RM50,000... Teresa Kok tidak rasa apa-apapun. Setakat RM50,000. Dia sudah untung berjuta-juta wehhh. Dia ni kaki korup juga. Hahahaha. Ataupun jual CD hasil lakonan daripada barisan PR.
PEMBANGKANG NI DAPAT KUASA SIKIT DAH BESAR KEPALA. KERAJAAN SEMUA SALAH. DIA JE BETUL.
BAYAR JE AR 50K TU.
tak sabor nak dengor apa kata khalid samad n mujahid punya ulasan..
BAGUS RUPANYA ADA ISA NI YE ?
Tengok besarnya kekuasaan Allah,Dia memperlihatkan bagaimana kewajaran suara Azan berkumandang ke setiap pelusuk dunia ,jangan ada seorang manusia pun yang memandai2 nak halang suara Azan tu berkumandang hatta kau cina kafir rasis sekalipun. Alhamdulliah .....subhanallah....semoga Allah sentiasa memelihara bumi Msia ni dari puak kafir dan konco2 nya terdiri dari parti pas dan pkr .Amin.
Post a Comment