Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, April 3, 2015

SILAP BESAR KALAU KATA NAJIB TAK JAGA BUMIPUTERA... MASALAH MUNGKIN PADA PERINGKAT PEGAWAI, BUKAN NAJIB!!!



Bising habis para 'pejuang Melayu' apabila semalam Perdana Menteri melancarkan bantuan RM50 juta untuk para peniaga kecil Cina. Dan seperti biasa, para 'pejuang Melayu' itu pun memomok-momokkan Najib dan mengingatkan Najib bagaimana Cina telah bersatu hati menipu Barisan Nasional sehingga semua kerusi bermajoriti atau pengundi Cina lebih 30% tumbang ke tangan Pakatan Rakyat.

Mereka terlupa, berselang beberapa jam sebelum itu, Najib telah melancarkan Dana Bumiputera Al-Ansar berjumla RM200 juta untuk memperkasa dan memperkukuhkan ekonomi usahawan Bumiputera Muslim di negara ini.

Untuk Cina dapat RM50 juta, untuk Bumiputera-Islam dapat RM200 juta memandangkan komposisi kaum serta kaum mana yang perlu lebih dibantu dalam bidang ekonomi...

Masalah lagi ker tu? Najib tak tolong juga ke?

Sebenarnya yang jadi masalah adalah pada peringkat pelaksana. Bukan tidak ada dana-dana untuk Bumiputera sebelum ini. Tetapi entah di mana silapnya, di mana 'ketatnya', dana-dana tersebut seperti tidak sampai ke tangan pihak yang sewajarnya.

Sama macam GLC ler... tak ada beza GLC dengan syarikat korporat swasta lain. Kadang-kadang GLC lebih swasta daripada swasta walhal yang duduk mengepalai GLC itu adalah atas kapasiti sokongan kepada parti pemerintah, bukan kerana merit mereka sendiri tetapi lagak mereka seolah-olah merekalah penguasa dan mereka terpilih menduduki jawatan hebat itu kerana kelebihan mereka berbanding orang lain.

Kalau kita senaraikan inisiatif yang dilakukan oleh Najib sepanjang dia menjadi Perdana Menteri untuk rakyat negara ini, khususnya Melayu-Bumiputera-Islam, memang tak tersenarai ler kut. Sebabnya, terlalu banyak. Tetapi masalah tetap juga berlaku. Sehinggakan bank-bank yang mengatasnama Islam pun, kelihatan cukup bermasalah dan dikatakan lebih taiko daripada bank-bank along. Pantang silap, pelanggan ditekan. Islamic Bank apa jadahnya tuh...

"Weak enforcement is a culture in the Malaysian government machinery. Civil servants love to launch new initiatives, programs and products. It is good on their KPI but weak on implementation and weakest on enforcement".

Itu yang sebenar-benarnya. Akhirnya yang dapat nama buruk adalah Najib Abdul Razak dan Kerajaan yang dipimpinnya...

Tengok sahajalah dalam isu GST mahupun 1MDB... bukankah semuanya berakhir dan menuding kepada Najib juga?

Bagi yang kurang membaca dan kurang pengetahuan, berikut adalah ringkasan daripada Bajet 2015 yang mana kedua-dua dana dan bantuan tersebut terkandung dalam bajet yang telah dibentangkan oleh Najib sendiri. 


