Social Icons

Pages

BULETIN 247

Sunday, April 5, 2015

ULANG TAHUN KE-14 KEMATIAN IBUNYA, ANWAR IBRAHIM KEHILANGAN BAPANYA SUBUH TADI... ADAKAH ANWAR IBRAHIM AKAN BERKERUSI RODA SEPERTI DAHULU?



Petang semalam, berita kemalangan helikopter yang membunuh Ahli Parlimen Rompin, Jamaluddin Jarjis, Ketua Setiausaha Sulit Kanan PM, empat orang yang lain di Sungai Lalang, Semenyih telah menjadi hsangat hangat.

Pagi ini, kerja-kerja untuk pengebumian kesemua mangsa akan diadakan dengan jenazah Allahyarham Jamaluddin Jarjis dan Allahyarham Datuk Azlin telah selesai dikenalpasti.

Jenazah Allahyarham Jamaluddin Jarjis dilaporkan akan dikebumikan di Makam Pahlawan di Masjid Negara.

Bagaimanapun, pada ketika semua masyarakat tertumpu kepada nahas helikopter di Semenyih dan gerakan mencari dan menyelamat, satu lagi berita pada jam 2:00 pagi muncul menyatakan:


Untuk makluman semua, Dato' Ibrahim b Abd Rahman (ayah DSAI) telah kembali ke rahmatullah jam 1.45 am tadi di Hospital Serdang.

 Jenazah akan dibawa pulang di alamat Lot 459 Pinggir Pelangi Pagi, Country Height, Kajang. 

Jangkaan setakat ini pengkebumian di Tanah Perkuburan Sg. Ramal, selepas zuhor. Insya-Allah.

Innalillahiwainailaihiraji'un

Allahummaghfirlahu warhamhu.... Al- fatihah.

Secara kebetulan, ibu Anwar Ibrahim, Allahyarhamah Mak Yan meninggal dunia pada April 2001, ketika Anwar Ibrahim sedang menjalani hukuman penjara selama 8 tahun kerana rasuah dan salahguna kuasa.

3 hari sebelum ulang tahun kematian Allahyarhamah Mak Yan yang ke-14, bapa Anwar Ibrahim pula meninggal dunia. Dan kali ini juga, Anwar Ibrahim berada dalam penjara untuk menjalani hukuman kerana meliwat bekas pembantu peribadinya.

Satu kebetulan yang telah diatur oleh Allah Taala dalam keadaan yang sangat tertib dan penuh hikmah. Semoga kita dapat memikirkannya dan dapat menginsafi kebesaran Allah Taala dan kerdilnya kita di dunia ini.

No comments:

 
Blogger Templates