Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, May 8, 2015

SETELAH LEBIH 50 TAHUN MELABUR, TIBA-TIBA SAHAJA TABUNG HAJI DITUDUH BERSALAH KERANA MEMBELI HARTANAH TRX!!!



Selepas sebuah blog membuat pendedahan tentang pembelian hartanah di TRX yang dikendalikan oleh 1MDB oleh anak syarikat Tabung Haji iaitu Tabung Haji Properties, maka ramailah yang melompat dan segera menjadikannya sebagai satu persepsi yang Tabung Haji Properties telah bersekongkol dengan penyelewengan dan ketirisan besar. 

Hartanah yang dimaksudkan terletak di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur dan rata-rata tahu, hartanah di Kuala Lumpur sangat berharga mahal terutama setelah dibangunkan. Bandaraya Kuala Lumpur bukan lagi seperti pada zaman Raja Abdullah mendarat di pertemuan Sungai Kelang-Sungai Gombak pada tahun 1857 membawa 87 orang pelombong Cina untuk membuka sebuah lombong di Ampang pada harga 30,000 ringgit pada waktu itu. 

Pelaburan yang dibuat oleh Tabung Haji tiba-tiba menjadi perhatian besar dek kerana PARANOIA yang keterlaluan apabila melihat kemunculan perkataan '1MDB'.

1MDB adalah sebuah syarikat pelaburan strategik yang dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan. Tabung Haji juga adalah syarikat kerajaan. Anak-anak syarikat Tabung Haji juga secara tidak langsung merupakan syarikat-syarikat kerajaan walaupun kaitannya mungkin sedikit berliku.


Overreaction merupakan perkataan paling tepat untuk situasi yang melibatkan Tabung Haji dan 1MDB sekarang. 

Sudah berpuluh-puluh tahun Tabung Haji melabur dalam pebagai instrumen termasuklah hartanah bagi memastikan wang pendeposit berkembang dan bertambah. Dengan nilai wang yang mengalami penyusutan ekoran pertukaran asing, bermakna Tabung Haji perlu melakukan sesuatu bagi memastikan wang dan harapan para penyimpan tidak mengalami penyusutan. 

Setakat ini, Tabung Haji tidak pernah gagal dalam operasi utama mereka melibatkaan jemaah Haji dari Malaysia ke Tanah Suci Makkah dan urusan ibadah Haji. 

Hanya kerana Tabung Haji membeli aset, dikatakan telah menjejaskan wang para penyimpan di Tabung Haji? Atau kerana Tabung Haji membeli aset dari 1MDB? 

Berdasarkan maklumat, pemaju komersial dari Indonesia, Mulia Group telah dalam perbincangan dengan 1MDB untuk mengambilalih pembangunan Signature Towers 74 tingkat di TRX - pada harga RM500 juta dan perundingan dengan blok kedua yang ditolak oleh Tabung Haji dan didedahkan oleh pihak tertentu dalam sebuah blog. (RUJUK SINI

Mulia Group dikatakan sudah hampir mencapai hasrat mereka memandangkan Tabung Haji telah menolaknya. 

Mulia Group merupakan pemaju hartanah komersial terbesar Indonesia. (RUJUK SINI

Sekaligus di TRX, dua buah syarikat pemaju hartanah - Lend Lease dari Australia dan Mulia Group - barangkali telah menyelewengkan wang mereka semata-mata untuk bail-out 1MDB sebagaimana tuduhan yang dilemparkan kepada Tabung Haji?

Perlu diingat, nama asal TRX adalah KLIFD di mana huruf 'I' membawa maksud International (Antarabangsa). TRX diwujudkan dengan hasrat dan sasaran menjadikan ianya sebagai sebuah kawasan antarabangsa dan mampu menarik pelabur-pelabur asing yang akan menempatkan syarikat-syarikat mereka di situ. 

Adakah pembelian hartanah bernilai RM185 juta oleh Tabung Haji di TRX, mampu bail-out 1MDB sebagaimana yang didakwa?

Ada yang mempertikaikan, mengapa Tabung Haji membeli tanah TRX pada harga yang lebih tinggi daripada yang dibeli 1MDB dari Kerajaan. Mungkin sedikit sifir, boleh membuka otak masing-masing. 

