Social Icons

Pages

BULETIN 247

Sunday, May 10, 2015

TANAH TRX DAN TABUNG HAJI: KERANA POLITIK BANGANG DAN KHIANAT, AKHIRNYA YANG RUGI ADALAH SI BANGANG DAN SI PENGKHIANAT JUGA!!!



Nampaknya sekarang, ramai yang dahulunya menjulang-julang Najib, tersengih-sengih dan berselfie selain mengikrarkan taat setia kepada Najib dalam majlis yang dipenuhi kamera wartawan, mula mengemaskan kargo masing-masing sebagai persediaan untuk melompat keluar dari kapal yang sedang senget dan berada di atas kapal lain.

Itulah dunia politik. Dalam dunia politik, tiada kesetiaan atau pun tanggungjawab mengotakan kata-kata walaupun janji dibuat hampir setiap hari dan setiap masa untuk setiap keadaan walaupun adakalanya tidak munasabah. Di dalam dunia politik, teras utamanya adalah mewujudkan persepsi dan kemudian menyelewengkan pemikiran orang ramai, bergantung kepada apa yang hendak dicapai. Kalau dalam Pakatan Rakyat, objektifnya adalah memperlihatkan KEBOBROKAN Kerajaan Barisan Nasional dan para pemimpinnya. Kalau dalam Barisan Nasional, objektifnya adalah untuk memperlihatkan semua dasar Barisan Nasional adalah untuk kesejahteraan rakyat.

Mana-mana dari kedua-dua pihak tersebut tewas dalam peperangan persepsi, maka segala-gala yang diusahakan dianggap sebagai satu keburukan dan malapetaka kepada negara ini.

Dalam hal ini, Pakatan Rakyat telah memenanginya jauh lebih berkali-kali ganda banyak dan tidak terbilang berbanding Barisan Nasional yang dikepalai oleh UMNO. Dan lebih menarik lagi ialah apabila sebahagian daripada pemain dalam UMNO dan Barisan Nasional yang kalah dalam perang persepsi itu, mula delusi dan akhirnya secara luar kesedaran, akur dengan kemenangan persepsi pihak lawan.

Secara normal, minoriti menurut majoriti. Malangnya di Malaysia, ia tidak berlaku seperti itu, sebaliknya majoriti perlu sentiasa akur dengan minoriti. Peperangan persepsi yang telah dimenangi oleh Pakatan Rakyat dan konco-konco mereka yang berada dalam Kerajaan, GLC malah di sekeliling Presiden UMNO mahupun wujud sebagai tukang kipas dan batu api di sekeliling mantan Perdana Menteri yang mula bercakap seolah-olah pada zamannya tidak ada bail-out atau kerugian dari dasar penswastaan yang diwujudkannya, menjadikan negara ini sedang berhadapan dengan kekacauan persepsi yang sangat luar biasa.

1MDB telah dilihat sebagai masalah besar yang dikaitkan dengan pelbagai salah laku, penyelewengan serta ketirisan. Walaupun penjelasan demi penjelasan telah diberikan, namun apabila orang-orang penting dalam 1MDB bertindak menutup mulut dengan alasan, operasi 1MDB dipersoalkan kerana politik, dan yang menjawab pula adalah pihak yang dianggap tidak berintegriti, persepsi buruk terus meningkat. Semua hala kesalahan diarahkan kepada Perdana Menteri yang merupakan Menteri Kewangan 1 sedangkan orang lain, termasuklah Menteri Kewangan 2, CEO 1MDB, dan segala macam Pengarah dalam 1MDB, dilihat seperti penumpang yang tidak perlu berbuat apa-apa kecuali menunggu Perdana Menteri dikorbankan untuk mereka.

Begitu jugalah apabila Tabung Haji Properties menyertai kecaman ke atas 1MDB apabila terbabit dalam pembelian sebidang tanah yang turut dipertikaikan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir kononnya pembelian tersebut adalah tidak munasabah kerana harganya terlalu tinggi berbanding harga asal yang dijual kepada 1MDB.

Dan kalaulah Abdullah Badawi, seorang lagi bekas Perdana Menteri turut menyuarakan perkara yang sama, maka akan kelihatanlah kepada kita betapa bermuka-mukanya bekas pemimpin negara ini kerana mudah sangat lupa bagaimana pada zaman Mahathir, saham-saham MAS telah diambilalih pada kadar yang jauh lebih tinggi berbanding harga pasaran daripada Tajuddin Ramli yang kemudian, MAS sehingga ke hari ini terus dilanda kerugian walaupun Idris Jala dan kepimpinan selepas itu bertindak mencairkan pelbagai aset MAS termasuklah menjual hartanahnya di Jalan Sultan Ismail.

Begitu jugalah pada zaman Abdullah Badawi apabila beberapa urusniaga mencurigakan termasuklah Syarikat Telekom Malaysia dengan Temasek Holding selain Pantai Medical Centre yang berakhir dengan pembelian semula pada kadar harga yang sangat tidak munasabah jikalau menurut hujah-hujah yang diberikan pada hari ini.

