Social Icons

Pages

BULETIN 247

Sunday, May 24, 2015

SUAMI ISTERI BERUMAH DI BAWAH JAMBATAN: MALANG MELAYU-ISLAM PULAU PINANG, KERAJAAN NEGERINYA DAP DAN BAITULMALNYA PULA DISYARIKATKAN!!!


PENANG 22 May 2015. Ahmad Salleh, 58 bersama isterinya Azizah Salleh, 40 yang tinggal di bawah jejambat Lingkaran Luar Butterworth hampir dua bulan disebab tiada tempat kediaman. STR/Muhammad Shalaby Shahbuddin

Butterworth: “Nak buat macam mana, mahu atau tidak, saya terpaksa tebalkan muka tinggal seperti penagih dan menjadi gelandangan di sini,” kata Ahmad Salleh, 58, selepas dia dan isteri, Azizah Salleh, 40, sudah dua bulan menjadikan tembok pembahagi jalan di laluan pusingan U jejambat Lebuh raya Lingkaran Luar Butterworth (LLB) sebagai tempat tinggal.

Pasangan berkenaan terpaksa tidur berbumbung lantai jejambat dan beralas kotak selepas tidak mempunyai rumah untuk didiami.

Ahmad berkata, dia mencari rezeki dengan menjaga tandas awam di Terminal Bas Penang Sentral, tidak jauh dari situ dan memperoleh gaji harian sekitar RM20.

“Saya dan isteri memang malu apabila tidur di atas pembahagi jalan, namun ini pilihan yang kami ada setakat ini selepas datang ke Pulau Pinang dari Alor Setar dua bulan lalu.

“Kami tiada pilihan dan ini saja tempat selamat untuk kami tinggal walaupun kadangkala dicemuh dan diherdik mereka yang lalu-lalang di sini,” katanya.

Menurutnya, dia datang dari Alor Setar untuk mencari peluang pekerjaan di negeri ini selepas lama menganggur dan walaupun keadaan kurang selesa, mereka berteduh di situ akibat kesempitan wang untuk mencari rumah sewa.

Katanya, mereka pernah mengikat perut dan menahan lapar selama beberapa hari kerana tiada wang untuk membeli makanan.

“Bukan itu saja, jika hujan lebat, kawasan ini dipenuhi air dan kadangkala kami tidur dalam keadaan basah.

“Ramai gelandangan lain tidur di kawasan ini dan kebanyakan mereka bekerja pada waktu siang dan hanya ada di sini pada waktu malam.

“Setakat ini, saya masih belum dihalau pihak berkuasa, cuma Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) datang dan menasihatkan kami supaya berjaga-jaga bimbang disamun penjenayah,” katanya.

Menurutnya, mereka pernah didatangi dan cuba dicederakan lelaki mabuk yang meminta wang, tetapi tidak diganggu lagi selepas dia menghulurkan beberapa ringgit kepadanya.

Katanya, dia lebih bersemangat mencari rezeki kerana perlu menjaga Azizah yang mengalami masalah mental sejak remaja. (SUMBER)


4 comments:

Anonymous said...

Jabatan Agama Islam Pulau Pinang, atau Pusat Zakat Pulau Pinang tengok saja ke...useless!!

Ted Manoff said...

Kalau Mufti Perlis tahu pasti dia akan dermakan sebuah rumah...kah kah kah

Anonymous said...

jangan mudah lupa, lim kit siang hamkachan pernah melaungkan, MATI MELAYU, INI NEGERI BUKAN MELAYU PUNYA, KITA CHINA SUDAH ADA KUASA, sedarlah dalam suasana politik melayu sekarang yang tak sudah sudah menjatuhkan orang melayu sendiri , berpecah tidak bersatu, sedangkan china haramjadah kukuh bersatu tak kira dap,mca atau gerakan yang untung adalah china, maka tak hairanlah apa y pernah dilaungkan oleh LKS satu masa dulu akan jadi kenyataan. Pada masa tu apa nak dikatakan lagi, PADAN MUKA MELAYU, BODOH PUNYA MELAYU

Anonymous said...

dia ni pencen polis pangkat kopral, minta kpn siasat pasai pa jadi lagu ni

 
Blogger Templates