Social Icons

Pages

BULETIN 247

Sunday, May 10, 2015

NAJIB ABDUL RAZAK IKRAR DAN BERTEKAD TIDAK AKAN LETAK JAWATAN!!!



Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan beliau tidak akan tunduk kepada mana-mana tekanan yang mahukan beliau meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO.

Beliau berkata selagi rakyat menyokong beliau untuk menerajui kepimpinan negara sebagai perdana menteri dan anggota UMNO terus teguh menyokongnya sebagai presiden parti maka beliau tidak akan berganjak daripada jawatan yang disandangnya sekarang.

"Saya cuma tunduk kepada (desakan) ahli parti dan rakyat sahaja. Selagi ahli parti sokong saya, selagi rakyat memberi kepercayaan, saya akan tetap meneruskan perjuangan saya," katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 40,000 orang yang hadir pada program Solidariti Rakyat Sabah bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Padang Perbandaran Tawau di sini, Ahad.

Penegasan Najib itu yang dinyatakan dengan suara lantang mendapat tepukan dan sorakan daripada hadirin yang membanjiri Padang Perbandaran Tawau sehingga melimpah ke kawasan jalan raya, disertai paluan gendang.

Beliau menegaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO diperolehinya secara proses demokrasi dan ditentukan oleh rakyat dan anggota UMNO dari seluruh negara iaitu dari Padang Besar di Perlis hingga ke Pulau Sebatik, di Tawau, Sabah.

Ini merupakan kali pertama Najib menjawab secara terbuka dan lantang desakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad agar beliau meletak jawatan sebagai perdana menteri dan presiden UMNO.

Najib yang ingin mendengar sendiri suara sokongan hadirin dengan melaungkan "rakyat Sabah sokong" sebanyak tiga kali telah disambut dengan sorakan gemuruh hadirin, "Najib, Najib, Najib".

Menegaskan pendirian kukuhnya, Perdana Menteri sempat membacakan falsafah Bugis yang berbunyi 'Kendati tergantung awan di langit. Telah terlanjur ku bentang layar. Walau badai datang menggunung. Walau berdentum guruh di langit, walau bumi berkeping dua, tak kan mungkin ku berbalik haluan'.

Justeru, kata Najib takkan satu suara lebih besar daripada suara yang didengarnya daripada hadirin dan juga rakyat di Kota Belud ketika menghadiri program perasmian Projek Perumahan Rakyat di daerah berkenaan pagi tadi serta suara rakyat yang telah memberi mandat kepadanya untuk memerintah negara.

Katanya setiap pemimpin termasuk beliau pernah menempuh ujian dan tidak terkecuali Dr Mahathir yang menghadapi lebih banyak ujian ketika menerajui pucuk pimpinan negara selama 22 tahun.

"Mana tak ada ujian. Ujian Team A, Team B (dalam pemilihan UMNO, Dr Mahathir) hampir kalah. Hampir 50 peratus ahli UMNO suruh dia letak jawatan. Tapi apa dia jawab, 'walaupun saya menang satu undi, saya akan tetap terus menjadi Perdana Menteri'. Oh hebat dia jawab.

"1987, saya antara yang menyokong dia. Dia (Dr Mahathir) kekal menjadi Perdana Menteri sebab apa? Sebab kita bersama dalam susah. Bila dalam susah kita beri sokongan dia kekal. Kalau kita sokong pemimpin menghadapi ujian, Dr Mahathir tidak boleh kekal 22 tahun menjadi Perdana Menteri," yang sekali lagi mendapat sorakan hadirin.

"Jadi, janganlah lupa, waktu dia (Dr Mahathir) jadi Perdana Menteri, kita sokong dia penuh. Sekarang dia tidak jadi perdana menteri, sokonglah pula. Kalau tak boleh sokong, janganlah bunyi sangat. Tapi tak apa, jangan rosakkan parti. Kita boleh terangkan (isu berkaitan 1Malaysia Development Berhad - 1MDB)," katanya.

