Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, May 22, 2015

AGEN-AGEN PAKATAN YANG MENYAMAR SEBAGAI 'PENCINTA UMNO' MENYERANG PEJABAT PERDANA MENTERI PULA!!!!



Mereka semua bermula dengan menyerang institusi penting seperti PDRM, SPRM, SPR dan Angkatan Tentera Malaysia. Mereka berjaya mencipta imej yang sangat kotor ke atas agensi-agensi tersebut. Kemudian mereka menyerang pula institusi yang lebih penting iaitu Institusi Raja Melayu terutama sekali DYMM Yang Di-Pertuan Agong dan kesemua akta-akta serta undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen.

Melihat kepada sokongan yang diterima dan ketidakpedulian sebahagian besar rakyat Malaysia sendiri, mereka mula menyerang JAKIM, agama Islam dan bangsa atau keturunan terutama sekali di Sabah dan Sarawak.

Sekali lagi mereka berjaya. Agensi-agensi penguatkuasaan yang telah diserang lebih awal, cuba mengelakkan kerosakan dan pencemaran imej yang lebih besar dengan mengambil sikap yang sangat berhati-hati sehinggakan banyak perkara penting terlepas begitu sahaja.

Selepas berjaya, kini mereka menyerang dengan giat apa-apa sahaja yang berkaitan dengan kewangan dan kejayaan ekonomi Malaysia. Mereka berjaya mengotorkan dan merosakkan peluang pelaburan Tabung Haji, mereka memberikan imej buruk ke atas 1MDB, mereka mempertikaikan apa-apa sahaja keberuntungan yang akan diperolehi oleh rakyat pada masa hadapan dengan mencipta cerita-cerita buruk yang sekarang ini amat dipercayai kononnya rakyat perlu menanggung akibatnya.

Kejayaan mereka sangat bergantung dengan kerjasama semua pihak terutama sekali di dalam GLC, para pemimpin UMNO bahkan orang-orang di sekeliling Perdana Menteri. Mereka telah berjaya menyusup dalam kesemua tempat sehinggakan surat-surat dari Perdana Menteri pun bukan lagi rahsia dan boleh ditatap oleh penduduk dunia dalam tempoh yang amat singkat.

Undang-undang dan segala akta dilihat tidak lagi berkesan kerana walaupun undang-undang dan akta ada, tetapi ia tidak boleh digunakan kerana terlalu ramai yang berpendapat penggunaan undang-undang dan akta tertentu secara kerap tidak akan mempopularkan kerajaan pada hari ini, sekaligus akan menyebabkan kekalahan besar pada PRU-14 akan datang.

Perlu diakui, mereka telah memenangi medan perang saraf. Contoh terbaik ialah apabila mereka 'berjaya' menjadikan pelaburan Tabung Haji di TRX sebagai sesuatu yang sangat buruk dan membinasakan. Dan terbaru 'CASH AND EQUIVALENT CASH' yang seperti disengajakan salah terjemah oleh pegawai di MOF untuk jawapan bertulis Najib kepada soalan asal Tony Pua di Parlimen, dipertikaikan kerana flip-flop. Orang ramai yang kurang kefahaman dalam bidang kewangan, pelaburan dan ekonomi, sengaja dikelirukan antara aset dan tunai, sedangkan yang diperkatakan adalah 'CASH AND EQUIVALENT CASH' melibatkan 1MDB dan 'tunai dan aset' di BSI Singapura. Sebarang penjelasan membabitkan perkara itu pula, dianggap MENJILAT NAJIB dan CUBAAN MEMPERTAHANKAN KUASA DAN SALAHLAKUNYA. Sedangkan kesilapan dan kebebalan mereka memahami CASH AND EQUIVALENT CASH pula, cuba diselindungi dengan maki hamun kerana 'mempertahankan Najib'.

Serangan dibuat secara bertali arus, meloncat dari satu isu ke satu isu bertujuan untuk menyibukkan pihak penjawab dan tidak mempunyai kesempatan untuk melakukan serangan. Kalau pun ada yang menyerang balas, serangan mereka samalah seperti Intifada rakyat Palestin yang membalas bom uranium dan letupan peluru berkuasa tinggi dengan batu dan tadahan doa!

Lebih menariknya ialah apabila serangan turut disertai - malahan mereka yang berlebih-lebihan - oleh ahli-ahli UMNO!

