Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, May 15, 2015

TAK MAHU MEMEKAK JUGA KER, TABUNG HAJI DAN TABUNG ANGKATAN TENTERA (LTAT) LABUR DALAM PEMBINAAN 8 TAPAK UNTUK TUDM?



Sikit-sikit takut... sikit-sikit risau, duit hilang macam yang berlaku dalam KOHILAL dan koperasi-koperasi era 80-an dulu..

Punyalah kelam-kabut sebab Tabung Haji melabur dalam hartanah di TRX kerana kononnya cuba nak bail-out 1MDB...

Cuba pula tengok apa yang berlaku di bawah... pun Tabung Haji juga... pun 1MDB juga... TOLONGLAH PANIK yer dan keluarkan semua simpanan anda supaya mudah orang lain yang dah menunggu lama nak ke Makkah, dapat menunaikan impian mereka menerusi Tabung Haji!!!

Lembaga Tabung Haji dikatakan telah melaburkan RM920.8 juta dalam sukuk Bandar Malaysia 1MDB pada Februari 2014 kerana ia adalah 'pelaburan selamat'. (RUJUK SINI)

Dalam satu kenyataan, Ketua Pegawai Pelaburan LUTH, Abdul Kadir Sahlan berkata sukuk lebih slemaat berbanding parsel tanah di Bandar Malaysia dengan jaminannya adalah 1.67 kali ganda.

Menurutnya, pelaburan Tabung Haji itu dalam dua sukuk, akan menjanakan perolehan sebanyak 5.85% dan 6.05% untuk tujuh dan sepuluh tahun setiap satu.

Dalam kesemua tempoh pelaburan tersebut, Tabung Haji akan menerima perolehi berjumlah RM1.55 bilion dengan keuntungan adalah RM626.5 juta.

1MDB telah membayar penuh RM1 bilion untuk membeli tanah Sungai Besi daripada Kerajaan Malaysia hasil daripada Sukuk Bandar Malaysia. Jumlah keseluruhan sukuk yang telah dikeluarkan oleh 1MDB adalah RM1.5 bilion. (RUJUK SINI)

Sukuk digunakan untuk membiayai pembinaan fasiliti-fasiliti yang akan menggantikan fasiliti Pengkalan Tentera Udara Diraja Malaysia Sungai Besar. Hasil dana daripada sukuk itu, 1MDB telah memberikan projek bernilai RM2.1 bilion kepada Lembaga Tabung Angkatan Tentera atau LTAT. (RUJUK SINI)

Sebagai kontraktor utama, LTAT akan merekabentuk dan melaksanakan pembinaan di lapan lokasi termasuklah tiga di tapak baru iaitu Pangkalan TUDM Sendayan, Negeri Sembilan; Pangkalan 31 RAD di Kajang, Selangor dan Pangkalan Udara PDRM di Subang, Selangor.

Selebihnya adalah di Subang, Kuantan, Butterworth, Gong Kedak dan Ipoh.

1MDB turut menyumbang dana ke arah penaiktafan peralatan tertentu sebagai syarat penempatan semula.

Tanah di Sendayan untuk pangkalan TUDM dan Subang untuk PDRM telah dibeli oleh 1MDB.

TUDM Academia akan menjadi akademi latihan untuk Tentera Udara Diraja Malaysia. Dengan penutupan pangkalan udara Sungai Besi, Unit Udara TUDM akan berpindah pusat latihan ke Bandar Sri Sendayan di tanah berkeluasan 733 ekar.

Antara pembangunan di TUDM Academia termasuklah universiti, pusat latihan dan rumah-rumah kediaman untuk para pegawai dan anggota.

Penempatan semula itu turut membabitkan beberapa unit TUDM, Rejimen Arteleri Diraja (31 RAD) dan unit udara PDRM dari Lapangan Terbang Sungai Besi Lama yang merupakan tempat kelahiran TUDM.

Kita tengok siapa yang akan memekak dan kemudian menyalahkan Lembaga Tabung Angkatan Tentera dan Tabung Haji dalam isu ini? Adakah mereka juga akan melakukan tekanan agar LTAT dan LUTH menjual tanah-tanah itu seperti yang dilakukan ke atas Tabung Haji dalam isu tanah TRX.


10 comments:

Anonymous said...

mcmana nak untung kalau tak buat pelaburan,takkan nak harap duit pendeposit je, PAS PAS PAS ,Aku cadangkan PAS buat sendiri urusan pergi haji ,biar bayaran nya mahal tak de discount,

Anonymous said...

isu utama TKF ialah 1MDB
bukn TH, bkn LTAT

soalan yg sengan pon xblh nk jwb mcm mn org nk yakin
mcm ni la..sy nk tnya TKF "anda ni bebal ke bodoh ke bengap?" sila jawab kalu TFK blh jawab

jgn lari topik besar dan kemudian buat sub-topik utk alihkan topi utama

labi said...

..xde troll ke? kita memerlukan troll utk disebarkan ke media sosial yg lebih efektif fb,tgram,wsapp dll.. org xsuka sngt baca blog..mereka lebih gemar berkemah di media sosial ..

Anonymous said...

nama moden - troll

nama lama - fitnah

dah banyak pahala berbanding dosa dalam kitab kiri dan kanan ko tu?

Anonymous said...

eeeeeee.....takutnya.......

Anonymous said...

Apa ke baghal punya blogger tfk nih...ko tak faham2 apsal rakyat marahkan TH beli tanah TRX tu kenapa? Dah tak paham, kluarkan tulisan bodoh mcm ni pulak...ni la akibatnya menjilat dlm gelap!

Anonymous said...

TKF ni mmg bodoh lagi bengap...nak jilat pon agak2 la. Nampak sgt blogger prepaid PMO

Anonymous said...

jawablah, naper plak nak bodohkan tfk?

naper rakyat marahkan TH beli tanah TRX? naper?

kalau stakat bodohkan blogger jer tapi tak boleh nak hujah balik apa yg ditulisnya, bodoh tu berbalik kpd diri sendiri.

Anonymous said...

Tak payah gaduh dgn puak2 PKR dan PAS ni. Umum mmg tau mrk spesis no brains total lost. Tak memahami isu dan taktau basic facts. Spesis ni kalau kita kata taik lembu tepi jln tu kek sponge maka melompat la mrk mengerumuni nya. Biarkan...

labi said...

provoke benda yg betul....nape? takut ke.. lagipon itulah amalan siang malam pembangkang..

 
Blogger Templates