Selepas posting terbaru Mahathir di blognya, para penyokong UMNO kembali bercempera. Ada yang menyokong Mahathir. Ada yang menyokong Najib. Ada yang
Salah satu daripada persoalan yang diulang oleh Mahathir adalah membabitkan pembunuhan seorang model Mongolia, Altantuya Shiiribu dan kaitannya dengan Sirul Azhar. Golongan yang lurus bendul kemudiannya menyalahkan Mahathir kerana bertanyakan soalan itu dan kemudian membuat kesimpulan Mahathir menuduh Najib yang membunuh wanita berkenaan sedangkan itulah soalan yang sama dimainkan oleh pembangkang yang tidak dijawab dan tinggal diam.
Punyalah jauh tersimpang!
Sebenarnya ini persoalan sama yang cukup hebat dimainkan di medan Pakatan Rakyat dan hampir tiada jawapan kecuali 'sesekali' dari kalangan cytro dan blogger pro-UMNO yang menjawabnya secara meraba-raba dan berdasarkan andaian yang bersandarkan kepada keputusan mahkamah dan gelagat Peguam Negara yang gagal membuat rayuan untuk mendakwa semula Abdul Razak Baginda selain motif pembunuhan yang tidak jelas... sama ada membabitkan cubaan menutup perlakuan jenayah kedua-dua anggota polis berkenaan ke atas mangsa, atau pun kerana arahan orang tertentu yang kemudiannya 'dibebaskan' daripada tindakan undang-undang.
Apa pun, pertanyaan-pertanyaan Mahathir sebenarnya satu hikmah. Setidak-tidaknya, salah seorang pihak berintegriti sudah pun menjelaskan satu perkara iaitu SIRUL AZHAR dan ALTANTUYA SHIIRIBU, penjelasan yang sepatutnya diberikan semenjak isu ini tercetus dahulu.
Apa-apa pun, pertanyaan-pertanyaan Mahathir itu juga menunjukkan di sekeliling Perdana Menteri, terdapat terlalu ramai pegawai dan pembesar yang akan bersikap mendiamkan diri apabila boss mereka diserang oleh pihak lawan tetapi apabila dari kalangan UMNO yang membangkitkannya, mereka segera berlagak seolah-olah merekalah pahlawan.
Bayangkanlah kalau tidak ada cytro dan blogger UMNO untuk menjawab seperti yang berlaku sebelum 2004... Menteri, Timbalan Menteri, Ketua-Ketua Agensi, Ketua Bahagian, Ketua Cawangan dan pemimpin UMNO semua pakat main jalan selamat. Yang mereka tahu, bila kena soal, mereka akan melakukan serangan ala kanak-kanak!!!
Ketua Polis Negara telah menyanggah kenyataan Tun Dr. Mahathir bahawa tiada sebarang siasatan dibuat oleh bekas anggota UTK, Sirul Azhar Umar berhubung pembunuhan Altantuya Shiiribu.
Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, keseluruhan siasatan telah dibuat berdasarkan isu-isu yang dibangkitkan oleh Sirul Azhar.
"
Sirul Azhar sebelum ini telah membuat kenyataan, dia telah diarahkan untuk melakukan pembunuhan ke atas Altantuya dan siasatan tidak menjelaskan, siapa yang mengarahkan atau Sirul berbohong dalam kenyataannya. Atau lebih tepat lagi, dibiarkan tergantung begitu sahaja.
Mahathir mendakwa, rakyat dari pelbagai kaum sukar untuk percaya kepada Najib kerana kegagalannya menjawab kesemua tuduhan yang dilemparkan kepadanya. Secara mudah, tindakan yang perlu dilakukan selepas ini adalah kepantasan memberikan jawapan dan penjelasan, bukannya mengambil langkah mendiamkan diri sehingga melekap kukuh ke dalam kepala dan otak rakyat bahawa ianya berlaku walaupun ianya tidak pernah berlaku.
Samalah seperti GST sekarang ini... yang pasti, daripada pemerhatian, pengalaman dan aduan, semua harga barang telah dinaikkan walaupun penerangan menyatakan sebaliknya.
