Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, April 13, 2015

PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI LARISKAN LAGU ALLAHYARHAM DATO AHMAD JAIS, HARAPANKU KECEWA!!!


Macam-macam yang berlaku dalam dunia politik masakini. Semua mata memandang antara satu sama lain dan menantikan perkembangan selanjutnya. Dalam keadaan ini, sudah tentulah yang menduduki carta terhangat adalah pertembungan Mahathir-Najib.

Namun di pihak saingan paling tegar UMNO, sebenarnya, tidak kurang juga hangatnya. Pencalonan demi pencalonan membuktikan perasaan megah, ujub dan riak puak PASMA sebenarnya tidak lebih daripada keyakinan yang disampaikan kepada pihak yang membiayai operasi dan pergerakan mereka.

Dengan kata lain, semua cerita hebat selama ini, kononnya PASMA sedang mendapat dokongan, sokongan serta gelombang besar dalam PAS, tidak lebih daripada rekayasa bagi meraih kepercayaan tuan besar mereka yang diketahui sebagai DAP-Guan Eng.

Perkembangan semasa menunjukkan semua tokoh PASMA bakal tercampak dan terhumban selain kehilangan jawatan walaupun selama ini, merekalah yang mendominasi publisiti serta apa-apa sahaja berita membabitkan dasar-dasar PAS.

Paling teruk ialah Mat Sabu yang dilihat semakin hampir kehilangan jawatan Timbalan Presiden PAS yang disandangnya apabila pencalonan saingannya, iaitu Tuan Ibrahim Tuan Man dilihat empat kali ganda lebih banyak berbanding yang diperolehinya.

Begitu juga dengan Husam Musa. Pencalonannya sebagai Presiden PAS menandingi Hadi Awang tidak ubah seperti pasukan bolasepak Malaysia menentang pasukan gergasi dunia, Jerman.

Gerakan menggulingkan Hadi Awang sudah pun memakan korban di kalangan PASMA sendiri termasuklah kekalahan memalukan Nizar Jamaluddin di kubu kuatnya di Kampar apabila dia hilang jawatan Yang Dipertua PAS Kampar yang disandangnya selama 14 tahun.

Berikut adalah keputusan pencalonan terkini sehingga 12 April 2015:

PRESIDEN
1.TUAN GURU HAJI ABDUL HADI (38)
2. DATO HUSAM MUSA  (7)
3. TUAN IBRAHIM TUAN MAN ( 1 )
4. USTAZ AHMAD AWANG (2)

TIMBALAN PRESIDEN
1.USTAZ TUAN IBRAHIM TUAN MAN ( 37 )
2. MOHAMMAD SABU ( 8 )

NAIB PRESIDEN
1.USTAZ TUAN IBRAHIM TUAN MAN ( 6 )
2. SALAHUDDIN AYUB ( 23 )
3. DATO HUSAM ( 6 )
4. DATO MAHFUZ OMAR (20)
5. DR MARIAH MAHMUD (1)
6. USTAZ IDRIS AHMAD (31)
7. DATO NIK AMAR ( 12 )
8. USTAZ NASARUDDIN HASSAN (12)
9. DATO ISKANDAR SAMAD (6)
10. MOHD SABU (1)
11. DATO DR MUJAHID (1)
12. DATO DR MAHFUZ (1)
13. USTAZ NIK ABDUH (1)
14. USTAZ NIK ZAWAWI (1)
15. HJ MOHD NUR (1)

Jangan terkejutlah kalau orang yang kita tak pernah dengar dia bersiul dan menyanyi, tiba-tiba berdendang sayu dengan lagu popular Allahyarham Dato Ahmad Jais, Harapan Kecewa.

3 comments:

Anonymous said...

. . . .Tuan2 dan puan2.
bagi mengakhiri persembahan. ...terima lah sebuah lagu yg pernah didendangkan oleh dato ahmad jais. . . .bertajuk. "Harapan kecewa " yg akan sampaikan oleh tidak lain dan tidak bukan. . .penyanyi yg tidak asing lagi . . .yg dtg dari melaka. . .inilah dia. . .
LIM GUAN ENG. . . . ! ! !

Anonymous said...

Huhu..padan muka..nak sangat jilat jubo LGE

maae said...

Bila aku tengok pencalonan ini, nampak sikit ahlul Pas sudah mula menggunakan kepala dan otak. Keraskan kepala, lurut otak tidak tunduk kepada munafik dan kafirun total (he..he..)

 
Blogger Templates