Andaikan seperti berikut: 

Harga belian: RM320 juta

Kos untuk penempatan semula, pampasan, perancangan, pembangunan, pengezonan semula dan pemasaran, infrastruktur (jalan raya, jalan bawah, elektrik, air dan sebagainya) : RM2 bilion (kosnya besar kemungkinan jauh lebih besar)

Sekaligus kos tanah TRX kepada 1MDB : RM2.32 bilion. 

Saiz tanah: 70 ekar

Tanah yang digunakan: 70% atau 49 ekar (kerana sebahagian daripada tanah perlu digunakan untuk jalanraya, kawasan terbuka, fasiliti air dan rawatan air, substesyen elektrik dan sebagainya)

Tanah yang diperuntukkan untuk taman awam: 20 ekar
Tanah yang digunakan selain taman awam: 29 ekar. 

Oleh kerana itu, harga bagi setiap kali persegi tanah TRX yang digunakan: RM2.32 bilion dibahagikan dengan 29 ekar = RM1,837 kaki persegi. 

1MDB hanya didanai sebanyak RM1 juta secara tunai dan terpaksa meminjam dari bank. RM1 juta tidak mungkin dapat membayar yuran guaman bagi sesetengah projek hartanah. 

Oleh kerana itu, seandainya kerajaan tidak membenarkan 1MDB buat duit daripada aset tanah, bagaimana mereka boleh mencari wang untuk membayar faedah dan pinjaman?

Agak malang kerana pihak asing melihat potensi besar TRX yang dirancang oleh 1MDB dan sanggup meletakkan wang mereka yang jauh lebih besar berbanding Tabung Haji pada harga tinggi yang telah ditetapkan oleh 1MDB sedangkan masyarakat Malaysia yang menganggap mereka lebih bijak pula, bertindak dan berfikiran sebaliknya malahan melihat ianya adalah satu usaha bail-out. 

TH melabur dalam SATU hartanah menara kediaman di pusat kewangan Tun Razak Exchange (TRX) adalah sejajar dengan strategi pelaburan hartanah TH yang memberikan tumpuan kepada sektor domestik. Pelaburan ini merupakan keputusan komersial yang menepati selera risiko dan telah melalui semua proses penilaian dalaman yang terperinci.

Pembelian hartanah pada harga RM188.5 juta. (RUJUK SINI)

Syarikat asing beli tanah 1MDB = Salah/. Kata jual Malaysia.

Syarikat swasta beli tanah 1MDB = Salah! Kata kroni

Syarikat GLC beli tanah 1MDB = Salah! Kata bail-out.

Lebih baik tanah TRX itu dikhaskan untuk tanam jagung dan padi je.

TRX land tanam jagung dan padi = Salah! Kata govt stupid and waste prime land.

Eh people... When 1MDB set up TRX and Bandar Malaysia, the main idea was to plan, develop and sell the land to strategic investors to recover the interest costs and repay the loans. How else are you supposed to do that if you are only given RM1 million capital?

1MDB Real Estate Bhd is doing EXACTLY what they are supposed to do.

8 comments:

bebas said...

Copy paste comment seorng blogger. Ap pandangan tuan???

MUSTAQIMMAY 8, 2015 AT 12:00 PM
zaman mahathir my heart always with UMNO even my parents non partisan....reason mudah...sbb UMNO gentleman..kalau salah mengaku salah....x macam parti pembangkang....

tapi zaman pak lah dan paling teruk zaman najib....DENIAL Syndrome AT MAXIMUM...

salahkan pengurusan 1mdb jangan salahkan najib?????????apa pnya denial macam tue takleh salahkan mahathir laa perwaja steel dll...setahu saya mahathir admit mistake sbg risk in business...

THP bukan TH..apa nie???????nak deny apa lagi??????saya beli pistol guna duit maybank bukan duit saya..akaun je milik saya tapi duit maybank boleh gitu.....

yg dikesalkan UMNO bukan lagi gentleman tapi penakut penipu rakyat sama cam PR.......sapa lagi diharapkan....dalam keadaan ini aku suka tgk SULTAN dah mula bersuara sbb SULTAN pun manusai muak dgn perangai denial UMNO nie,,,sory i of my finger from PR sbb diorang mmg camtue...tapi UMNO????Parpukari sendiri....apa nie????

salah mengaku je la wei....baca the star FUND Group MD Datuk Johan pertahan keputusan beli tanah 1MDB...apa nak deny nye....??????

isu dia bukan di TH tapi di 1MDB..kenapa 1MDB jual kalau ada duit...kalau bagus sgt takder masalah kenapa perlu jual bawah market price???????????????????????????????????????jawab parpu???????????????????????????????????

rindu UMNO dulu, rindu Parpu dulu..skang merapu

Anonymous said...

