Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, April 9, 2015

PENYANYI KUMPULAN MONOLOQUE MUNCUL KONTROVERSI DENGAN IMEJ DYMM YANG DI-PERTUAN AGONG!!!!



Vokalis kumpulan Monoloque, Khairil Ridzwan Annuar atau lebih dikenali sebagai Locque mencetuskan kontroversi apabila meletakkan imejnya seperti Yang di-Pertuan Agong pada matawang ringgit di kulit single terbaharunya.

Imej itu tertera di laman Instagramnya, Loque, @antiloque.

Segelintir kecil pengikut Instagramnya menyampaikan rasa kurang puas hati kepada Loque kerana dikatakan tidak sensitif dengan meletakkan gambarnya seperti Yang di-Pertuan Agong yang merupakan Ketua Negara.

Terdapat juga pengikut nya yang memuji kreativiti Loque, termasuk gambar dan lagu GST yang dijangka menepati situasi semasa.

Mengikut jadual, single terbaharunya berjudul ‘Ringgit’, akan dipasarkan pada 13 April ini adalah album kedua kumpulan berkenaan.

Berdasarkan rakaman video klip yang berdurasi 15 saat di laman Facebook monoloQue, ia meluahkan keluhan terhadap pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sejak 1 April lalu.

No comments:

 
Blogger Templates