Social Icons

Pages

BULETIN 247

Sunday, May 17, 2015

MANA MEREKA YANG GILA SANGAT NAK MATI SYAHID? KENAPA BUAT-BUAT TAK DENGAR TENTANG MYANMAR?



Sami-sami buddha berarak melalui bandar Rangoon pada hari Selasa lepas untuk memprotes lawatan Pertubuhan Negara-Negara Islam [OIC] di Myanmar. Ini bagi mengelakkan dunia luar mengetahui kezaliman dan kekejaman yang dilakukan mereka terhadap Muslim Rohingya.


Selain daripada itu, kerajaan Myanmar tidak memainkan peranan penting atas apa yang berlaku dimana mereka hanya melihat dan berpura-pura mengambil berat nasib yang menimpa Muslim Rohingya. Ini dapat dibuktikan apabila polis dan tentera turut bekerjasama dengan puak Rakhine membantai, mendera dan membunuh ummat Islam disana.

INFO ROHINGYA / PEMERINTAH ZALIM MYANMAR :

Muslim Rohingya bertapak di negara itu sejak abad ke-8 lagi. Mereka berasal dari keturunan imigran India / Bangladesh dan Yunnan di China. Ada juga dari keturunan pedagang, pelaut Arab zaman para sahabat yang singgah di wilayah Arakan dalam perjalanan ke China.

Semasa Jeneral Ne Win memegang kuasa pada tahun 1962, ramai orang Islam yang berkhidmat dalam tentera dipecat. Terjadinya diskriminasi dan tekanan ke atas penduduk minoriti Islam. Pemerintah menafikan hak kerakyatan penduduk Rohingya. Pada 1982, hak kerakyatan mereka dilucutkan, justeru tidak boleh bergerak bebas atau berkahwin tanpa permit.

Tahun 1997, hampir 1,500 sami buddha mencetuskan provokasi di Mandalay, bandar ke-2 terbesar di Myanmar. Mereka berarak menjerit ANTI-ISLAM. Mereka menyerang, merosakkan harta benda, membakar Masjid, Al Quran, rumah, kedai, dan kenderaan milik Muslim Rohingya.

Tragedi yang perlu di ingat, seramai 20 jemaah yang sedang bersolat di Masjid Hantha, daerah Pegu dibunuh. Keganasaan dua hari itu mengakibatkan 200 orang ummat Islam syahid, 11 Masjid dan 400 rumah dibakar dan hampir keseluruhan harta Muslim Mohingya dimusnahkan. Penganut Buddha dilarang berurus niaga dan mengambil orang Islam sebagai pekerja. Barang keluaran ummat Islam diboikot.

Sejarah hitam itu tidak pernah berhenti apabila wilayah Arakan kembali bergolak pada tahun 2012. Ribuan Muslim Rohingya dibunuh sehingga ke hari ini. Gerakan Buddhist 969 ini diketuai seorang sami bernama U Wirathu.

Sejak tahun lalu, 140,000 Muslim Rohingya terpaksa lari meninggalkan kampung, dan tinggal di kem-kem pelarian. Ada yang bersembunyi didalam hutan, kuil dan dimana saja tempat asalkan tidak terlihat puak Rakhine. Ada yang nekad menaiki bot-bot kecil ke Acheh dan negara kita. Ramai yang mati di laut kerana bot karam. Dianggarkan dua juta orang Rohingya meninggalkan Myanmar.

Pemenang Anugerah Nobel, Muhammad Yunus dan Jose Ramos-Horta mengkritik dasar baru pemerintah Myanmar yang tidak membenarkan keluarga Rohingya mempunyai lebih dua anak. Melihat pada kekejaman dilakukan terhadap penduduk Islam serta usaha menafikan hak dan identiti mereka, keadaan ini boleh diibaratkan sebagai pembersihan etnik seperti pernah dilakukan ke atas penduduk Bosnia. Doctors Without Borders mengatakan Rohingya adalah kumpulan penduduk paling teraniaya di dunia.

Mari bantu mereka, JOM PEDULI UMMAH !

Kiriman : Musafir Senja Al Dimasyqi


5 comments:

Ted Manoff said...

Machamana kalau Malaysia dan Indonesia attack Myanmar?

Anonymous said...

Belajar buat dron, organik dron. Belajar la buat koloni dalam tanah.

Anonymous said...

Org kapir leni Unite (bersatu). Kita org islam bercakaran coz nk tunjuk dia lebih islam dr umat islam (terlajak selam jd mcm PAS).

Org kapir ada kekuatan tentera yg besar dan canggih. Ape umat Islam ade?? kapal pengangkut pesawat pun xde?? (xde satu pun negaea islam yg ada kpl pengangkut pesawat). Org kapir ade perancangan rapi utk hancurkn islam, ape strategi umat Islam?? Yillek

Anonymous said...

Setuju dan tersangatlah betul.

Anonymous said...

Astaghfirullahaladzim........orang islam mementingkan akhirat....org kafir hanya memandang dunia......senjata2 klengkapan digunakan untk berperang, bermusuhan, pembunuhan, hanya kerana dunia....... Ambilla dunia....akhirat xkan terlepas.islam agama benar dan suci.

 
Blogger Templates