Dan akhir sekali dengan kempen, 'kenaikan tidak membebankan' tidak akan mampu menyelamatkan penerangan yang gagal dan ketiadaan tindakan pemantauan serta penguatkuasaan yang benar-benar berkesan akan menjadikan rakyat kekal dengan fahaman bahawa GST adalah langkah Kerajaan untuk menaikkan harga barang dan perkhidmatan!
As simple as that!
9 comments:
Ketua Polis Negara perlu menjelaskan apakah yang menyebabkan Sirul dan Azilah mempunyai keperluan untuk mengebom Altantuya hingga mati berkecai?
Walau apa pun, Najib perlu menjawab sendiri perkara ini, jangan baling batu sembunyi tangan pula.
Seorang yang berintegriti menyoal maka akan dijawap juga oleh yang berintegriti dalam kerajaan.....itulah tujuan TunM sebenarnya.
Yang menyoal selama ini hanyalah pencacai-pencacai angkat najis dan mulut pun penuh dan berbau najis.
DSP Najib teruskan dgn pemerintahan skrg ini, tak payah kita dengar semua berita mengarut ni...rakyat sebahagian besar akan memastikan BN akan menang dan dgn prestasi yg lebih baik...we keep quite and do our work...itu saje....1Malaysia..teruskan perjuangan mulia martabatkan bangsa, ugama dan negara..
Setuju tu..memang perangai penyokong kerajaan setakat pandai bercakap dikalangan mereka saja..sebab tak tahu apa yg harus dibuat..dan tidak menjadi suatu keheranan jika terdapat begitu ramai kalangan kakitangan kerajaan yg menentang kerajaan kerana ketiadaan penerangan yg tepat..semua kaki yes boss...
sirul dah jawab apalagi mau
terkini
Aku ingat abg side Najib dan RM Rosmah. Bagus lah. Sebelom ameno mati mereput.Aje getik aku nengok pemimpin ameno skrg ni. Focus busines lagi bagos.. Go ahead bang. Tk
Kakitangan kjaan mmg ramai pembangkang tu sbb byk kerja yg tidak d selesaikan. Sbb mmg mereka pemalas tahu nak membangkang kerja tak buat. Gaji nak kerja tak tahu nak buat!!!!
Kakitangan kerajaan mmg pemalas sbb ramai yg pembangkang. Gaji nak tapi tak reti buat kerja.
salam,
bila mahpuz bean main isu sirul, patutnya semua tu dah berjawab. tapi semuanya diam ajer sampai la tdm tanya. bila dah tanya baru terkial-kial nak jawab danmenunding jari. kalu ahli umno, dahulukan parti dan bangsa, kemudian pemimpin. itu yang tdm cakapkan. sekarang, ramai rakyat berada dalam keadaan gembira atau tidak. kalu tiak gembira, maka bn akan berada dalam keadaan yang sukar pru14 nanti. jangan tunggu setahun lagi pru, baru nak buat pemulihan. tdm lebih pentingkan umno dan negara. mereka yang dok pertahan ah jib gor pulak dok kritik tdm dan persoalan tak jawab. persoalan tu adalah serupa dengan apa yang ditimbulkan pemimpin pembangkang dan juga rakyat atas pagar yang undi bn. kalu harap ahli umno yang undi, mungkin bn kalah kerana ada ketua bahagian yang tak dipilih jadi calon tunjuk perasaan. persoalan itu juga mungkin bermain di dalam kepala para pengundi muda yang baru kenal politik. maka mereka akan lebih percayakan berita dalam media sosial. dalam fb pm sendiri menunjukkan betapa ramai yang sumpah seranah pm atas beberapa dasarnya. adakah ini baik untuk umno dan bn. selesaikan isu yang timbul, bukannya mencari salah orang yang tanya kerana orang yang tanya itu membawa mesej daripada ramai orang yang sayang kepada bn dan umno. kritikan untuk membaiki yang salah. jika tdm salah, alhamdulliah, kalu tdm betul camna pulak, kata tan sri junid. yang penting kekal untuk berkuasa demi bangsa, agama dan negara. bukan untuk pemimpin.
Post a Comment