Social Icons

Pages

BULETIN 247

Saturday, May 2, 2015

AKHIRNYA AMBIGA SREENEVASAN BERMALAM DI LOKAP PUSAT JINJANG KERANA DEMONSTRASI!!!



Akhirnya tercapai juga cita-cita untuk melihat Ambiga Sreevenasan terdampar di lantai lokap. Selama ini dia lepas begitu sahaja. Selama ini, ada-ada sahaja helahnya untuk melepaskan diri daripada 'perangkap lokap'.

Tetapi kali ini, dia tidak terlepas lagi. Dah nak sangat bermalam di lokap, maka mendapatlah dia....

Hari ini, Pengerusi bersama BERSIH, Ambiga Sreenevasan dipindahkan ke Lokap Polis Pusat Jinjang bagi membolehkan para penyiasat mendapatkan reman ke atasnya. Dia telah ditahan di Balai Polis Dang Wangi lewat tengah malam tadi selepas terbabit dalam demonstrasi May Day Bantah GST.

Bekar Presiden Majlis Peguam itu dilihat tiba di lokap pusat Jinjang pad 11:40 pagi dengan menggunakan van polis. Turut kelihatan di dalam van tersebut adalah Ahli Parlimen Kuala Krai dari PAS, Dr. Hatta Ramli biarpun tidak jelas alasan sebenar dia ditahan.

Dr. Hatta Ramli tiba di Balai Polis Dang Wangi awal pagi tadi untuk memberikan kenyataannya kepada pihak polis.

Sebelum itu, peguam-peguam PKR, Latheefa Koya dan pasangannya, N.Surendran tiba untuk mewakili Ambiga dalam pendengaran reman.

Adalah difahamkan, Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke yang juga Ahli Parlimen Seremban serta Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S.Arulchelvan juga turut ditahan di lokap berkenaan sebelum pendengaran reman mereka.

Loke diwakili oleh Gobind Singh Deo manakala Arulchelvan pula diwakili oleh Roger Chan.

Dalam kemaskini maklumat dari pihak berkuasa, 32 orang individu termasuklah Ambiga, Loke dan Arutchelvan telah ditahan kerana protes tersebut. Kesemua mereka ditahan di bawah Akta Hasutan dan Seksyen 143 Kanun Keseksaan yang berkaitan pembabitan dalam perhimpunan haram.

Seksyen 143 menyatakan mereka yang terlibat dalam perhimpunan haram akan dihukum penjara enam bulan maksimum atau didenda atau kedua-duanya.

Demonstrasiyang diadakan dan dianjurkan oleh pergerakan #KitaLawan bermula pada jam jam 2:30 petang semalam melibatkan beberapa lokasi dan telah berjaya menarik sekurang-kurangnya 10,000 penyertaan walaupun sasaran sebenar adalah 1 juta orang.

Tidak terdapat sebarang laporan kecederaan sepanjang demonstrasi tersebut walaupun terdapat segelintir penunjuk perasaan yang dikenali sebagai puak Anarki cuba melakukan provokasi dengan mercun, suar, bom asap, vandalisme dan cubaan memecahkan cermin kaca beberapa buah bank di kawasan berhampiran sebagaimana yang dilaporkan oleh media sosial.

Polis juga berkata, para penunjuk perasaan yang membawa kanak-kanak dalam demontrasi tersebut, telah melakukan kesalahan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.

Penyelaras PSM untuk demo May Day, E. Parameswary menuduh Ketua Polis Negara telah mencabuli hak para penunjuk perasaan. Menurutnya, Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan menyatakan dengan jelas bahawa setiap warganegara mempunyai kebebasan bersuara. Bagaimanapun, E. Parameswary tidak pula menyatakan bahawa di dalam Artikel yang sama, terdapat larangan dan hak polis untuk menangkap, menahan, menghalang mahupun membubarkan perhimpunan berkenaan.

Kita akan melihat sekali lagi puak-puak ini akan bercakap tentang Artikel 10 dengan menekankan pada KEBEBASAN BERSUARA tetapi sama sekali tidak menyatakan pada bahagian yang sama dalam Artikel tersebut tentang hak-hak polis!!!

Yang pasti, Ambiga mempunyai beberapa hari untuk menikmati hidup di dalam lokap polis di Jinjang sebab, pejabat hanya akan dibuka pada Selasa ini. Namun ramai juga yang sudah tidak sabar untuk melihat apa tindakan majistret....


1 comment:

Anonymous said...

Ehum... mah kk

Sambil mengipas ketiak busuk..

Wan Azizah alKipas

 
Blogger Templates