Apatah lagi di dalam PAS sendiri, terdapat ramai pemimpin-pemimpin PAS yang ditaja dan dikuasai oleh LGE dan Kit Siang mahupun Anwar Ibrahim. Mereka ini pula menguasai saf kepimpinan PAS Pusat, sama ada di dalam Dewan Ulama mahupun Dewan Syura dan Jawatankuasa PAS Pusat. Para pemimpin PAS yang dikenali sebagai JEBON dan JEMUAN di kalangan ahli-ahli biasa PAS, berada di mana-mana, malah mereka akan mendahului pengumuman dan pendirian rasmi PAS dengan membuat pengumuman dan kenyataan media.
Menurut calon Timbalan Presiden PAS yang sudah hampir pasti akan menyepak Mat Sabu dari jawatan tersebut dalam pemilihan akan datang, Tuan Ibrahim Tuan Man, ahli-ahli PAS sudah meluat sangat dengan DAP. Justeru katanya, DAP tidak seharusnya terus menuduh PAS akan berkolaborasi dengan UMNO. Malah DAP seharusnya menghormati perbezaan dengan PAS, bukannya bermusuh.
Sementara itu, beberapa penyokong PAS yang 'terkenal' atau lebih dikenali sebagai selebriti PAS, bakal dikenakan tindakan pecat kerana membuat kritikan ke atas kepimpinan menerusi WhatsApp. Antara mereka termasuklah Aisyah, Leman Raja Lawan dan Mejar Zaidi.
Hari ini, Rafizi Ramli bertindak sebagai orang tengah dengan mengeluarkan kenyataan meminta agar kedua-dua pihak iaitu PAS dan DAP tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang akan mengeruhkan hubungan kedua-dua parti berkenaan.
Kalau ada yang mengharapkan ada PERUBAHAN BESAR dalam PAS yang akan berpihak kepada UMNO, TAK PAYAHLAH MENGHARAP!!!
Baik DAP mahupun PAS, mereka saling memerlukan antara satu sama lain. PAS memerlukan dana besar dari DAP. DAP pula memerlukan dana dalam bentuk undian Melayu PAS di kerusi-kerusi DUN dan Parlimen di Semenanjung.
Tentangan DAP ke atas hudud di Kelantan sebenarnya adalah bertujuan untuk meraih undi masyarakat Kristian di Sabah dan Sarawak. Sarawak akan mengadakan Pilihanraya Negeri tidak lama lagi. DAP sudah lama mengidamkan Sarawak terutama menerusi penambahan pemilikan kerusi-kerusi DUN pada PRN lepas.
Cerita tentang anti-hudud yang dilaungkan oleh DAP akan terus bergema dan akan terus dipublisitikan sehinggalah pada hari buang undi pada PRN nanti.
DAP sudah tahu bagaimana hendak mengendalikan PAS. Jadi, secara tidak langsung, walau apa pun retorik kenyataan dan pengumuman yang dibuat oleh para pemimpin PAS, hakikatnya PAS dan DAP tidak akan berpecah dari Pakatan Rakyat kerana masing-masing telah pun mendapat habuan.
Jadi, berhentilah berharap yang PAS akan bertelur kerana telur mereka sudah lama dalam genggaman DAP. Buktinya adalah Mat Sabu sendiri yang sedang menikmati gaji tinggi daripada Perbadanan Air Pulau Pinang....
1 comment:
Salam...
mohon link dalam bloglist tuan...
http://suaramelayubaru.blogspot.com
demi agama, bangsa dan tanahair...
Post a Comment