Tidak kesemua, tetapi kebanyakannya mandom-mandom...
Itu
UMNO tidak mempunyai ramai pahlawan seperti Bung Mokhtar atau pun Shahrul Yahya di DUN Perak. Terlalu sedikit dan terlalu kecil keberanian yang ada.
Tapi kalau bab mengampu, membodek dan melihat peluang untuk menonjolkan diri, jumlahnya tersangatlah ramai dan mereka seperti ikan-ikan kembung busuk perut yang boleh ditemui malah kalau boleh dielak, akan dielak di kaki tong-tong sampah pasar borong.
Ada hikmahnya Tun Dr. Mahathir 'mengebom' Najib dengan menggunakan soalan-soalan yang seirngkali dimomok-momokkan oleh Pakatan Rakyat ke atas Najib dan kerajaan yang dipimpinnya. Kalau tak kerana Mahathir bukak mulut, kita hanya akan dengar 'HIDUP MELAYU!' 'HIDUP MELAYU!' ketika ucapan Perhimpunan Agung UMNO dan selepas itu, kita akan tertanya-tanya adakah UMNO masih hidup atau UMNO sudah pun terlalu selesa dengan kemenangan kecil sambil membanding-bandingkan kejayaan UMNO menguasai 88 kerusi Parlimen pada PRU lepas sedangkan penguasaan secara keseluruhannya atau jangka panjangnya, UMNO bakal berhadapan dengan kerugian besar.
Sekarang kita boleh tengok, pemimpin UMNO yang sedia mempertahankan Najib dan kerajaannya, ada di mana-mana. Mereka bercakap, mereka bersuara, mereka berhujah dan mereka menyatakan dengan penuh berani. Malah yang dahulunya bekas PKR pun, sekarang ini sangat ramah dan sangat tajam bahasanya. Malah ada pula ketua agensi yang memanggil wartawan untuk wartawan mempublisitikan kata-katanya ke atas Tun Mahathir.
Persoalan yang dibangkitkan, ke mana habis mereka semasa Najib dan kerajaannya diserang oleh Pakatan Rakyat? Mana perginya bekas PKR yang cukup hebat mengacah orang lain berdebat tentang Mahathir dengannya ketika Najib difitnah oleh Anwar Ibrahim dan Rafizi Ramli serta Tony Pua? Ke mana hilang habis pengetahuan, keberanian, kelancaran, dan kemantapan hujah apabila Tony Pua dan Rafizi mengeluarkan pelbagai data-data mengelirukan untuk menyerang dan menfitnah Najib secara terang-terangan?
Mana habis Ketua-Ketua UMNO Bahagian? Mana perginya Ketua-Ketua Cawangan dan para pemimpin UMNO yang lain pada ketika Najib diserang bertali arus oleh pembangkang? Yang jadi Menteri pun, biasanya akan memilih untuk mendiamkan diri apabila Najib diserang.
Tapi bila Mahathir bersuara, segera mereka menjelma bagaikan langau yang sedang menghurung ketulan taik! Ketua Agensi yang baru pun dengan gah bagitahu, dia dan agensinya ada semua senjata untuk mematahkan hujah Mahathir, tetapi dalam masa yang sama, tidak ada langsung senjata dan keberanian untuk berhadapan dengan Lim Kit Siang, Tony Pua dan Rafizi Ramli apatah lagi Anwar Ibrahim!
Jangan kata nama-nama itu, Mahfuz Omar pun mereka tidak berani bertentang mata dan bertelingkah kata.
Yang mereka berani hanyalah dengan Mahathir atau DINASOUR-DINASOUR TUA yang sudah menjadi fosil dan tidak ada lagi sebarang kuasa dan pengaruh dalam menentukan siapa yang jadi pemimpin-pemimpin heirarki kanan UMNO!
Dah beberapa hari dah... Tony Pua dah keluarkan satu isu baru yang jelas, cuba mengejek dan menfitnah Najib Abdul Razak, tetapi tidak seorang pun yang kelihatan cukup berani bercakap menghentam Mahathir, mahu bercakap dan mematahkan hujah Tony Pua. Nurul Izzah memperolok-olokkan Perdana Menteri dengan isu POTA, haram tak ada mana-mana orang yang galak menghentam Mahathir, mematahkan hujah atau membetulkan kepala otak Nurul Izzah.
