Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, May 8, 2015

DUA PEMANDU MYVI YANG TERLIBAT KEMALANGAN MAUT DI LEBUHRAYA DUKE, TIDAK MENGAKU BERSALAH!!!



Dua pemandu MyVi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Trafik atas tuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian tiga beranak di Lebuhraya DUKE, pada awal pagi Sabtu lalu.

Pembantu pengurus restoran, Siti Noor Aini Mohd Said, 35, dan juruteknik, Mohammad Fizal Reza Jamauddin,31, masing-masing membuat pengakuan selepas jurubahasa mahkamah membacakan pertuduhan secara berasingan di hadapan Majistret Noorul Fhaiez Mohd Nayan.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa memandu secara berbahaya kepada awam dan menyebabkan kematian Fairuz Nizam Husain, 35, Nova Safitri Azhari, 27, dan Nur Firuza Annisa Fairuz Nizam, tujuh bulan di Lebuhraya DUKE, Kilometer 6.2 dari arah Ulu Klang menghala ke Jalan Duta, pada jam 1.05 pagi, 2 Mei lalu.


Mereka didakwa di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda maksimum RM20,000 selain lesen memandu digantung.

Mahkamah membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin RM9,000 setiap seorang dengan seorang penjamin.

Selain digantung lesen memandu, mereka juga diarah menyerah pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Mahkamah menetapkan 22 Jun depan untuk sebutan semula kes. (sumber)


4 comments:

Anonymous said...

Lumba di jalanraya memang takleh, segala persiapan buat perlumbaan langsung tiada. Bahayakan nyawa pengguna jalanraya lain. INi balasannya, harap masuk jail pulak, apa nasib anak2 dan keluarga hang pula.. Kalau kete takat cap "p" tu tolong jangan nak tunjuk lagak sangat. Jalanraya semua orang punya, bukan ko je yang bayar road tax.

Ted Manoff said...

Mampus LA korang. .padan muka

Anonymous said...

Yang ini kena serah passport kes al syeikh al anwar al jub boleh travel seantero dunia dan menghina Malaysia. SOP alternatif ikut suka boleh diguna pakai.

Anonymous said...

mampuh muh dijolok jubuq dlm lokap

 
Blogger Templates