Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, April 20, 2015

SUSAH NAK TERIMA RASUAH DI MALAYSIA DI BAWAH KAWALAN? SUKA TAK SUKA, TERIMALAH KERANA ITU ADALAH HAKIKATNYA!!!



Transparency International (TI) melaporkan, rasuah di Malaysia di bawah kawalan dan perkembangan pelaburan di negara ini adalah buktinya. TI menyatakan, pelaburan tidak akan berkembang di negara yang didominasi oleh rasuah.

Itu yang dilaporkan oleh The Star. Dan kenyataan itu dikeluarkan oleh Michael Hershman, pengasas bersama Transparency International. (RUJUK SINI)

Berbanding zaman Perdana-Perdana Menteri sebelum ini yang sumber beritanya amat terhad, zaman Najib, sumber masuk dari segala segi dan setiap liang roma. Mana yang lebih aktif, itulah yang akan kelihatan seperti benar.

Justeru, apabila pembangkang menguasai media dan menyalurkan pelbagai fitnah serta tohmahan yang dijadikan sebagai berita benar, maka persepsi awam pun mengikut sebagaimana yang diprogramkan.

Rata-rata kalau ditanya kepada golongan pro-pembangkang akan berkata, kadar rasuah di Malaysia amat berat dan Malaysia akan muflis di bawah pemerintahan Najib Abdul Razak.


Hakikatnya Indeks Kebebasan Ekonomi tahun 2015 telah meletakkan Malaysia di tempat ke-31 sebagai negara paling bebas ekonomi di kalangan 178 buah negara lain dengan mata 70.8 iaitu peningkatan sebanyak 1.2 mata berbanding tahun lepas (RUJUK SINI). Sekaligus menunjukkan wujudnya kebebasan daripada rasuah, kebebasan perniagaan dan kebebasan perdagangan, buruh dan tenaga kerja serta pengurusan perbelanjaan kerajaan.

TI sendiri mengakui bahawa TIDAK ADA NEGARA yang SIFAR RASUAH selain turut berkata, rasuah tidak hanya merupakan masalah kerajaan tetapi juga rakyat sendiri yang harus menyalahkan Kerajaan.

"Mudah untuk mempersalahkan kerajaan. 'Mereka adalah pihak yang jahat' tetapi rasuah tidak akan wujud kecuali ada orang di kalangan rakyat sendiri yang melakukan dan terbabit rasuah," kata Hershman.

Justeru katanya, berbanding menyalahkan kerajaan dan mendesak kerajaan memerangi rasuah, sebaik-baiknya rakyat sendiri yang memulakan perang ke atas rasuah, bukannya sekadar menuding jari kepada kerajaan.

"Masalahnya ialah berapa ramai yang sanggup menyatakan 'tidak' apabila melibatkan rasuah?" katanya sambil menambah, kebanyakan orang enggan memaklumkan kepada pihak berkuasa tentang rasuah.

Malah ada yang dengan sengaja merakamkan perlakuan rasuah yang mereka sendiri lakukan untuk disebarkan kepada awam, bagi menyalahkan penjawat awam yang menerima rasuah daripada mereka yang membuat rakaman video.


Barangkali bagi mereka yang otaknya sudah diprogramkan dengan kepercayaan, Malaysia penuh dengan rasuah seperti yang berlaku di negara-negara Afrika atau Asia Selatan, kenyataan Hershman ini barangkali dianggap telah 'dibeli' oleh Kerajaan Malaysia walaupun pada masa yang sama, mereka gagal sama sekali untuk mencari jawapan, mengapa di sebalik tohmahan Malaysia sebagai negara pempraktik rasuah terbesar sebagaimana yang didakwa, masih mampu memperolehi kepercayaan pelabur-pelabur luar untuk melabur di negara ini, berdasarkan kepada perangkaan dan data-data rasmi?


No comments:

 
Blogger Templates