Najib sepatutnya sudah nampak orang-orang yang ada di sekelilingnya. Ahli-ahli UMNO juga seharusnya perlu melakukan anjakan yang sangat kritis bagi membangunkan semula raksasa yang masih lena tidur dan masih bermimpi sisiknya berkilau disinar matahari.
Apa yang berlaku kepada Najib sekarang, bukannya kerana mulut Mahathir atau garapan tangan-tangan nakal di media-media sosial, tetapi kerana perangai para pemimpin UMNO dan Ketua-Ketua Agensi yang telah gagal melaksanakan tugas mereka selain terlalu mengharap, semuanya akan boleh diselesaikan oleh pihak lain khususnya cytro. Berbeza dengan Pakatan, para pemimpin mereka yang memimpin, UMNO pulak lain jadinya...
Malang
18 comments:
Well said. Bravo. Tapi nanti ada org umno marah lagi ni.
Tun hanya memerlukan keterangan yang jelas mengenai isu2 yg di bangkitkan. Rakyat jugak mempunyai persoalan yang sama. Rakyat tak perlu rhetorik politik. Rakyat perlu penjelasan.
Rakyat tak bodoh. Penyokong BN ramai yang professional, jadi jawablah dengan fakta yg tepat. Kalau sorok2 dan mengelak, kami tahu itu penipuan.
Masalahnya bukan sikit, tapi berbilion2.
Kalau pemimpin UMNO syok sendiri, UMNO bukan kalah sebab orang undi Pakatan. UMNO kalah sebab tak de sapa yang nak undi mereka.
Aku takan undi DAP dan PKR. Tapi aku takkan undi UMNO sebab UMNO sekarang cuba memperbodohkan aku.
tun M bijak.acah sikit he.
Betulke artikel TFK ni????ingat....semakin hebat kutu brahak serang tun m semakin lebar kubur umno!!!!
saya sebenarnya penyokong UMNO dan saya juga tertanya2 apa yg Tun M bangkitkan....saya tidak tuduh DSN tapi saya ingin tahu penjelasan. 42 billion ..byk wo....
Itulah hakikat sebenar yang memang wujud dalam UMNO..mereka terlalu pengecut bila berdepan dengan dajal dajal dunia...tapi sebaliknya begitu gah pada saudara sendiri yang cuba untuk menyedarkan mereka..rasanya BN akan tewas padaPRU14 nanti bukan disebabkan faktor2 yang diajukan oleh Tun M..tapi disebabkan sifat pengecut menteri2 UMNO sekarang...percayalah.
Berpolitik ada hadnya. Apa yang Tun Mahathir bangkitkan adalah isu-isu yang banyak menghantui fikiran rakyat Malaysia. Tun M sudah membawa Malaysia ke satu era yang kita tidak pernah termimpi. Jika bukan kerana idea bernas Tun M, kita hanya berada sama taraf dengan Indonesia sahaja. Najib sepatutnya menjawab dengan ikhlas tentang isu yang dibangkitkan. Kalau memang ada kepincangan dalam isu yang dibangkitkan, sepatutnya Najib berundur. Bagilah peluang kepada Tan Sri Muhyiddin pulak sebab Najib pun sememangnya bukan bagus pun, macam PM sebelum era Tun M saja.
Tun M cuma nak jawapan dari YAB DS Najib untuk membersihkan semula namanya dari pakatan pembangkang. Yang pemimpin UMNO lain menggelabah mengapa?Jawab dengan sopan selesai masalah.Niat Tun M baik untuk kesinambungan UMNO.
Tun boleh test macam dulu,keluar Umno tengok berapa orang ikut dia keluar.Akhirnya selamba je balik masuk Umno.Muka tak malu.Anawar kena tendang dari Umno pun jauh lebih ramai yg mengikut dia keluar Umno,sehingga tertutbuhnya PKR.Tun keluar Umno hanya Sanusi Junid je yg ikut. Cermin diri lah beb.
Tak payahlah nak jadi pengampu dan penjahanam umno kepada pemimpin umno yang ada sekarang.. tun hanya suruh PM jawab soalan yang dia dan rakyat tanya.. bukan suruh pencacai yang jawab.. dibawah ini soalan yang tun tanya dan pm perlu jawab..