Kononnya untuk mempertahankan UMNO dan Kerajaan... kononnya untuk mempertahankan perjuangan agama, bangsa dan negara... tetapi sebenarnya lebih kepada menjaga tembolok dan perut sendiri!


7 comments:

maae said...

Benda ini sudah lama bermula dari Reformasi Anwar. Cuma Umno sentiasa leka dan mudah berasa selesa.

Pertama nya mereka mengawal media. Kemudian kini media sosial yang lebih efektif.. Mereka mengaktifkan.segala prasangka buruk dalam.utube, menaja beberapa laman pelayar internet dan bergerak bersepadu dalam melawan komunikasi kerajaan. Kini mereka berada di semua jabatan penting kerajaan.

Bertambah buruk bila PM Najib sendiri mengamal sikap keterbukaan, merekrut lawan menjadi kawan nya. Kini kita lihat, siapa tersepit dan bermuram durja !

Itu sebab kita mahu Najib melihat kebelakang. Bukan terus menerjah tanpa tidak memperdulikan sebahagian dari Umno di mana kelompok ini jenis berhati-hati dan sentiasakan Umno mendominasi permainan politik yang kian di hambat persepsi songsang.

Perhatikan pembangkan. Siapa yang mendominasi permainan mereka ? Kita lihat melayu-melayu konon nya terpelajar tetapi bodoh sombong dalam perbuatan, menjadi alat permusuhan melayu itu sendiri. Semua ini memerlukan perancangan rapi, cara yahudi, menyerang institusi2 tonggak kerajaan. Lihat sahaja PDRM yang kini tidak bertaring. Lihat sahaja saman menyaman sentiasa sahaja kemenangan di pihak pembangkang. Ini bermakna sistem kehakiman kita juga sudah di pengaruhi badan yang menyokong mereka.

Jika Melayu leka, Najib masih berlagak tidak apa, MT Umno juga tidak konsisten, apa bakal terjadi kelak ? Kita sudah saksikan Selangor jatuh ke tangan mereka. Tiada iktibar ?

Anonymous said...



kalau diikut kisah kejatuhan kerajaan dulu..sang rajuna tapa adalah salah satu contoh klasik bahawa manusia kalau marah apa-apapun sanggup buat,.. akibatnya,kita semua tahu,rakyat terbanyak menjadi korban,

contoh klasik kedua adalah jatuhnya kota melaka kepada penjajah pula adalah akibat pengkhianatan raja mendeliar..(siapa orang ni...singkap sejarah) kepada kesultanan melaka dengan bantuan keturunan pedagang-pedagang cina .(inipun kena singkap sejarah juga)

apa yang terjadi hari ini seakan-akan mengulangi sejarah lama dan tentunya sejarah tak pernah menipu dan selalunya sejarah selalu berulang-ulang.

Anonymous said...

kesian omno...nk wat camna..walopun..depa x dak,satu pun tv..tapi harus di ingat...zaman lani..org bukan nk tengok dah..rtm, tv 3.. senang cerita apa saja yg dikatakan, media kerjaan..zaman semua orang angguk2..geleng2..dgn semua cerita yg kerjaan bwk..dah berlalu...arap bwk2 sedaq noo...kah kah kah

Anonymous said...

Kena selalu kerap tukar pm,menteri ceo dan lain lain.

Anonymous said...

Menyamar jd ahli parti lain pas tu buat kaco ni selalunya anak didik apco.. tatau la kot skrg suda tukar

anakmalaysia said...

@maae...very wise, informative and good comment..we have to do away with all these parasites as Najib's sincere openness taken and turn into a weapon destroying own self...hope the government can quickly amend these faulty and disastrous openness ...wake up its not too late...

Anonymous said...

Kami yang menyokong umno dan kerajaan (bukan Najib)... berapa ramai yang kami kenali, tak ada seorang pun yang menyamar sebagai penyokong umno...
Tak ada lah pulak antara kami yang nak melaga-2kan ... kami cuma nak minta Najib diselamatkan dari menyebabkan kehancuran umno...
Dari mana pulak admin kenal agen PR dengan begitu pasti?... Jangan2 admin tuduh penyokong umno tulin adalah geng pr , bila tak bersetuju dgn PM??? jadi siapa yang cuba nak pecah belah dan jahanamkan umno?

 
Blogger Templates