Kalau diikutkan kepada yang kuat bekerja, Cikgu Zaidi yang merupakan Ketua Bahagian UMNO Permatang Pauh adalah yang paling kuat bekerja di kawasan tersebut. Semenjak PRU-13 lagi, sekalipun bukan dia yang menjadi calon Permatang Pauh, dia yang paling bersegera melakukan kerja-kerja pengukuhan parti di Permatang Pauh.
PRK Permatang Pauh sudah berada di hujung kuku. Sudah hampir
UMNO sudah pun dikatakan mempunyai tiga orang calon untuk PRK itu. Berbeza dengan PRK DUN Chempaka di Kelantan di mana UMNO tidak terlibat kerana tiada signifikan kepada UMNO sendiri apatah lagi dalam keadaan 'kerjasama' dengan PAS membabitkan beberapa isu, Permatang Pauh pula berbeza sama sekali kerana ianya membabitkan maruah Anwar Ibrahim dan PKR.
Berjaya di Permatang Pauh, bererti satu kejayaan besar kerana selain pelbagai isu besar membabitkan dasar kerajaan, turut dibawa sama adalah penentangan terhadap Najib dari kalangan UMNO sendiri.
Kejayaan UMNO di Permatang Pauh amat-amat diperlukan bagi membersihkan dan mengembalikan integriti Najib Abdul Razak sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO. Dan beban tersebut tergalas di bahu Cikgu Zaidi sepenuhnya dengan bantuan jentera-jentera yang lain.
Melihat kepada apa yang diusahakan oleh Cikgu Zaidi di Permatang Pauh, tidak sepatutnya UMNO kalah dengan majoriti besar, sekalipun kalau menang pun bukan dengan majoriti besar. Sebagai orang yang membesar di Permatang Pauh, sudah pasti Cikgu Zaidi juga mempunyai asas yang jauh lebih baik berbanding Anwar Ibrahim yang merupakan kelahiran Cherok To' Kun Bukit Mertajam.
Dengan 'KEJAYAAN TERBARU' DAP menamakan sebatang jalan di Bukit Mertajam dengan entah nama Cina mana, Permatang Pauh menjadi bastion terakhir untuk Melayu Pulau Pinang terus bertahan.
Sekarang, terpulang kepada Melayu Permatang Pauh untuk menunjukkan sama ada mereka benar-benar mahu Melayu terus wujud di Pulau Pinang atau mereka sekadar berbangga Melayu pernah bermastautin, membangunkan dan mewujudkan Pulau Pinang sebagai sebuah negeri walaupun sebenarnya ia adalah daerah di dalam negeri Kedah!
1 comment:
Melayu penang kalau ada maruah lagi , mata dah terbuka , hati dah terbuka , bagilah umno memerintah dekat permatang pauh tu . sampai bila melayu penang nak bersenkongkol dgn family peliwat dan cina kiasu. tak takut ke nanti , disalahkan oleh anak cucu nanti di kemudian hari ini ? fikir2kan lah.
Post a Comment