Social Icons

Pages

BULETIN 247

Saturday, May 16, 2015

PAS DESAK DAP DAN LIM KIT SIANG MOHON MAAF KERANA PERTIKAIKAN HUDUD!!!



PAS meminta Penasihat DAP Lim Kit Siang memohon maaf kerana mempertikaikan pelaksanaan hudud semasa menyampaikan ceramahnya di Kelantan, negeri yang melaksanakan undang-undang Islam itu.

Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS Pusat Datuk Dr Nik Zawawi Salleh berkata Lim sepatutnya lebih berhati-hati dalam ceramahnya di Padang Perdana di sini pada 10 Mei lepas, yang dianjurkan PAS Kawasan Kota Bharu.

Lim sepatutnya menghormati dasar PAS setelah dijemput bercermaah diKelantan, katanya kepada pemberita selepas merasmikan muktamar Dewan Ulama PAS Kelantan di Markas Dewan Ulama (Madu) di sini, Sabtu.

"Beliau tidak sepatutnya bercakap begitu dan (Lim sepatutnya) lebih berhati-hati," katanya apabila diminta mengulas mengenai laporan akhbar berhubung kenyataan Lim itu.

Akhbar melaporkan bahawa dalam ceramah berkenaan, Lim menjadikan dua negara iaitu Jordan dan Mesir sebagai contoh kerana mempunyai lebih 90 peratus penduduk beragama Islam, namun sehingga kini tidak melaksanakan undang-undang Islam.

Lim dilaporkan berkata sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum, beliau mengingatkan semua parti yang berada dalam pakatan pembangkang supaya berpegang kepada janji asas yang sudah dipersetujui bersama.

Nik Zawawi berkata PAS sentiasa menghormati dasar DAP, dan pada masasama berharap DAP menghormati dasar PAS berasaskan persefahaman yang terbentuk dalam pakatan pembangkang.

Beliau berkata walaupun PAS boleh menyanggah banyak dasar-dasar yang diperjuangkan DAP, tetapi PAS tidak pernah berbuat demikian semata-mata kerana menghormati parti itu.

Pada 19 Mac lepas, Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan meluluskan Rang Undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) atau hudud selepas mendapat persetujuan sebulat suara daripada Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk 12 ADUN dari Barisan Nasional (BN).

Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong menyelar PAS kerana menyifatkan ia sebagai parti melampau selepas mencabar perlembagaan rang Undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) di MahkamahPersekutuan.

Mah berkata apa yang amat membimbangkan parti itu ialah jika pelaksanaan undang-undang hudud tidak mengikut perlembagaan dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

"Gerakan mempunyai rasa hormat yang tinggi terhadap Islam sebagai agama rasmi Persekutuan. Kami hanya mahu mempertikaikan apa yang dikatakan oleh para pemimpin PAS bahawa kami melampau sebab hujah kami ialah undang-undang hudud tidak berperlembagaan dan kami mengambil tindakan undang-undang untuk mendapatkan jawapan kepada kekeliruan ini,"katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pusat parti di sini, Sabtu.

Mah, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata Gerakan mendukung Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi, dan "kita tidak mampu untuk mempunyai sistem undang-undang yang berbeza di negara ini. "



5 comments:

Unknown said...

LKS coreng "NAJIS" ke muka PEMIMPIN DAN AHLI PAS, tapi PAS tetap "BERSAMA" dgn DAP. Mana letaknya maruah PAS? Tepat sekali dgn gelaran Parti Angguk Sahaja (PAS)

Anonymous said...

Memang org dlm pas ni BANGANG NAK MAMPOS

Anonymous said...

Masa ini elok buat doa KO.

Anonymous said...

Di kencingkan, diberakkan dibabikan beberapa kali oleh kapir DAP, PAS masih setia pada DAP. X mahu di ceraikan.

Cube UMNO membabikan PAS sekalu je, terus minta talak 3. PAS cume berani depan Melayu Islam je, depan kapir x berkokok dia. Maklumla telor dh kena jerut....haha

Anonymous said...

Desak?..
Hampa pi sujud kat depa pu. . Masih takan diorg minta maaf.. :)
Cantik la mat sabu ngan khalid.. Bg kafir ajar islam mengenai agama islam!! Debat lain crita.. Ok la jugk..
mungkin kita islam kena pi sembang pasai agama cina or kristian kot.. Cuba tgk mcm mana respon depa..

 
Blogger Templates