Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, May 5, 2015

HAKIM DALAM PERBICARAAN BAFIA RAFIZI RAMLI, PERLU TARIK DIRI KERANA HUBUNGAN KEKELUARGAANNYA DENGAN NIK NAZMI!!!



Pengerusi NFCorp, Salleh Ismail menyatakan hakim Mahkamah Sesyen, Rozina Ayob yang akan memprosidingkan kes BAFIA Rafizi Ramli, perlu menarik diri daripada kes berkenaan.

Rafizi Ramli yang juga Ahli Parlimen Pandan berhadapan dengan tuduhan di bawah Seksyen 97 (1) Akta Institusi Perbankan dan Kewangan 1989 (BAFIA) kerana mendedahkan maklumat peribadi dan sulit milik NFCorp, Salleh serta dua entiti lain kepada konsultan media dan wartawan berita.

Rozina Ayob dijadualkan untuk mendengar permohonan Rafizi untuk merujuk kes berkenaan di Mahkamah Tinggi pada 15 Mei nanti.

Salleh menyatakan, Rozina Ayob tidak sewajarnya mengendalikan kes berkenaan.

Dua tahun lalu, Rozina memilih untuk menarik diri daripada mendengar kes membabitkan dakwaan ke atas Ketua AMK PKR, Nik Nazmi kerana mengadakan perhimpunan haram atas alasan, hubungan kekeluargaan.

Menurut Salleh, sekiranya Rozina dibenarkan mendengar kes tersebut, keseluruhan integriti perbicaraan tersebut akan dipersoalkan.

Merujuk kepada merit permohonan Rafizi, Salleh menyatakan, Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan telah pun mengenepikan permohonan awal Rafizi dan menyatakan bahawa dakwaan Rafizi di bawah BAFIA bukan mala fide, tekanan atau bermotifkan politik. Rafizi sebaliknya hanya mahu melengah-lengahkan perbicaraannya.

Menurut Salleh lagi, penyebaran kenyataan bank yang dibuat oleh Rafizi sebenarnya adalah cubaan untuk mengelirukan media massa agar mempercayai Salleh telah menyalahgunakan pinjaman yang berkaitan dengan pembelian lapan lot pejabat di KL Eco City. Dalam fitnahnya, Rafizi menyatakan, pembelian kelapan-lapan lot pejabat itu merupakan penyalahgunaan pinjaman mudah kerajaan bernilai RM71 juta yang didepositkan di Public Bank Berhad.

Bagaimanapun, menurut Salleh, dia tidak pernah mengambil sebarang pinjaman daripada Public Bank Berhad untuk pembelian lot-lot pejabat tersebut.

Fitnah yang dibuat oleh Rafizi itu mendorong Salleh dan NFCorp mengambil tindakan saman sivil berasingan ke atas Rafizi. Perbicaraan telah dijadualkan antara 26 sehinga 30 Oktober 2015.


No comments:

 
Blogger Templates