Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, April 6, 2015

SIAPA AIDANA BAIZIEVA YANG DIKATAKAN CO-PILOT HELIKOPTER YANG TERHEMPAS DI SEMENYIH, MASIH LAGI JADI TANDA TANYA!!!



Biodata Aidana Baizieva penumpang misteri helikopter terhempas. Setakat berita ini ditulis, status wanita dikenali sebagai Aidana Baizieva yang berada di dalam helikopter AS365N2 yang terhempas di Semenyih pada 4 April 2015 lalu masih lagi menjadi misteri. Ini susulan identiti wanita tersebut yang didakwa sebagai pembantu juruterbang masih belum dapat disahkan oleh mana-mana pihak.

Difahamkan, nama Aidana Baizieva yang berasal dari Kyrgystan itu diperoleh daripada kenyataan Kementerian Pengangkutan yang memaklumkan wanita berkenaan adalah salah seorang daripada enam yang menaiki pesawat tersebut. Hospital Kuala Lumpur turut mengklasifikasikan status mayat tersebut sebagai ‘tidak diketahui’.

Terdahulu, helikopter yang dinaiki oleh Ahli Parliman Rompin Dr Jamaluddin Jarjis berserta 5 lagi penumpang terhempas di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, Semenyih pada 4 April 2015 selepas menghadiri majlis perkahwinan anak PM Dato Najib Razak di Pekan, Kuantan, Pahang.

Senarai Nama 6 Mangsa Maut Helikopter Terhempas 4 April 2015

1. Juruterbang Kapten Clifford William Fournier

2. Aidana Baizieva (Identiti Masih Lagi Misteri Sehingga Kini)

3. Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis (Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia)

4. Datuk Azlin Alias (Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri)

5. Pengawal peribadi Jamaluddin Razakan B Seran

6. Datuk Tan Huat Seang.

Gambar Copilot Tersebar Bukan Foto Aidana Baizieva


Foto co pilot yang tersebar bukanlah foto Aidana Baizieva. Menurut kenyataan rasmi pemilik foto, Dzuriasikim Dzulkifli, 46, foto tersebut adalah gambar kenangan selfienya bersama Kapten Clifford Fournier (mangsa maut nahas helikopter).

Foto Sebenar Wajah Aidana Baizieva Tersebar Dilaman Sosial


Menerusi laman sosial, foto wajah sebenar Aidana Baizieva kini tersebar dilaman sosial. Namun, persoalan siapa dan apakah tugasan Aidana didalam helikopter tersebut bersama VVIP masih menjadi tanda tanya.

Identiti Mayat Ke 6 Masih Belum Lagi Dikenalpasti

Menurut pakar forensik Hospital Kuala Lumpur, mayat mangsa terakhir nahas berkenaan dipercayai wanita misteri tersebut, Aidana Baizieva belum dituntut kerana identitinya belum dapat dipastikan.

SUMBER: MELVISTER.COM


BERITA TERKINI:

Seorang ahli keluarga Aidana Baizieva tiba di bilik mayat Hospital Kuala Lumpur untuk menuntut mayat wanita tersebut.

Difahamkan gadis tersebut yang juga adik Baizieva sedang mengisi beberapa borang untuk tujuan pelepasan mayat itu.

Dia tiba di bilik mayat kira-kira pukul 10.45 pagi Isnin dan ditemani seorang lelaki dari Kedutaan Kyrgyzstan.

Wanita tersebut enggan bercakap dengan media yang dilarang daripada memasuki perkarangan bilik mayat.

Terdahulu, seorang jurucakap kedutaan mengesahkan Aidana merupakan warga Kyrgyzstan dan pernah bekerja di Malaysia untuk seketika.

"Rekod menunjukkan beliau berada di Malaysia sekurang-kurang selama setahun," katanya.

Baizieva antara yang maut dalam nahas helikopter di Semenyih pada Sabtu lalu.

Nahas tersebut turut menggorbankan Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Jamaluddin Jarjis.

Terdahulu, wanita tersebut dilaporkan sebagai pembantu juruterbang helikopter yang terhempas itu tetapi kemudiannya disahkan sebagai kakitangan Syarikat Penerbangan Cempaka. -mstar

9 comments:

Anonymous said...

Muka mamat tu macam penyangak...bapak ayam ke??? Apasal susah sangat nak ketahui siapa pompuan tu?

Sebagai "pekerja" kepada syarikat helicopter tu, tak kan takde sebarang information daripada syarikat tersebut? Betul ke dia berkerja untuk syarikat tersebut?

Tak kan syarikat tu takde background pompuan tu langsung?
SO MUCH COVER UP!!!! WHO IS THIS GIRL?? WHAT WAS SHE DOING IN THE HELICOPTER?

KENAPA PENUMPANG LAIN BOLEH DICERITA DENGAN MUDAH DAN DENGAN PANJANG LEBAR TETAPI POMPUAN NI SORANG TERSANGAT MISTERI? KALAU DIA PEKERJA SYARIKAT, APA YANG NAK DIMISTERIKAN SANGAT?

Anonymous said...

Nak jaga nama baik sapa???

Anonymous said...

Jaga nama baik orang baik.

Anonymous said...

Jangan mulakan racun fitnah...
Semuanya telah terkorban...
Camne nanti nak minta maaf..jk syak wasangka/fitnah itu tidak benar....

Anonymous said...

X abis2 teori konspirasi.. Renti2 kan le pengaruh tv tuu...

Anonymous said...

X abis2 teori konspirasi.. Udah2 le dgn pengaruh tv tuu...

Anonymous said...

2 datuk 1 tan sri 1 captain. 1 bodyguard. Mesti lah bodyguard punya mistress

Anonymous said...

Helikopter meletup di udara. ## adakah bom?

Anonymous said...

JJ duly di kaitkan dengan insiden Hilton KL Sentral dia raba wanita.

Ok beb, kalau Hudud apa hukumannya?

Tough choice yah. ;-)

When the shit hits you in the face.

 
Blogger Templates