Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, May 26, 2015

ROTI TISU RM9 DAN RM11, ROTI TELUR RM3... RESTORAN NASI KANDAR SEPERTI MENCONTOHI TELCO!!!



Dua kali diserbu dalam tempoh 48 jam, namun ia sedikit pun tidak menggentarkan rangkaian sebuah restoran mamak terkenal. Kalau di Bukit Jambul, alasan yang diberikan adalah 'KESILAPAN MANUSIA', apakah insiden-insiden pencatutan yang dilakukan di premis-premis rangkaiannya juga adalah 'KESILAPAN MANUSIA'?

Atau barangkali 'KESILAPAN MANUSIA' kerana masih datang ke rangkaian restoran berkenaan walaupun pada masa yang sama, pelbagai pendedahan tentang harga-harga tidak munasabah telah didedahkan?


Semalam di Bukit Jambul, KPDNKK telah menyerbu restoran tersebut yang didedahkan menjual kacang bendi berharga RM4 sebatang dan untuk 5 batang kacang bendi, harga keseluruhannya adalah RM20. Pengarah urusan rangkaian restoran tersebut kemudiannya memberi alasan, ia adalah kesilapan manusia kerana harga sepatutnya adalah RM0.40 untuk sebatang, Jadi, keseluruhan harga adalah RM2.00. Kesilapan menekan butang '0' dua kali dikatakan sebagai punca.

Itu alasan yang diberikan untuk menghalalkan perbuatan mencatut.



Bagaimana pula dengan tulisan tangan dalam resit di rangkaian restoran tersebut yang lain?

Roti tisu berharga RM9.00? Roti telur berharga RM3.00?

Terbaru, pelanggan rangkaian tersebut di Selangor mendedahkan bagaimana rangkaian restoran tersebut sememangnya melakukan pencatutan bertujuan meraih keuntungan secara tidak wajar.

Adakah sekali lagi Pengarah Urusan rangkaian restoran tersebut akan meneruskan alasan KESILAPAN MANUSIA apabila semakin banyak bukti yang menunjukkan mereka sememangnya mengenakan harga tidak munasabah?

Atau adakah mereka akan menggunakan alasan-alasan standard LIM GUAN ENG: 'tak ada hujan, tak ada banjir'?

'NO CUSTOMERS THEN NO PRICE INCREASE'
'INCREASE ROTI TELUR PRICE TO PREVENT ROTI TELUR RATIONING'.

Mungkin itu alasan terbaru yang akan diberikan oleh pengurusan rangkaian restoran berkenaan.

Tetapi yang sah, 'KAYU'lah mereka yang masih mengunjungi mana-mana rangkaian restoran berkenaan selepas pendedahan demi pendedahan dibuat.

Sebarang aduan boleh dibuat di talian 03-8000 8000 milik KPDNKK. Kalau macam biasa, telefon beratus kali dan berjam-jam masih juga tidak diangkat dan dijawab, sila layari https://www.facebook.com/myKPDNKK


8 comments:

Anonymous said...

berhentilah jadi 'KAYU' dengan membazirkan duit di restoran mamak cekik darah. dah la hati sakit, dengan selamba katanya kesilapan manusia. silap yang disengajakan dan pelanggan buat silap datang lagi untuk dicekik semula.

Anonymous said...

Apa yang susah sangat tuu . Kalau dah mahal boikot aje laa . Pergi laa makan di kedai lain . Lebih bagus lagi kalau masak sendiri . Dah tentu lebih jimat dan terjamin bersih . Bloggers juga patut hebahkan kepada orang ramai tentang restoran restoran yang mahal ni supaya yang lain tidak tertipu .

Anonymous said...

Boikot ja..banyak lagi kedai melayu...jgn jadi kayu

Anonymous said...


Tkpe....kalau KPDNKPKK atau kastam datang pun cuma mintak penjelasan atau bagi amaran je. Itu bukan tindakan pun...Ini kan Malaysia!!!

Anonymous said...

boikot je la, McD KFC korang bleh boikot, xkan kedai mamak korang takleh nak boikot, akal ade pikir sebelum masuk

Anonymous said...

nI SAYA NAK HABAK MAI KAT HAMPA...KAMI P MAKAN ROTI CANAI 5 KEPING KUIH 3 KEPING ..HAMPA NAK TAHU KAH BERAPA HARGA DIA??? RM16.00. MAKAN DI KAYU JUGAK..BILA TANYA BALIK KATA DAI KAKAK SAYA SILAP KIRA KAKAK..MULA-MULA DIA SURUH KITA KIRA DAN SELEPAS ITU DIOA KIRA BALIK..KAKAK SILAP KIRA..KEPALA HOTAK LA SELALU SILAP KIRA. CEKIK KENTAKEDARAH MAKAN DUIT HARAM. BOIKOTTT...

Anonymous said...

HAMPA NAK TAHU KAH SAYA BELI ROTI CANAI 5 KEPING DAN KUIH 3 KEPING ..HARGA DIA RM16.00. TU KAYU NASI KANDAR TU PENIPU MENTAH KEDARAH DUIT HARAM. CUKUPLAH TEMERANG KAYU TU. GUINA MESIN ADE HUMAN ERROR KAH? KPDNKK JANGAN DOK LENA..

Anonymous said...

setakat nak menyalahkan orang. jangan jadi KAYU....kita ada kuasa. kuasa beli. hebahkan ngan kengkawan...

 
Blogger Templates