Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, May 20, 2015

PUNYALAH BERPUSING-PUSING, BERBELIT-BELIT MENTERI BAGI KENYATAAN, TAPI HAKIKATNYA, PENGGUNA TANGGUNG CUKAI TELCO UNTUK TOP-UP CARD!!!!



Menteri Komunikasi dan Multimedia, Ahmad Shabery Cheek mungkin terpaksa mencari ayat yang paling sesuai untuk menyatakan KEGAGALAN Kerajaan melaksanakan polisi kebajikan rakyat, gagal memenuhi keyakinannya sebelum ini dan GAGAL TOTAL Kerajaan apabila dikuasai dan dijajah oleh TELCO!

Katanya, pengguna TIDAK AKAN DIKENAKAN GST 6% SEMASA MEMBELI KAD TAMBAH NILAI, tapi akan DIKENAKAN CAJ 6% APABILA NILAI KAD TAMBAH NILAI DIMASUKKAN KE nombor telefon masing-masing. (RUJUK SINI)

Berpusing-pusing dan berbelit-belit ayatnya tetapi maksudnya tetap sama, pengguna perlu menanggung GST 6% termasuklah cukai perkhidmatan 10% yang dikenakan kerajaan kepada TELCO.

Dengan kata lain, TELCO lepas tangan dan mendapat untung bersih kerana semua cukai mereka ditanggung sepenuhnya oleh rakyat dan pengguna.

Sama macam RM10.00 top-up card tapi dibayar RM10.60 dan nilai di dalam telefon tetap kurang dari RM10.00!!!

Apa sudah terjadi dengan kerajaan ini? Apa sudah jadi dengan KKMM? Adakah TELCO terlalu berkuasa sehingga kerajaan perlu mencari alasan-alasan terbaik dan dirasakan boleh 'menyelamatkan' TELCO yang selama ini, perkhidmatan yang diberikan kepada masyarakat pengguna langsung tidak setimpal dengan nilai yang terpaksa dibayar oleh pengguna?

Setakat janji-janji bahawa perkhidmatan akan dipertingkatkan, liputan akan diperluaskan, dan nilai serta bonus dalam kajian untuk ditambah kepada pengguna, masih tidak mencukupi kerana apa yang sedang dirasakan dan terpaksa dijalani oleh pengguna sekarang, amat jauh berbeza daripada janji-janji yang dibebelkan!

Bagaimana dengan masalah DROP-CALL yang masih tidak diatasi dan berleluasa sekarang ini? Mengapa tidak diselesaikan sedangkan harga telah dinaikkan dan pengguna terpaksa menanggung semua cukai yang perlu dilangsaikan oleh TELCO kepada kerajaan?

Bagaimana pula dengan liputan Internet yang terlalu dhaif sehinggakan di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur sendiri pun, ada bahagian yang sukar mendapatkan khidmat jalur lebar TELCO tertentu?

Setakat mencontohi negara lain mengenakan cukai kepada rakyat atau lebih tepat masyarakat pengguna, ianya tidaklah terlalu mulia sifatnya kerana sepatutnya Kerajaan Malaysia mencontohi negara-negara yang menyediakan perkhidmatan telekomunikasi dan Internet yang jauh lebih baik berbanding sekarang sepertimana yang dibuat oleh Singapura, Korea Selatan, bahkan Romania kerana rakyat sebenarnya mahukan perkhidmatan yang lebih baik, bukan setakat MEMBAYAR SAJA LEBIH TETAPI PERKHIDMATAN TELCO MACAM HAMPEH!!!

Jangan kerana terlalu sangat nak membela TELCO, akhirnya Kerajaan bertukar tangan. Kalau itu yang berlaku, barulah pecah rekod kerana sebuah kerajaan tumbang kerana KAD TOP-UP PREPAID TELEFON!!!


13 comments:

Anonymous said...

Kah kah kah..

Anonymous said...

Nak kena bayar untuk pemulihan 1MDB la bro....mana boleh nak lepas cukai utk prepaid...terima kasih of pada cina celup aka penglima bugis : ah jib gor

Ayem4u.....i love pm!

Anonymous said...

Kaki pembelit jg...suka pusing mcm bos dia jg..

Anonymous said...

Pengguna2 tidak bersatu menghentam peniaga dan syarikat telco juga menyumbang kepada keberkesanan kerajaan menjayakan kebaikan gst spt yg diharapkan. Tekanan2 nmpknya di beri keatas kerajaan atas agenda politik. Kencenderongan utk melihat gst gagal atas agenda politik. Inilah kotornya politik.

Anonymous said...

Memang betul..tetapi amat malang sebab NAJIB melantik banyak menteri LEMBU..sebab tu kenyataan yg sepatutnya fakta telah bertukar menjadi AUTA..BILA agaknya NAJIB nak buat rombakan kabinet. Menteri kaki mengampu ni dah lama sangat bertakhta...

Anonymous said...

sbelum ni kata beli rm10 dapt rm10...ni apa jadi skrang dipotong pulak...bengap betul la...klu dulu kata telco serap sst 10%,kenapa gst 6% x bole serap pulak...

Anonymous said...

Sabotaj Shabery terhadap Najib..
tunggulah rombakan Kabinet.. menteri kacip papan ni akan di tendang kluar..
KDRM sudah ckp GST tu hak kerja Kastam. yg menteri bongok ni nk bela sgt TELCOs kenape..

saje nk jatuhkan Najib... haritua dh kena sound dgn Najib.. proxy Madeeyyy ramai jgk ye dlm Kabinet Najib..

Anonymous said...

Pak Menteri... aku ada 4 anak yg semuanya guna prepaid hp.. jgn tnya knapa guna prepaid tp tak guna postpaid.. tp tnya knapa 4 anak aku merungut topup sekarang mahal.. jgn lupa ya, anak2 aku bakal pengundi pada masa akan dtg.. aku tak salahkn dorg kalau sbb isu topup prepaid ni dorg benci Kerajaan sekarang..

Anonymous said...

He can talk like that cos he's shabery cheek... talk with tongue in cheek!

Anonymous said...

Kita sokong kerajaan tarik semua lesen telco dn buat telco yg mdapat dana dri rakyat sendiri mlalui belian saham atau cara sesuai asal kerajaan ade hak atas segala kepentingannye dn rakyat dpt manfaatnye.

Anonymous said...

Like they said, there are no bad menteri. Only bad PM. Led by stoopid PEMANDU.

Anonymous said...

byk kelemahan kerajaan dalam melaksanakan GST. so bila rakyat bunyi, tegur... admit jer ler. Tambah baik apa yg kurang. berapa lama pulak rakyat nak merasa setiap GST yang dibayar. Syarikat-syarikat yang berdaftar dengan kastam, boleh ler claim balik GST tu, tapi rakyat nak claim kot mana. mmg 6% tu rakyat yang kena bayar. public transportation pun meningkat, telekomunikasi meningkat, service dan barang pun meningkat. so apa yang tinggal untuk rakyat.

Anonymous said...

rasanya kalau bodoh tapi tak bercakap, orang tak tahu awak tu bodoh. tapi bercakap ayat2 bodoh dan sudah tentu hasilnya bodoh, maka jelaslah awak yang memberi tahu memang awak tu bodoh. apa nak jadi dengan kabinet najib ni. semuanya otak beku sebab lama diperam dalam kabinet. kerajaan TOMBANG kerana masalah prepaid adalah kekalahan paling HARAM JADAH bagi sejarah dunia.

 
Blogger Templates