Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak jika terdapat bukti yang kukuh beliau terlibat rasuah, kata Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim.
Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) pada Khamis berkata adalah mudah bagi orang ramai untuk membuat tuduhan tetapi suruhanjaya itu tidak boleh bertindak berdasarkan syak wasangka atau jika tidak ada bukti yang kukuh terhadap dakwaan tersebut.
“Jika ada orang yang mengetahui tentang kekayaan Perdana Menteri, mereka tahu apa yang mereka boleh lakukan. Buat laporan polis, tetapi mestilah disertakan dengan bahan.
“Ini bukan soal pergi ke balai polis, gambar anda dikelilingi orang ramai diambil diambil dan menjadi terkenal untuk satu hari.
“Saya tidak mengatakan bahawa PM perlu dilindungi atau tidak harus dipersoalkan.
“Tetapi sebelum kita menuduh beliau terlibat dengan salah laku, sila tampil dengan bukti.
“Jika anda mempunyai bukti yang kukuh, buat laporan dan polis akan menyiasat. SPRM akan bertindak jika terdapat sebarang unsur rasuah.
“Saya menggalakkan sesiapa yang mempunyai bukti salah laku PM untuk tampil ke depan dan membuat laporan. Ini adalah demokrasi,” kata Tunku Abdul Aziz pada satu sidang akhbar di ibu pejabat SPRM di sini.
Tunku Abdul Aziz ditanya jika PM akan disiasat oleh SPRM bagi dakwaan memperoleh kekayaan dengan cara rasuah.
Terdahulu, beliau mempengerusikan mesyuarat bersama ahli-ahli baharu lembaga, yang telah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong pada 25 Februari tahun ini.
-
3 comments:
Assalammualaikum wmt,
Pengerusi LPPR sepatutnya dapatkan maklumat drp Tun M.
Negarawan itu ada maklumat lengkap bersekali dgn bukti-bukti.
Tak sempat audit dan pac buat semakan akaun 1MDB macam2 persepsi yg keluar yg mengaitkan PM dgn rasuah. PM jaga negara ke atau 1MDB sepatutnya jika berlaku ketirisan mereka yg bertanggungjawab mengurus 1MDB didakwa dan PM disoaliasat sekira terlibat sama. Bukan buat tomahan yg tidak ada bukti kemudian suruh PM letak jawatan.
..sebelum audit keluar serangan perlu dilakukan secara agresif..persepsi perlu ditanam sbanyak mungkin yg boleh.. imeg perlu dirosakan
Post a Comment