Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Taruddin dan pelakon Rozita Che Wan bakal menjadi modal kempen pembangkang sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh yang akan bermula 25 April ini.
Kedua-dua artis popular itu dijangka 'digunakan' pembangkang apabila menyentuh mengenai isu pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang dilaksanakan sejak 1 April lalu.
Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat, Dr Afif Bahardin berkata, bantahan dua individu berpengaruh itu terhadap GST merupakan contoh terbaik yang berupaya menghangatkan kempen PRK Permatang Pauh.
"Mereka yang berpendapatan jutaan ringgit pun merungut. Maknanya GST tak diterima rakyat. Mungkin kita boleh jemput mereka bagi ceramah tolak GST," katanya ketika dihubungi mStar Onlinepada Jumaat.
Kenyataan Dr Afif yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Jaya itu dilihat merujuk kepada posting Siti Nurhaliza dan Rozita di Instagram pada 14 April lalu yang menyatakan sokongan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad.
Artis tersohor tanah air itu menyatakan sokongan secara terbuka kepada bekas perdana menteri berkenaan susulan kenyataan di blognya, mengakui dirinya berseorangan selepas beberapa siri mengkritik pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Malah penggunakan hashtag #bencigst oleh Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta pada posting yang sama juga jelas menunjukkan pelakon berkenaan menolak pelaksanaan GST.
Bagaimanapun hasil pemeriksaan, Siti Nurhaliza tidak menyentuh atau menggunakan sebarang hashtag berhubung GST seperti yang didakwa Dr Afif.
Mengulas lanjut, Dr Afif yang juga Ketua AMK Pulau Pinang berkata isu pengurusan kewangan syarikat pelaburan kerajaan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang hangat diperkatakan juga akan diketengahkan sebagai modal kempen PRK itu nanti.
"Selain itu isu membabitkan hukuman penjara ke atas bekas penyandang kerusi Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang cukup dekat dengan pengundi di sana adalah senjata yang akan digunakan Pakatan Rakyat," katanya. (SUMBER)
9 comments:
Orang kaya lagi merungut sebab mereka tidak dapat elak daripada cukai! GST merupakan pengutipan cukai yang lebih sistematik. Orang Kaya banyak menggunakan duit, maka GST dikenakan ke atas mereka dan kemudian dana yang dikutip digunakan untuk pembangunan negara serta kepada rakyat sendiri juga. Mengapa masih merungut????? Wahai ORANG KAYA!
Bab hukuman penjara tu aku sokong gomen. Soal GST aku talk bantah tapi tak suka dengan cara pelaksanaan dan masa pun talk sesuai
Tentang 1MDB aku sokong Tun sebsb jawapan yang diberi setakat ni hancing tahap gaban.
Apalah punya bodohnya, nama je "Dr".
Beratus Negara ada GST dia pula tentang GST. Alangkah baik jika beri penjelasan pada rakyat tentang apa GST itu pada Negara.
Atau berilah pendapat dan cara lain menjana pendapatan Negara.
Menggunakan GST bermakna mereka tidak ada modal lain!!!
Tidak hairan jika PKR guna isu GST dalam kempen PRU Permatang Pauh kali ini.
Isu GST telah jadi isu besar. Golongan peniaga yang nampak jelas pro pembangkang memainkan isu GST memburukkan kerajaan disamping mengaut untung atas angin daripada GST.
Pekedai menyediakan kerani untuk membuat bil GST. Gaji dan alaun kerani ini semestinya dibayar olih pengguna/pembeli dengan menaikkan harga barang. GST dipersalahkan diatas kenaikan ini.
Pekedai beli barangan dari pemborong dikenakan GST 6%.Walau dapat claim kembali tetapi pekedai tetap mengambil kesempatan menaikkan harga barangan 6% itu kerana mereka berkempen Kastam belum pasti bayar balik kos modal dikenakan GST 6% itu. Peniaga tidak bodoh dalam hal menipu ini.
Kalau dulu pekedai mengenakan tambang penghantaran barangan setiap 1 load RM 6.00 kerana harga minyak naik. Walhal harga minyak dah turun tetapi masih kenakan caj tambang ini. Bila muncul GST tambang berubah menjadi RM 12.00 satu load. Kononnya insuran lori pun kena GST.
Pebeli bukan tahu berapa harga barangan sebenar dalam pasaran. Apa harga dilebelkan pekedai itulah harga pasaran yang pembeli tahu.Kini dibebani pula denga GST 6%. Tambahan pula dipekan2 kecil yangmana kedai pun terhad dan tiada pilihan maka bermaharajalelalah kenaikan harga barang. Dan kempen anti UMNO pun semakin rancak dalam pasaran politik.
Sepatutnya kerajaan usah menyusahkan rakyat dengan GST ini. Sebaliknya perbaikilah system percukaian sediada. Kalau masih bocor juga maka bunuhlah punca-punca kebocoran itu. Tapi kalau pilih bulu maka maksiat rasuah akan tetap mekar dalam pentadbiran kerajaan.
Derita rakyat jangan dipandang ringan. Percayalah keyakinan pada UMNO sudak kian menghakis dan menipis. Api GST cukup membara di seluruh pelusuk Negara. Dan agak pilu juga jika UMNO tersungkur kerana kebodohan manusia yang memimpinnya.
Tak salah tafsiran GST didendangkan sebagai GASAK SAMPAI TUMBANG . Siapa tumbang . Tentulah UMNO/BN.
Tarik balik GST seberapa segera sementara masih ada masa. Itu pun kalau ingat mau selamat PRU 14 nanti. Percayalah.....
kalau gst naik tinggi pun..aku takkan undi pr...aku lebih bimbangkan agama islam,raja2 melayu dan kedudukan bangsa melayu akan hilang sekiranya pr memerintah daripada aku risaukan pasal belanja tinggi...tengok je kat pulau pinang bangsa cina dah mula pertikaikan azan...
azhar...
Setuju sangat2
Setuju. Melayu yang lemah dan malas berfikir saja yang suka dipeintah dap. Semuanya diserahkan pada dap, mereka goyang kaki.
Lorrrr. ...dulu melayu ker yg jd kerajaan penang....Baru aku tahu Parti gerakan tu melayu
Tak geran la kalo ameno kalah sebab najib ta na turun
Post a Comment