Social Icons

Pages

BULETIN 247

Saturday, May 2, 2015

ADUHAI CERAMAH WAN AZIZAH... ORANG CINA DI KAJANG PUN KATA, JANGAN PILIH SI NENEK TUA WAN AZIZAH!!!


Marah betul PKR terutama sekali Saifuddin Nasution apabila Wan Azizah digelarkan sebagai NENEK TUA. Saifuddin kemudiannya membuat rumusan bahawa UMNO-BN sudah ketandusan isu tentang Wan Azizah sehingga terpaksa menggelarkan isteri Anwar Ibrahim itu sebagai NENEK TUA.

Menariknya, tiada sebarang suara daripada Saifuddin Nasution apabila Wan Azizah menyatakan, penduduk dan pengundi di Kajang tidak perlu berasa terpinggir kerana sebagai Presiden PKR, dia boleh mengarahkan Azmin Ali untuk menjaga mereka selain Parlimen Gombak dan DUN Bukit Antarabangsa. Manakala kalau menang di Permatang Pauh pula, Parlimen tersebut boleh diserahkan kepada Lim Guan Eng.


Dengan kata lain, APA KE JADAHNYA WAN AZIZAH bertanding di Permatang Pauh kalau semua kerjanya orang lain yang buat? Apa yang membuatkan dia menjadi terlalu tamak sehingga tidak mahu melepaskan kepada orang lain, walaupun di kalangan ahli-ahli PKR sendiri tetapi kerja-kerjanya kemudian dilakukan oleh Azmin Ali dan Guan Eng?

Barangkali kerana itulah, ceramah-ceramah yang diadakan oleh PKR terutama yang melibatkan Wan Azizah, boleh dilihat kehadiran yang langsung tidak memberangsangkan. Kalau sebelum ini, bukan main gah dan megah lagi para penyokong dan pecacai Pakatan Rakyat mempamerkan kehebatan ceramah mereka dengan lautan manusia, tetapi kali ini di Permatang Pauh, langsung tiada sebarang gambar yang menunjukkan lautan manusia. Malahan, seboleh mungkin para pecacai Pakatan cuba mengelak daripada memperkatakan tentang ceramah-ceramah yang kurang mendapat sambutan pengundi.



Lebih menarik lagi ialah apabila wujud pula demonstrasi daripada sebahagian Pemuda PAS selain ancaman pemboikotan atau undi rosak sebagai tanda protes kepada Wan Azizah dan PKR yang begitu sombong dan angkuh.

Sementara itu di Rompin, TIDAK ADA LANGSUNG BANTUAN KEMPEN daripada PKR kepada PAS sebagaimana tuntutan PKR mahukan PAS membantu mereka di Permatang Pauh.

Majoriti besar kemenangan yang diimpikan oleh Wan Azizah dan PKR nampaknya semakin jauh walaupun sudah terdengar peruntukan puluhan juta untuk diagih-agihkan kepada para penyokong agar keluar mengundi dan memangkah PKR, termasuklah bantuan daripada Seberang Tambak.

Bagaimana pula dengan temu bual para pengundi Cina di Kajang yang meminta agar pengundi-pengundi di Permatang Pauh tidak memilih Wan Azizah seperti yang terkandung dalam klip video di bawah:




1 comment:

Anonymous said...

video tak ada translation dlm malay ke..tak faham la..

 
Blogger Templates