Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, May 5, 2015

9 FAKTA YANG PERLU ANDA TAHU TENTANG TRAGEDI MYVI PEMBUNUH YANG MERAGUT NYAWA TIGA BERANAK DI LEBUHRAYA DUKE!!!



Isu membabitkan kemalangan ngeri yang membunuh pasangan suami isteri dan bayi mereka, masih terus diperkatakan sekalipun pihak berkuasa telah mengeluarkan siaran media mereka.

Berita-berita tentang kejadian ngeri itu masih lagi dicari dan menarik pembaca.

Berikut adalah 9 fakta yang perlu anda tahu tentang kejadian tersebut:

1. Pajero bergerak dari Ulu Klang ke Jalan Duta pada jam 1:05 pagi apabila tragedi berlaku.


Fairuz Nizam HUsain, 35, isterinya Nova Safitri Azahari, 25, dan bayi mereka, Nur Firuza Annisa, dilaporkan bergerak dari Ulu Klang menghala ke Jalan Duta pada jam 1:05 pagi apabila sebuah kereta Myvi hilang kawalan dan melanggar kenderaan Pajero mereka dari sebelah kanan.

Fairuz terbunuh di tempat kejadian, manakala isteri dan bayinya meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Kuala Lumpur.

2. Pegawai Penyiasat kata, mangsa hilang kawalan ke atas Pajero sewaktu dilanggar.


Pegawai penyiasat dari Jabatan Trafik Kuala Lumpur, DSP S. Markandan berkata, Fairuz hilang kawalan ke atas Pajeronya sewaktu dilanggar dan kenderaan tersebut telah berpusing beberapa kali menyebabkan mangsa dan penumpang-penumpangnya tercampak ke atas jalan.

Pemandu Myvi dan penumpang wanitanya dilaporkan hanya mengalami kecederaan ringan.

Markandan bagaimanapun, enggan mengulas status Facebook yang mendakwa kemalangan tersebut diakibatkan oleh perlumbaan haram membabitkan enam buah Myvi. Sebaliknya berkata, siasatan masih lagi dijalankan dan ini termasuklah mengambil keterangan daripada enam orang pemandu yang terbabit dalam kemalangan berkenaan.

3. Wanita berusia 35 tahun ditahan kerana didakwa memandu Perodua Myvi yang membunuh 3 orang sekeluarga.


Seorang wanita berusia 35 tahun telah ditahan kerana didakwa memandu Perodua Myvi yang telah membunuh tiga beranak selepas melanggar kenderaan mereka di Duta-Ulu Kelang Expressway (DUKE).

Menurut laporan The Sunday Star, wanita tersebut telah ditahan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) ketika dia mendapatkan rawatan kerana kecederaan pada bahagian bibir.

4. Myvi yang terlibat merupakan ahli Kelab Myvi


Pemandu-pemandu Myvi yang terlibat dalam kejadian tersebut merupakan ahli-ahli kelab yang dikenali sebagai Familia Myvi Club (FMC).

5. Disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan.


Menurut DSP Markandan, wanita tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan yang menyebabkan kematian kerana kecuaian dan pemanduan merbahaya.

Menurut akta tersebut, wanita mungkin akan dipenjarakan antara dua sehingga 10 tahun dan didenda antara RM5,000 sehingga RM20,000 sekiranya didapati bersalah.

6. Polis ambil keterangan daripada 6 orang pemandu Myvi yang terlibat dalam kemalangan itu. 


Dalam laporan berasingan oleh Mingguan Malaysia, Markandan berkata, polis telah mengambil keterangan berasingan daripada keenam-enam pemandu Myvi yang terlibat dalam kemalangan berkenaan.

Menurutnya lagi, dua orang daripada telah disoalsiasat selepas ditahan di tempat kejadian, manakala empat orang yang lain menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Trafik Tun HS Lee petang sehari selepas kejadian.

7. Footage CCTV tunjukkan sekumpulan Myvi sedang berlumba. 


Footage dari CCTV di pondok tol menunjukkan sekumpulan Perodua Myvi sedang berlumba pada kelajuan tinggi beberapa saat sebelum satu perlanggaran membabitkan sebuah SUV dan membunuh tiga sekeluarga di dalam SUV berkenaan.

Dalam klip yang dipercayai diperolehi dari pondok tol berhampiran tempat kejadian di DUKE, sebuah Mitsubishi Pajero dilihat melintas beberapa saat sebelum sekumpulan Myvi meluru laju di mana salah sebuah Myvi tersebut dilihat mengekori sebuah Toyota Alphard sebelum memecut laju dan hilang dari pandangan.

8. Dua orang pemandu Myvi dibebaskan dengan jaminan.


Polis telah membebaskan kedua-dua orang pemandu Myvi yang ditahan di tempat kejadian di DUKE yang telah membunuh sepasang suami isteri dan bayi mereka.

Menurut The Star, kedua-dua pemandu tersebut termasuklah wanita berusia 35 tahun yang memandu salah sebuah daripada enam Perodua Myvi dikatakan berlumba di lebuhraya tersebut sebelum kemalangan dan melanggar Pajero yang dinaiki oleh mangsa-mangsa.

Polis memberitahu The Star bahawa wanita itu dan seorang pemandu tidak dikenali telah disoalsiasat berhubung insiden berkenaan dan telah dibebaskan dengan jaminan polis.

9. Pemandu Myvi dakwa kemalangan tersebut kerana kesalahan mangsa tetapi saksi-saksi menyatakan sebaliknya.


Suspek yang terlibat dalam kemalangan maut di DUKE mendakwa, kemalangan itu disebabkan oleh mangsa, menurut laporan The Star.

Pemandu wanita Perodua Myvi yang terlibat dalam kemalangan tersebut mendakwa, kenderaan mangsa Mitsubishi Pajero telah masuk ke laluannya sejurus sebelum kemalangan. Disebabkan itu, dia gagal mengawal kenderaannya. Dia hanya sedar apabila dia sudah berada di atas jalan dan mengalami kecederaan pada bahagian mulut, paha kanan dan tangan kiri.

Bagaimanapun, saksi-saksi kejadian menyatakan sebaliknya sepertimana yang dikatakan oleh Muhammad Zaki kepada The Star yang kesemua Myvi tersebut sedang berlumba. 


RUJUKAN


No comments:

 
Blogger Templates