Najib berkata kenyataan Dr Mahathir berhubung 1MDB kebelakangan ini berbelit-belit, sekejap kata 1MDB hilang RM42 bilion selepas itu kata pula tak hilang tetapi 1MDB berhutang RM42 bilion.

Beliau menegaskan kerajaan ada cara tersendiri untuk menyelesaikan isu 1MDB jika diberi tempoh.

Perdana Menteri menjelaskan ketika Tabung Haji membeli sekeping tanah milik 1MDB ia adalah pelaburan dan bukannya 'bailout' 1MDB kerana Tabung Haji boleh memperoleh keuntungan sehingga lebih RM170 juta melalui pembelian itu namun disebabkan perkara itu dijadikan isu, beliau menasihatkan Tabung Haji menjual tanah berkenaan.

Najib berkata melalui penjualan semula aset berkenaan, Tabung Haji boleh untung sehingga RM5 juta hingga RM6 juta namun pada masa sama merugikan pendeposit Tabung Haji sendiri kerana jika aset itu tetap milik Tabung Haji, pendeposit boleh untung sehingga RM170 juta.

"Tetapi kerana isu sudah dipusing sebagai isu yang panas, orang kata 'you are shooting yourself at your foot', tembak kaki sendiri. Inilah yang saya kata tidak rasional.

"Kita buat sesuatu untuk apa? Untuk kebaikan rakyat. Bagilah peluang. Setiap perkara boleh kita selesaikan. Tetapi beri peluang kepada pemimpin untuk menyelesaikan perkara itu," katanya.

Perdana Menteri berkata selepas menyaksikan sokongan padu diberikan rakyat kepadanya seperti yang dapat dilihat pada perhimpunan hari ini, beliau berazam untuk meneruskan perjuangan malah semangatnya kian berkobar.

Turut hadir pada program itu ialah isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, dua Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Yahya Hussin dan Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, Menteri Belia dan Sukan Sabah yang juga Ketua UMNO Bahagian Tawau Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan dan Anggota Parlimen Kalabakan Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh.


11 comments:

Anonymous said...

Saya tidak ada pilihan selain dari menolak parti keramat orang Melayu ini selagi Najib sebagai presiden. Raja bugis dah nak karam dengan kapalnya. Biarkan..biarkan..

Ted Manoff said...

Ha ha..Anak Bugis sudah achah Anak Keling...kalau anak Keling kalah kena balik India..

Anonymous said...

Ko ni pengikut mamak ni....lagi.lh karam....lebih karam dr karam singh....hehehe

Ted Manoff said...

Zzzz

Anonymous said...

tiap perdana menteri...dari dulu, ada je tak puas hati..adatler.

Anonymous said...

Saya juga tidak ada pilihan selain dari menolak parti keramat orang Melayu ini selagi Najib sebagai presiden. Raja bugis dah nak karam dengan kapalnya. Biarkan..biarkan..

Anonymous said...

Persepsi aje karam tp sbnarny umno ttp kukuh..

Ko tgk pru13... nuar ckp PR akn mmrntah tp sbnarny hampeh..
Gabungan 3parti dlm PR pon msih ttp xbole lg mlawan umno..
Ckp xsrupe bkin
Hehehe

Anonymous said...

yang karamkan umno bukan najib. tun m yang bertanggung jawab. selama 22 tahun betkuasa....dia menagih kesetiaan ahli. baik waktu susah senang. sekarang macamana??? ada masalah serang orang sendiri. masa pemerintahan umno macamana??? sampai diharamkan. musa hitam sampai letak jawatan. ku li lawan.....
tun m macam budak kecik tak dapat gula2. sebab jambatan bengkok jer....merajuk.....
aku dah menyampah nengok perangai macam ni. yang menenggelamkan bahtera umno adalah orang sendiri.

Anonymous said...

KHAIRY JAMALUDDIN - KETUA PEMUDA UMNO SILA LETAK JAWATAN.