Pasal $$$$ melompat semua..psl hudud Allah wat tak tau je..dunia2

Anonymous said...

Batalkan saja pembelian Dan jual Tanah tersebut kepada syarikat Cina Baru puas hati depa.

Ted Manoff said...

Dap dan Zionis memang benchi peranan Tabong Haji...

Anonymous said...

Yang nak pergi bandingkan dengan syarikat2 yang terpaksa beli dengan harga pasaran tu buat apa? Itu orang luar, syarikat swasta, pergi mampus diorang lah.

Ini hal syarikat kerajaan yang mewakili rakyat, yang pakai duit rakyat.

Syarikat kerajaan (1MDB) beli tanah daripada kerajaan (hak milik rakyat) dengan harga RM4 juta. Lepas tu, jual kepada syarikat kerajaan yang lagi satu (Tabung Haji) dengan harga pasaran RM188.5 juta. Tangan kiri jual kepada tangan kanan, bezanya RM184.5 juta duit haji kena kikis.

Kalau betul lah mewakili rakyat dan nak bantu rakyat, kenapa 1MDB tak boleh jual kepada Tabung Haji dengan harga yang murah? Kenapa kerajaan tak jual je terus kepada Tabung Haji? Kenapa pendeposit haji kena tanggung beza RM184.5 juta kepada 1MDB yang hutangnya sampai RM42 billion?

Kerajaan jual kepada 1MDB dengan harga yang rendah, kerajaan rugi, rakyat pun rugi. Tujuannya supaya tanah tu dibangunkan untuk Bumiputera/Islam, bukannya untuk 1MDB seleweng dan jual untuk dapat untung atas angin. Ini zalim dan tak amanah namanya. Tak berkat. Dah tahu 1MDB beli dengan harga yang murah, dan selepas diberitahu yang ianya "High Risk", yang Tabung Haji pergi beli dengan harga pasaran tu buat apa? Betul ke pendeposit haji tak rugi kena bayar RM184.5 juta?

Kalau betul lah peleburan tu bagus sangat, kenapa Tabung Haji tak teruskan sahaja dengan pembelian yang kedua? Kenapa tiba-tiba tak jadi? Kalau tanah tu bagus dan strategik sangat, kenapa 1MDB tak bangunkan sahaja tanah tu? Kenapa 1MDB terpaksa jual? Kenapa Tabung Haji kena bayar 100% cash? Kenapa tak tunggu laporan audit sebelum berurusan dengan 1MDB? Kenapa kena buat senyap2?

Last2 kita dengar, rupa2nya orang2 tinggi Tabung Haji ni adalah orang2 tinggi 1MDB. Eh, bukan. Terbalik. Orang2 tinggi 1MDB ni adalah orang2 tinggi Tabung Haji. Ha, eloklah tu.

Ni duit haji ni, jangan main2. Jangan kerana setia membuta-tuli anda turut bersubahat. Jawablah sorang2 di akhirat nanti.

Anonymous said...

Sesiapa yg tak bersetuju dengan pengurusan Tabung Haji , Sila keluarkan semua duit anda,Bagi aku Tabung Haji sudah cuba buat yg terbaik untuk penyimpannya termasuk pengurusan mengerjakan HAJI

Anonymous said...

Ampu najib, jadilah kau blog sampah!

Anonymous said...

Yg besalah adalah individu. Itu pun kalau ada kesalahan. Kenapa tabung haji hendak dimangsakan ?
Apakah setiap institiusi melayu perlu dirobohkan ? Baru senang hati ?
Berapa banyak agensi yg menguruskan umrah ? Berapa banyak pulak yg terkandas ?Setiap jemaah hj melalui TH menerima subsidi lg. Malaysia adalah antara negara yg teramai menghantar jemaah setiap tahun.
Agensi ini pun nk dirobohkan ?

 
Blogger Templates