Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, May 12, 2015

DI SEPUTEH, TERESA KOK BANGGA SEBAB PENYOKONG KUMPUL DUIT BAYAR DENDA, DI KOTA BHARU, KIT SIANG BANGGA DAPAT MEMBANGANGKAN PENYOKONG PAS!!!



Ternyata semakin benar, hudud hanyalah daya tarikan kepada umat Islam dan orang Melayu khususnya untuk menyokong PAS. PAS tidak pernah berhasrat untuk mempertahankan pendirian tersebut kerana selagi isu itu berpanjangan, selagi itulah PAS mempunyai modal untuk terus bernafas di arus politik perdana.

Teresa Kok dengan bangganya memberitahu para penyokongnya sedang mengumpulkan wang derma sebanyak RM50,000 untuk dia membayar mahkamah selepas dia kalah dalam saman ke atas Ketua Polis Negara dan Kerajaan Malaysia berhubung penahanannya di bawah ISA setelah dia ditangkap kerana mempertikaikan azan dan kedudukan agama Islam. (RUJUK SINI)

Walaupun sebenarnya Teresa Kok mampu membayar RM50,000 itu tanpa risaukan apa-apa terutama selepas pembongkaran penyelewengan yang dibuat oleh bekas ahli-ahli DAP melibatkan penyelewengan dana DAP (BACA DI SINI), namun dia memilih untuk berlakon sebagai orang miskin yang tidak berkemampuan dan perlukan bantuan daripada orang ramai, terutama sekali para penyokongnya.

Teresa Kok telah ditahan selama 7 hari di bawah ISA kerana dikatakan memarahi pegawai-pegawai masjid kerana azan di Kota Damansara, Sri Serdang dan Puchong Jaya selain memprotes laungan azan di Masjid Bandar Kinrara. (RUJUK SINI)

Dia kemudiannya menyaman pihak berkuasa kerana mendakwa telah menahannya secara tidak sah. Bagaimanapun, April lalu, Mahkamah memutuskan penahanannya sah dan dia perlu membayar sebanyak RM50,000.

Teresa Kok secara jelas menentang Perlembagaan Malaysia dan dia mendapat sokongan menerusi dakwaannya yang dia kini dibantu oleh derma-derma awam.



Di Kota Bharu, Lim Kit Siang secara berhadapan dengan para penyokong PAS dan dibawa pula oleh Husam Musa dan kepimpinan PASMA, dengan penuh berani mengajar para penyokong PAS bahawa hudud tidak diperlukan di Kelantan. Malah DAP menentang keras perlaksanaan hudud.

Menariknya, walaupun tidak seperti Teresa Kok yang mendapat bantuan derma awam, Lim Kit Siang pula mendapat sokongan awam masyarakat PAS yang sebelum ini gah mendabik dada kononnya mereka mahukan hudud tetapi bertukar fikiran apabila DAP tidak sukakan hukuman tersebut.

Bagaimanapun, kedua-dua pemimpin DAP itu mempunyai persamaan iaitu, mereka menentang dan bencikan apa-apa sahaja dari Islam... dan mereka tidak malu-malu, tidak segan-segan dan tidak ragu-ragu untuk menyatakan penentangan tersebut walaupun di hadapan golongan yang mendakwa mereka kuat menyokong apa-apa sahaja dari Islam.

Hebat, kan permainan DAP?


4 comments:

Anonymous said...

MULA MULA GULA GULA HUDUD.
KEMUDIAN GULA GULA KRISTIAN......
RENDAH SANGAT DAYA FIKIR ORANG PAS.........
MULA MULA USTAZ DAP, KEMUDIAN PULA USTAZAH DAP.
BEGITU MUDAH DI PERBODOHKAN... DAHLAH JADI HARUA DALAM POLITIK.....

Anonymous said...

PAS memang bodoh. Baru tahu ke...?

Unknown said...

Dulu tak sokong hudud dia chop kapiaq, sembelihan jadi haram, solat ikut imam sokong kerajaan tak sah, jadilah sembahyang dua imam, nikah oleh kadi umno tak sah, yg dah nikah pun ada yg cerai... la ni sah puak Pas dan PKR yg kapiaq...

Anonymous said...

Hj Hadi kena tegas dan buat keputusan..tiada ruginya jika berpecah dari bersekutu ngan org2 kapir.

 
Blogger Templates