Seluruh Gerakan & Ahli Pemuda UMNO telah tertipu dengan usaha Ketuanya si HaramJaddah Khairy dan Timbalannya Azwan Bro memberi tekanan kpd pucuk pimpinan UMNO, Presiden & Perdana Menteri di dalam hal berkaitan 1MDB dan Urusan Tabung Haji.

Rupa-rupanya Iblis/Syaitan Kecil Khairy tertekan keranan desakan Nori supaya mempertahankan Kontrak MAS selama 25 tahun. Pihak Mas (Kerajaan) telah memendekkan Kontrak Bapak Saudara Nori..Berahim kpd 5 tahun dan MAS boleh mengantikan mana2 Katering jika MAS tak berpuashati pd Berahim.

Jadi Khairy telah menggunakan kedudukkannya sebagai Ketua Pemuda memberi tekanan pd PM Najib supaya meletak jawatan. Usaha Khairy ini mendapat restu TS Muhyiddin Yassin yang dah kelalut dengan desakan Iblis/Syaitan Besar Mahathir Mamakkutty Haramjaddah MahaZalim, MahaLanun, MahaPerompak, MahaCilako, MahaPukimak...Semoga Dipendekkan Umur dan Mampois cepat2.

Banyak daah ditulis tentang Kezaliman, Penipuan, Penyelewengan dan KECURIAN yg dilakukan oleh Regim Mahathir Laknatullah. Hanya Blogger SIAL PUKIMAK MAKAN HARTA FITNAH RASUAH.. Outsidethebox, Din Turtle, ApaNama, Zam Maiden Mamak Pukimak, A J Kadir... Semunya terdiri drp Mamak Haramjaddah yg nak melaga-laga, melemahkan kepimpinan Orang Melayu.

Orang Melayu UMNO, jangan Sokong Mukhriz PONDAN, kaki betina, OPCOM yg dapat kontrak sediakan fibre optik seluruh Malaysia, Mohon Najib CANCELkan Kontrak Opcom. Ini kerana Mamakkutty Dah lama Merompak, Melanun dan Mencuri Wang Rakyat. Inilah sebab apa2 pon bisness yg Anak-Anak Pukimak Mahathir Mohkzani (Penipu), Mirzan (Penyangak) Mukhriz (Pondan) buat, semuanya GAGAL, kerana duit Mamakkuty Mahathir bagi hasil drp usaha Haram Wang Rakyat.

Anonymous said...

Wahai cucutokwan yang sangat saya kagumi.... saya mengikuti lontaran idea, jurus pandangan dan sepakmula yang amat bernas daripada tuan sejak beberapa tahun yang lepas....
Tak sangka pula apabila tuan telah mula di "arah" kan untuk membuat sokongan mengkhinzir buta dalam beberapa artikel sejak awal 2015... mana pergi ke jituan pandangan tuan yang sangat saya sanjungi sejak 2013 lagi??... Blog tuan adalah merupakan "base" blog dalam komputer peribadi saya... saya hanya melalui TFK sebelum jump ke blog2 yang lain.... pendeknya tuan sungguh brilliant pada pandangan saya... tanpa blog tuan, mungkin ramai yang akan terpengaruh dgn kehebatan bloger PR... ternyata tuan adalah benteng ampuh dikalangan blogger umno...
Sejak tuan di "arah" kan untuk membela PM tanpa banyak soal, maka saya mula mencurigai tuan ....
ingatlah tuan. org yang tuan sedang pertahan tersebut telah tidak mampu berdepan dgn rakyat kerana skandal yang terbesar dlm sejarah Dunia...
tolonglah tuan sembahyang hajat sebelum tuan menyokong orang itu.
Kita sayang umno, tapi kita tak perlu sayang kpd "penjahanam" umno....

Anonymous said...

Jangan jadi monyet...diberi pisang suka meloncat2... my undi no longer to umno bn.. perjuangan melayu tanah air dan agama..semua memuki2..najib memang tak guna sbg presiden umno dan org melayu..lantak..

 
Blogger Templates