1. Saya tidak tawar untuk menolong sesiapa untuk mengatasi apa-apa masalah.
2. Dalam blog saya, saya tidak menuduh Dato Seri Najib melakukan apa-apa jenayah. Itu boleh ditentukan jika polis dapat membuat siasatan. Yang saya pohon ialah jawapan kepada soalan-soalan yang disuarakan oleh ramai rakyat.
3. Saya akui dimasa saya juga ada kehilangan wang negara. Tetapi rakyat dan dunia tahu bagaimana wang ini hilang. Kerugian yang dialami oleh Perwaja diketahui. Demikian juga dengan salah urus Bank Bumiputra oleh pengurusannya. Maminco rugi kerana London Metal Exchange memutuskan bahawa bijih timah yang dijual mengikut perjanjian jual beli yang sah tidak perlu ditunaikan dengan membekal logam berkenaan kepada pembeli. Ini diputuskan untuk menyelamat penjual yang tidak ada timah. Malaysia sebagai pembeli mengalami kerugian.
4. Saya ingin penerangan berkenaan bagaimana Konsortium Perkapalan dan Forex merugikan Kerajaan dan bagaimana saya terlibat dalam perkara ini.
5. Yang nyata ialah negara tahu dimana pergi wang yang dilabur semasa saya. Dalam perniagaan adakala untung, adakala rugi. Yang tidak boleh diterima ialah duit itu hilang tanpa diketahui kemana.
6. Hari ini nilai Ringgit jatuh sebanyak 70 sen. Tiap satu Ringgit jatuhnya matawang kita, negara, Kerajaan dan rakyat kerugian berbillion. Kejatuhan sebanyak 70 sen pun merugikan berbillion Ringgit juga.
7. Tetapi apabila Ringgit diselamatkan dari penyangak matawang, berbillion Ringgit duit Kerajaan diselamatkan. Dan ramai peniaga yang muflis dan hampir muflis terselamat pada tahun 1998. Lupakan sahajalah peristiwa ini kerana ia berlaku dizaman saya.
8. Tetapi dalam kes 1MDB, tidak ada jawapan yang munasabah berkenaan 42 billion Ringgit yang dihutang. Kenapa bayar lebih 10% komisyen kepada Goldman Sachs hanya kerana menjual bond atau membuat pinjaman bagi Kerajaan. Kenapa faedah 5.9% dikenakan, satu faedah yang amat tinggi.
9. Disoal juga peranaan Jho Low. Siapa dianya yang diberi kepercayaan mengendali wang 1MDB berbillion-billion ringgit milik syarikat Kerajaan. Tidak ada persamaan antara Jho Low dengan Daim yang saya lantik sebagai Menteri.
10. Dimana datangnya ratusan million Ringgit untuk membeli bangunan-bangunan dan melabur dalam filem “The Wolf of Wall Street” oleh Riza Aziz, anak tiri Dato Seri Najib.
11. Saya bukan tuduh Dato Seri Najib. Saya bertanya beberapa soalan kerana hutang berbillion ini akan ditanggung akhirnya oleh rakyat. Jawapan tidak juga diberi oleh mereka yang mengecam saya selain daripada berkata saya punyai kepentingan atau saya juga buat kerja yang sama.
12. Apabila saya letak jawatan satu usaha dibuat untuk mendapat bukti saya lesapkan duit Kerajaan. Kalau hendak buat siasatan lagi, saya tidak ada halangan.
Dahulu sokong, kenapa tidak sekarang?
13. Pembaca portal “Free Malaysia Today”, Izack Chin bertanya kenapa saya dahulu sokong Dato Seri Najib supaya mengganti Tun Abdullah. Pada masa itu Najib ternampak bersih. Sekarang ada syak wasangka dikalangan orang ramai yang tidak terjawab..
14. Sudah lapan tahun berlalu kenapa bangkit perkara ini? Ini bukan masalah lapan tahun dahulu. Yang saya soal ialah berkenaan masalah hari ini – masalah nyawa dua orang anggota polis yang dihukum bunuh. Amatlah tidak adil jika mereka dibunuh sedangkan mereka sebagai pegawai rendah polis hanya mengikut perintah.
