Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, May 4, 2015

IKRAR PDRM... PEMBUNUH LEBUHRAYA DUKE TIDAK AKAN DIKOMPROMI WALAUPUN ADA CUBAAN BURUKKAN UMNO!!!




Ada pihak yang cuba ambil kesempatan dengan tragedi pembunuhan menggunakan kereta MyVi di Lebuhraya DUKE tiga hari lepas dengan cuba mengaitkan UMNO dan Puteri UMNO. Sebuah akaun Facebook atas nama FAMILIA MYVI CLUB OFFICIAL PAGE beberapa jam selepas netizen mengamuk sakan dan membuat banyak pendedahan termasuklah menyiarkan gambar kereta serta 6 individu yang merupakan suspek dalam kejadian malang tersebut.

Dalam tragedi malang itu, perlumbaan haram enam buah MyVi di Lebuhraya DUKE berakhir dengan dua buah daripada kereta-kereta tersebut melanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda dan membunuh sepasang suami isteri dan bayi mereka. Salah seorang daripada pemandu MyVi telah ditahan oleh polis sejurus selepas membuat laporan polis yang cuba menyalahkan pemandu pacuan empat roda yang terbunuh di tempat kejadian.



Pergerakan Puteri UMNO Gombak telah pun menafikan keabsahan si pemandu yang dikatakan ahli Puteri UMNO Gombak. Pemeriksaan juga mendapati, individu tersebut bukan ahli UMNO atau Puteri UMNO. Malahan dia berasal dari Sabak Bernam, bukannya dari Gombak sebagaimana yang didakwa oleh beberapa pihak yang cuba mengaitkan dan menyalahkan UMNO dalam kemalangan berkenaan.



PDRM dalam satu kenyataan rasmi menyatakan, siasatan rapi akan dibuat ke atas kejadian tersebut. Malahan tidak akan berkompromi selain akan membawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan.

Melihat kepada ayat-ayat yang ditulis dalam laman Familia Myvi Club Official Page itu sendiri sudah cukup untuk menggambarkan niat sebenar si pembina laman tersebut dan penulisnya untuk mewujudkan persepsi negatif ke atas UMNO.


Justeru, sekali lagi kita akan melihat sama ada UMNO benar-benar akan membuat laporan polis dan SKMM berhubung fitnah tersebut atau dibiarkan begitu sahaja sepertimana yang kerap dilakukan sebelum ini? Adakah peguam rasmi UMNO akan membuat laporan dan bersedia untuk mengambil tindakan undang-undang atau seperti dalam kes-kes lain, ia terbiar?

Apakah cukup buat Puteri UMNO Gombak untuk membuat penafian semata-mata menerusi Facebook? Bagaimana pula dengan Pergerakan Puteri UMNO Malaysia? Masih ketiduran lagikah atau tidak ada idea bagaimana mahu menjaga nama baik UMNO walaupun beria-ia cuba 'mempertahankan' Najib Abdul Razak daripada serangan-serangan liar Tun Dr. Mahathir yang menggunakan hujah-hujah awam dan Pakatan Rakyat tetapi masih tidak menepati kriteria penjelasan yang sepatutnya?


7 comments:

sesejuk mata memandang said...

Undang undang tidak perlu kenal seseorang pesalah hanay ahli parti umno atau mic atauy mca atau pas atau pkr, tindakan segera mesti diambil tidak kir a bapa nya mempunyai title dato atau dato seri atau tan sri , banyak kes dinegara ini yang melibat kan anak 'bergelar atau anak penguasa' akan dilepaskan atas alasan kurang bukti dan segala nya. penguasa pberkuasa harus segera menyiasat tanpa mengenal pangkat dan darjat kerana yang melakukan kesalahan adalah 'anak' bukannya mereka yang diberikan gelaran. jadi bertindak bijak lah dalam melaksanakan undang-undang jika tidak negara kita tidak perlu undang-undang danbiarkan sahaja undang-undang ditangana rakyat.

Anonymous said...

Ayat yang last tu membuktikan anda blogger prepaid!!!!puihhh

Anonymous said...

Demi menjaga maruah puteri UMNO Gombak dan seluruh UMNO. Wajib UMNO DENGAN SEGERA buru & saman admin facebook berkenaan atas tuduhan fitnah dan berniat jahat.

Jangan ikut perangai Najib lembik, biar orang lempar tuduhan bertahun2 baru sekarang terhegeh-hegeh nak jawab sehingga persepsi negatif kekal tanpa dapat disamak lagi.

Ted Manoff said...

Mengikut Interpol penjenayah jalanan Myvi tu ahli PKR....

Anonymous said...

Mungkin ini lah yang dimaksudkan dengan 'orang dalam' tu.. kenapa akta jpj..bukan kanun keseksaan.. tu cuai dan cuba membunuh.. tak ku percaya mereka ni semua.. orang dalam... haha

Anonymous said...

Byk tangan ghaib skg ni...

Anonymous said...

Buat laa laporan ... Org dulu2 kata .. Diam tanda setuju ..... Sikap sambil lewa mcm nilah selalu UMNO buat .. Bila dah viral baru nak bertindak

 
Blogger Templates