Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, April 2, 2015

WAN AZIZAH SEDIA TANDING PERMATANG PAUH... KRONI TAK HABIS-HABIS!!!



Kalau sembang bab kroni, merekalah juaranya. Merekalah yang paling hebat menentang kronisme, nepotisme dan korupsi. Tetapi apabila ada peluang, mereka jugalah pengamal paling tegar dan paling wahid.

Selepas Anwar Ibrahim dilucutkan jawatannya daripada menjadi Ahli Parlimen Permatang Pauh ekoran pelupusan permohonan pengampunannya, PRK Parlimen Permatang Pauh sudah tidak dapat dielakkan.

Pada mulanya, Nurul Nuha dikatakan menjadi calon untuk Parlimen Permatang Pauh. Nurul Nuha telah pun mencuba untuk menonjolkan dirinya tetapi tanpa sokongan seperti yang diperolehi oleh kakaknya, Nurul Izzah pada zaman awal Reformasi, Nurul Nuha dilhat tidak berkemampuan untuk menggantikan bapanya di Permatang Pauh walaupun pada masa yang sama, cuba menggunakan anak sebagai umpah meraih simpati dan sokongan pengundi.


Akhirnya seperti yang dijangka oleh banyak pihak, Wan Azizah menawarkan diri untuk menjadi calon Parlimen Permatang Pauh. Wan Azizah yang sekarang ini merupakan ADUN Kajang dan gagal melaksanakan tugasnya sebagai ADUN, mahu kembali menjadi Ahli Parlimen Permatang Pauh yang mana sepanjang tahun 1999 sehingga 2004, dia juga gagal melaksanakan tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen kawasan tersebut kerana lebih banyak menggunakan jawatannya untuk 'menyelamatkan' suaminya.

Mungkinkah LANGKAH KAJANG akan digunakan semula dan lakonan demi lakonan akan dibuat sehingga akhirnya salah seorang daripada anaknya akan dilantik sebagai calon?

Tentu kita masih ingat bagaimana Langkah Kajang yang pada mulanya menyaksikan kesungguhan Anwar Ibrahim untuk menjadi ADUN Kajang bagi membolehkan dia menjadi Menteri Besar Selangor, telah mengorbankan Khalid Ibrahim. Harapan Anwar Ibrahim, jikalau dia menjadi Menteri Besar Selangor, Sultan Selangor akan mengampunkan kesalahannya.

Gagal kerana Mahkamah Rayuan mensabitkan kesalahannya dan dia dijatuhi hukuman penjara 5 tahun.


Latheefa Koya, Azmin Ali dan Rafizi Ramli sudah pun memainkan peranan mereka dalam LANGKAH PERMATANG PAUH kali ini. Lebih awal daripada yang dijangkakan.

Latheefa Koya menyatakan Anwar Ibrahim masih tidak hilang kedudukannya sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh selagi rayuan masih terbuka. Rayuan kat mana lagi agaknya kerana semalam Mahkamah Tinggi telah menolak dengan kos. Rayuan tertinggi kepada DYMM Yang Di-Pertuan Agong juga telah ditolak.

Azmin Ali menyatakan PKR tidak menerima keputusan Panel Pengampunan Diraja kerana keputusan rasminya belum dihantar kepada keluarga Anwar Ibrahim, sekaligus masih lagi mengekalkan Anwar Ibrahim dalam hierarki politik PKR.


Manakala Rafizi pula menyatakan, Anwar Ibrahim masih lagi kekal sebagai Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia sekalipun Speaker Dewan Rakyat telah menghantar surat kekosongan kerusi Parlimen Permatang Pauh kepada SPR bagi membolehkan SPR mengendalikan satu PRK di Parlimen Permatang Pauh.

Wan Azizah segera menutup peluang orang lain sebagai calon dengan mencalonkan dirinya sendiri walaupun pada masa yang sama, pengundi-pengundi di Kajang memintanya bekerja lebih keras di kawasan yang telah dimenanginya dalam pilihanraya kecil Langkah Kajang sebelum ini.

Kita tengok sahajalah drama demi drama yang dimainkan oleh PKR, Wan Azizah dan keluarga Anwar Ibrahim.

Yang pasti, ia amat menarik!!!


3 comments:

Anonymous said...

baguzz le tu....cina cina permatang pauh tentu sokong....sama mcm di kajang, walaupun tahu yg nyonya ni bukan pandai buat kerja pun...

Anonymous said...

pisang tidak akan berbuah kali kedua

Anonymous said...

balik2 nuka ini...xde muka lain ke?

 
Blogger Templates