Bagaimanapun, sasaran mereka tidak lagi UMNO dan Barisan Nasional sebaliknya Suruhanjaya Pilihanraya (SPR). Bagaikan sudah menjangka apa yang dapat berlaku berdasarkan bukti-bukti yang dapat mereka lihat sendiri, PKR berasakan Suruhanjaya Pilihanraya adalah pilihan terbaik untuk mewujudkan persepsi di kalangan pengundi bahawa pilihanraya kecil Permatang Pauh sangat kotor dan kalau pun Barisan Nasional kalah dengan majoriti kecil, itu adalah kerana SPR bertindak sebagai 'ANJING BARISAN NASIONAL'.
Itu yang dikatakan oleh BERSIH
Rafizi Ramli mendedahkan tentang dua nama 'pengundi hantu' Melayu yang berjaya dikesannya sebagai cara untuk membuktikan penyelewengan yang dilakukan oleh SPR dan UMNO-BN. (RUJUK SINI) Bagaimanapun, Rafizi tidak pula dapat menjawab tentang dakwaan oleh ahli-ahli PKR tentang PENGUNDI-PENGUNDI HANTU yang digunakan oleh PKR dalam pemilihan parti tersebut sepertimana yang didedahkan menerusi klip video ini.
Tiga nama pengundi Cina yang menggunakan alamat rumah Ketua Pemuda UMNO Permatang Pauh telah pun dikesan. Bagaimanapun, ketiga-tiga orang pengundi Cina tersebut adalah para pengundi PKR. Pendedahan tersebut dibuat lebih awal daripada pendedahan yang dibuat oleh Rafizi Ramli.
Apakah kerana pendedahan tersebut, maka Rafizi Ramli terpaksa mencipta dua nama Melayu yang dikatakannya sebagai pengundi hantu.
Ternyata, PKR sebenarnya yang membiakkan Pengundi Hantu dan sekarang, mereka cuba menggunakan kaedah yang mereka amalkan secara meluas itu untuk menuduh SPR dan UMNO-BN berbuat perkara yang sama.
1 comment:
Memang aku sokong ada pengundi hantu... aku terdengar semasa lalu kat Sg Buloh.. Jeritannya jelas mengatakan hantu-hantu ada di Permatang Pauh!
Post a Comment