Berikut ialah sorotan Bajet 2015 bertemakan “BAJET 2015 : EKONOMI KEPERLUAN RAKYAT” yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat, pada Jumaat, 10 Oktober 2014, yang berkaitan dengan keusahawanan.
  • Mengukuhkan Skim Pembangunan Francais dengan peruntukan RM20 juta
  • Rakan Kongsi Pelaburan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) akan dilaksanakan dengan dana permulaan berjumlah RM375 juta bagi tempoh lima tahun
  • RM80 juta akan diperuntukkan bagi skim pinjaman mudah bagi automasi dan pemodenan PKS
  • Tekun akan menyediakan tambahan dana pembiayaan sebanyak RM500 juta
  • RM350 juta dana Tekun akan diperuntukkan kepada usahawan Bumiputera
  • RM50 juta dana Tekun akan diperuntukkan kepada Skim Pembiayaan Usahawan Muda India
  • RM50 juta dana Tekun akan diperuntukkan kepada Program Pembangunan Usahawan Wanita Muda Profesional
  • Pinjaman mudah berjumlah RM50 juta bagi usahawan PKS kaum Cina, RM30 juta bagi penjaja dan peniaga kecil
  • Perniagaan akan menerima geran latihan sebanyak RM100 juta untuk menghantar kakitangan mereka menjalani latihan tentang CBP
  • Perusahaan kecil dan sederhana akan mendapat bantuan kewangan berjumlah RM150 juta bagi membeli perisian perakaunan
  • Bagi menarik lebih ramai usahawan ekspatriat membuka syarikat di Malaysia, modal berbayar kini ditetapkan pada RM75,000
  • Usahawan ekspatriat syarikat permulaan akan mendapat pas kerja setahun
  • EKUINAS akan menerima RM600 juta untuk meningkatkan pemilikan ekuiti Bumiputera dalam syarikat swasta dan syarikat berkaitan kerajaan
  • Sehingga kini, EKUINAS telah melaksanakan pelaburan kumulatif bernilai RM2.3 bilion dalam pelbagai sektor
  • Memperkukuh peranan Institut Keusahawanan Negara sebagai pusat kecemerlangan Keusahawanan Bumiputera
  • Merancakkan lagi Skim Usahawan Permulaan Bumiputera (SUPERB) dengan peruntukan tambahan RM30 juta
  • Skim Usahawan Permulaan Bumiputera juga akan diperluaskan ke Sabah dan Sarawak
  • Program pra-eksport akan diperkenalkan bagi 60 syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi untuk meningkatkan penjenamaan, persijilan antarabangsa dan kaji selidik pasaran bagi produk Bumiputera
  • Lembaga Tabung Haji akan memperuntukkan RM200 juta bagi penubuhan Akaun Pelaburan Terhad patuh syariah di Bank Islam, bagi menyediakan pembiayaan dan kredit antara RM50,000 dan RM1 juta mulai Januari 2015
  • Amanah Ikhtiar Malaysia akan menggunakan sumber dalaman berjumlah RM1.8 bilion bagi pembiayaan untuk memberi manfaat kepada 346,000 Sahabat AIM

5 comments:

Anonymous said...

Pada mereka ni apa yang DS Najib buat semua tak kena di mata dan hati mereka. Yang Melayu dengan kemelayuannya yang ekstrim dan Cina dengan kecinaannya yang melampau. Yang terbaru Tun Dr.M pulak yang membangkitkan persoalan yang tidak banyak membantu Kerajaan. Lagi haru dibuatnya.
Kita tak kata beliau nyanyuk tetapi hakikatnya cara pemerintahan zaman beliau berbanding zaman penuh teknologi yang amat pantas masa kini adalah amat berbeza cabaran dan cara mengendalikan permasalahan dan tempoh masa menyelesaikannya.

Anonymous said...

Assalam..
Saya adalah kontraktor melayu yg telah di nafikan permohonan saya utk meminjam dgn bank. Jadi disini walau mcmana pun dana yg ada, boleh ke saya org mcm saya dpt sedikit drp peruntukkan yg di berikan itu?

bukan nak membangkang. Tapi itu adalah hakikatnya. Melayu susah nak dpt pinjaman. Pergilah ke MARA kalau tak percaya. Naik turun tangga MARA dah hampir 2 tahun. Hasilnya tiada.

Baik makan gaji drp berniaga.

Anonymous said...

ko ni memang penjilat tegar. berkatalah yang benar walau pahit.

Pengundi UMNO Teluk intan changkat Jong

Anonymous said...

Bukan nak melemahkan semangat TFK....tapi ketahuilah bahawa majoriti melayu(cina dapat 30 juta Tanpa undi!kebabian apakah??) yang mengundi najib bg membolehkan beliau duduk dikerusi empuk tu dah menyampah dengan beliau.Ada 2 pilihan orang melayu....najib letak jawatan atau umno pupus di Malaysia.

Anonymous said...

Selalu nya orang akan kata potong atau pukul kepala ular bagi mematikan nya. Tidak pula orang kata pukul badan atau kebawah, kepala fungsi untuk dimatikan.

Jadi kalau pegawai atau pengarah bawahan tidak laksana kerja dengan baik dan amanah, yang Ketua ie. PM apa sal tak ambil tindakan???

 
Blogger Templates