15. Saya hanya tanya berkenaan siapa yang mengeluar perintah kepada Sirul dan rakannya.
Temasek and 1MDB
tfk berani berubah??
TERBAIK .. JANGAN JADI MUNAFIQ .. MUNGKIN JAWAPAN NYA .. ADA PADA DATIN SRI ROS..
DSN has done all he could over last six years.......maybe now needs fresher approach......DSN must know this...... New approach or new person........ Pentingnya pru14 melayu mesti bersatu ...... Cina dah 90% united. Melayu bila lagi.
Setiap kali PAU suruh bersatu. Rakyat dan golongan muda dah nyampah dgn UMNO dgn PR lagi la nyampah. Apa pilihan yg ada?
Even and rationale, good posting TFK.
For Najib's clique, if they're still haven't got a clue, then the onus is on them to be blamed for the demise of UMNO/BN come PRU14.
This is not a threat, its a reality! These goons needed to wrap around their head on the seriousness of the situation if the PR is in disarray as is now yet you cannot beat a downed animal (PR) when their situation is at best for the taking, Najib's men and the ball-lickers are a total RETARDS!
Example is GPB's latest rant when Tun M's QUESTION/S were said to level a SPIN? Najib's lap-dogs were jumping for their tail were stepped upon but cowed like a worm when confronted/bombarded by DAP-PKR-PAS.
Ball lickers' with no balls, that is essentially TFK is hinting!
Someone said Najib's Elegant Silence, I said again, Silent Arrogance! Who cares if its your own house is shit. But, this house will bring down a country, so you cannot afford to play ' DUMB BALD ' and persistently ignore HARD-QUESTIONS!
Again he's playing the ' I Love PM ' card, with statements of support, majority support, etc. etc too many ball lickers' support at the moment but, I dare anyone do a sample survey and see PM's approval rating and you will see otherwise.
MLN.
You are very right. Pahlawan-pahlawan yang sangat pengecut hina ramai sangat dalam UMNO.
Betul kata admin, mereka hanya berani terhadap fossil-fossil.
Ada mereka serang balas Anwar? Ada mereka serang balas Rafizi? Ada mereka serang balas Lim Kit Siang dan Tony Phua? Ada mereka serang balas Mahfuz Omar? Ada mereka serang balas .......malas nak sambung tulis....
"Malang buat Najib.... walaupun dari mata kasar, dia kelihatan disokong dan dijulang, hakikatnya dia sedang disantau dari dalam secara senyap-senyap "
"Persoalan yang dibangkitkan, ke mana habis mereka semasa Najib dan kerajaannya diserang oleh Pakatan Rakyat"
TFK
Persepsi bro,
Bagaimana nak dapat undi gen y jika begini perangai orang umno, bloger upahan jemuan, bangang dan lembuan (lembu makan rumput)
Dulu x ada internet anak2 muda tak terdedah sekarang ni siap ada gambar sebagai bukti
Satu contoh,
Gambar bunga bertingkat tingkat tu...walau di sponsor sekalipun kenapa perlu bermewah mewah sedangkan rakyat pula kena GST? harga barang keperluan naik pergi lah mana2 supermarket.
Cuma nak ingatkan UMNO dan BN,
Golongan Gen Y adalah pengundi terbesar pada PRU akan datang, dan Pakatan Rakyat telah pun mempunyai peluru yg tersimpan kemas.
Dan kali ini mereka tidak akan melakukan kesilapan seperti pak lah sebaliknya, mereka akan cuba mempertahan Dato Seri Najib terus kekal sehingga PRU akan datang!
Bila difikirkan,
Bertambah buruk blogger jemuan dan banggang ahjibgor yang merosakkan, kami faham mereka di bayar!
Berubahlah jika kamu sayang sebelum UMNO di kuburkan!
Insan2 yang kini menentang Tun M mmg tak tau diuntung...
ada juga bekas2 pemimpin di borneo sana yang pernah berhutang judi di luar negara, tetapi akhirnya dilangsaikan oleh kerajaan malaysia...
kini menentang Tun M kerana dipecat dari UMNO...
Dasar tak sedar diri...
Post a Comment