Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, May 25, 2015

AIKKK... APA CERITA KAT PAHANG NAK SEBERANG SUNGAI PAKAI RAKIT... SEBAB PEDALAMAN SANGAT KUT?



Penduduk di Kampung Gusai di sini, mengharapkan simpati kerajaan menyediakan sebuah rakit yang lebih selesa dan selamat supaya mereka dapat menggunakannya untuk menyeberang Sungai Tembeling untuk ke Kampung Bantal, Ulu Tembeling di sini.

Penduduk, Mohd Narun Dollah, 63, berkata, mereka kini terpaksa menggunakan rakit dibuat daripada buluh yang ditolak menggunakan tenaga manusia untuk membawa penumpang atau motosikal ke seberang.

“Hanya rakit sahaja yang sesuai digunakan untuk mengangkut motosikal ke Kampung Bantal kerana ia lebih pantas berbanding melalui jalan balak sejauh dua kilometer.

“Dasar sungai di sini cetek dan bot tidak boleh masuk ke kampung. Oleh itu rakit menjadi pengangkutan paling sesuai untuk kegunaan kami,” katanya.

Katanya, sebanyak pihak berwajib sebelum ini pernah berjanji untuk menyelesaikan masalah jalan perhubungan yang menjadi masalah utama penduduk di sini.

“Penduduk kampung terpaksa membuat rakit sendiri dengan menebang buluh tanpa memikirkan faktor keselamatan dan kekukuhannya,” katanya.

Mohd Narun berkata, kira-kira 500 penduduk di Kampung Gusai terkilan dengan tindakan pihak berwajib yang menangguhkan projek pembinaan jalan menghubungkan kampung berkenaan dengan Kampung Bantal.

“Saya berharap pihak berwajib dapat memberikan perhatian kepada masalah kami di sini, supaya kami turut sama merasai kemudahan yang selesa,” katanya. (SUMBER)


1 comment:

Anonymous said...

Wei..Ada lagi zaman belum merdeka..nostalgia betul..koi terkejut ni..PM orang Pahang Wei..

 
Blogger Templates