Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, May 18, 2015

FILIPINA NEKAD TUNTUT SABAH DARI MALAYSIA!!!



Filipina sekali lagi menegaskan bahawa mereka akan terus berusaha menuntut Sabah dan akan melakukan kajian terperinci sebelum mengambil tindakan lanjut.

Menurut Presiden Filipina, Benigno Aquino III, mustahil untuk menamatkan tuntutan itu kerana perkara itu akan mengundang rasa tidak senang rakyatnya.

Setiausaha Kehakiman, Leila de Lima telah menjalankan kajian mengenai tuntutan itu dan berpendapat tuntutan Sabah adalah isu yang paling besar dalam penentuan hak dan maruah negara Filipina.

“Isu tuntutan Sabah ini sangat luas kerana melibatkan sejarah. Pada akhirnya, adakah orang yang tinggal di sana akan ditanya sama ada mereka mahu kekal bersama Malaysia? Sepatutnya ada pungutan suara terlebih dulu,” katanya.

Filipina mengekalkan tuntutan wilayah di timur Sabah yang sebelum ini dikenali sebagai Borneo Utara dengan menyatakan penjanjian yang ditandatangani pada tahun 1878 antara Sultan Sulu dan Borneo Utara adalah pajakan semata-mata.

Malaysia mentafsirkan perjanjian 1878 sebagai satu penyerahkan dan merasakan rakyat di Sabah telah menentukan nasib mereka dengan menyertai Tanah Melayu pada tahun 1963.

Aquiono berkata, beliau tidak akan membiarkan media memainkan isu itu.

“Saya pernah diberitahu sebelum ini ada pungutan suara dan rata-rata mereka mahu kekal di Malaysia,” katanya. (SUMBER)


6 comments:

Mak Bedah said...

Sial punya Aquino. rakyat dia kelaparan di Negara sendiri. mengais pagi makan pagi kais petang makan petang di Negara jiran

Al-Mukhtar said...

mengapa marah dia mak bedah...bukan ker puak2 kristian di Sabah nak keluar Malaysia...biarkanlah dia org keluar dan masuk filipina pulak...hee..hee

Anonymous said...

Ha ha ha...orang luar berani sebab kepimpinan kita sangat lemah... percayalah selepas ini banyak lagi tuntutan akan dibuat..

Anonymous said...

Pempin jadi lemah kerana rakyatnya sendiri lemah..

Anonymous said...

Lemah sebab banyak berpolitik. Bukannya membangunkan negara.
Negara lain akan bersatu selepas pilihan raya. Di malaysia pulak terbalik. Hari hari asyik berpolitik.
Hentam sana hentam sini. Tiada masa untuk membangunkan rakyat.

Forsaken Arctron said...

Ouch.. I don't have a idea with this.

 
Blogger Templates