Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, May 6, 2015

KETUA MENTERI SARAWAK MEMANG 'LEGEND': ADENAN SATEM JUMPA DORIS JONES ATAU DORIS JONES TERJAH ADENAN SATEM TANPA DIUNDANG?!!!



Puak Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) dan Sarawak for Sarawakians (S4S) cuba mensensasikan gambar-gambar pertemuan antara Doris Jones dengan Adenan Satem dalam satu majlis di London. Mereka cuba memberikan gambaran kononnya, Adenan Satem telah bersetuju dengan perjuangan Doris Jones mahu mengeluarkan Sarawak dari Malaysia. Malah mereka cuba menimbulkan persepsi kononnya, Doris Jones dijemput oleh Adenan Satem untuk membincangkan Sarawak keluar dari Malaysia.

Sekaligus, cuba memburuk-burukkan dan menegangkan hubungan antara Ketua Menteri Sarawak itu dengan Putrajaya.

Namun sama seperti FAKTA-FAKTA NEGARA SARAWAK yang mereka reka dan bohongi kepada rakyat peribumi Sarawak, begitu jugalah dengan 'pertemuan' tersebut.

Apa yang berlaku ialah, apabila Doris Jones dan kawan-kawan sekufunya yang cukup takut untuk kembali ke Sarawak kerana gentar dengan Akta Hasutan dan SOSMA mengetahui tentang kehadiran Adenan Satem dalam sebuah majlis pertemuan khas antara Ketua Menteri Sarawak itu dengan pelajar-pelajar dari Sarawak di London, mereka telah menerjah dan jadi tetamu tidak diundang.

Kamera telah disediakan lebih awal dan rakaman diperlukan untuk disebarkan bagi menimbulkan persepsi kononnya Adenan Satem menerima Doris Jones dan rakan-rakan subversifnya dengan 'senang hati'.

Mereka sebelum itu telah meminta izin untuk bertemu dan bergambar dengan Adenan Satem. Rancangan mereka berjaya kerana 'out of politeness' Ketua Menteri Sarawak bersetuju untuk menunaikan hasrat mereka.

Yang tidak diceritakan oleh Doris Jones dan SSKM ialah, dalam pertemuan terjah itu, Ketua Menteri Sarawak SECARA TEGAS menyatakan bahawa 'THERE IS NO SECESSION OF SARAWAK FROM MALAYSIA" (Sarawak tidak akan keluar dari Malaysia). Kenyataan tegas Ketua Menteri itu didengar dan disaksikan oleh ramai pegawai-pegawai kerajaan dalam pertemuan tersebut.

Mujurlah bukan SSKM dan S4S sahaja yang tahu menggunakan Internet sebagai medium publisiti mereka, sebaliknya mereka yang ada di dalam majlis tersebut dan menyaksikan ketegasan Adenan Satem juga pandai menggunakan Internet untuk menyanggah fitnah dan spin murahan Doris Jones dan geng-geng subversifnya!!!


No comments:

 
Blogger Templates