Pun begitu, MAS masih memberikan khidmat. STM juga tetap tidak menamatkan semua perkhidmatan komunikasi di negara ini. PMC kekal di tangan rakyat Malaysia dan tidak ditutup operasinya.

Jikalau dikatakan kesemua bail-out pada zaman Mahathir dan Abdullah Badawi sebagai menyelamatkan pekerja, pelaburan yang dibuat oleh Tabung Haji dalam sektor hartanah juga, melibatkan kemudahan kepada ratusan ribu penyimpan deposit yang bercita-cita mahu ke Makkah atau sekadar menikmati kadar faedah yang lebih tinggi berbanding mendepositnya di tempat-tempat lain.


Dan pada masa yang sama, Tabung Haji menjadi entiti yang turut menambah ekuiti pemilikan aset Melayu-Bumiputera-Islam dalam bidang hartanah, terutama sekali di kawasan Segi Tiga Emas Kuala Lumpur yang sehingga ke hari ini, untuk mengesan sebuah bangunan milik Melayu-Bumiputera di tengah-tengahnya pun, seperti mencari syiling sepuluh sen di dalam loji najis Indah Water. Yang paling banyak ada hanyalah gerai-gerai DBKL yang disewa dengan harga murah atau gerai-gerai haram yang dipacakkan sebelum penguatkuasa DBKL menolaknya.

Sedikit tentang TRX dan Tabung Haji. Tabung Haji telah terlibat dalam TRX semenjak April 2013 lagi dan telah menganggarkan keuntungan 9% setahun daripada projek mereka yang merupakan jauh lebih tinggi berbanding benchmark dalaman mereka iaitu 6%.

TRX bukanlah yang pertama dalam pelaburan mereka. Pada April 2014, Tabung Haji telah membeli Unilever House di London pada harga RM428 juga (£75.8 juta) dan menganggarkan perolehan tahunan 6% daripada pelaburan berkenaan. Dua lagi pelaburan Tabung Haji di United Kingdom adalah di 151, Buckingham Palace Road pada nilai RM1.14 bilion (£205 juta), memberikan perolehan sebanyak 7% dan di 10 Queen Streed pada nilai RM915 juta (£165 juta) yang memberikan perolehan semula sebanyak 5%. (RUJUK SINI)

Nilai tanah yang dibeli oleh Tabung Haji di TRX jauh lebih kecil dan tidak mampu langsung untuk bail-out 1MDB sebagaimana yang dituduh oleh golongan berkenaan. Sebaliknya, selain menambah ekuiti, selain atas dasar dan melengkapkan kitaran penswastaan yang diperkenalkan oleh Tun Dr. Mahathir pada awal tahun 80-an dahulu, Tabung Haji sedang menunaikan tanggungjawabnya kepada para penyimpan deposit untuk membolehkan mereka memperolehi apa yang mereka inginkan iaitu ibadah haji dan keuntungan.

Dan menariknya, kerana persepsi buruk ke atas 1MDB, tindakan Tabung Haji melabur di TRX dianggap sebagai satu penyelewengan dan para pendeposit tidak lagi boleh pergi ke Makkah?

Alangkah buruknya kerja-kerja pengkhianat dan pembangang dalam isu ini!!!

Keputusan telah dibuat. Tabung Haji dalam kenyataannya semalam untuk menolak fitnah, bertindak menjual semula tanah seluas setengah padang bola sepak itu dan memberitahu bakal mencatatkan keuntungan sebanyak RM5 juta walaupun hanya sebulan memegang tanah tersebut.

Setelah pelbagai publisiti buruk dibuat ke atas urusan Tabung Haji dengan 1MDB, adakah golongan yang beria-ia seronok dengan pendedahan urusniaga Tabung Haji-1MDB dapat menunjukkan kerugian wang pendeposit dalam urusniaga tersebut?

Jikalau sekadar seronok kerana dapat membuktikan wujudnya urusniaga TH-1MDB sahaja dan tidak dapat membuktikan tentang kerugian besar sebagaimana yang berlaku dalam kes BMF-Carrian atau Skandal Koperasi besar-besaran tahun 80-an dahulu sehingga tersingkirnya Presiden MCA, Tan Koon Swan atau kehilangan wang dalam KOHILAL mahupun Tabung Sekolah-Sekolah Cina yang diusahakan oleh DAP, ia hanyalah satu lagi persepsi yang dibuat bukan untuk kepentingan rakyat mahupun penyimpan deposit di Tabung Haji, sebaliknya hanyalah satu lagi fantasi POLITIK jahat semata-mata dalam usaha untuk menyingkirkan Najib Abdul Razak dan menghapuskan kuasa UMNO.


CUCU TOK WAN


22 comments:

Anonymous said...

Nampaknya tinggal kamu saja blogger yg dianggap cerdik olih Najib.
Tapi dari gaya tulisan memang kamu bangang yg tidak bersempadan.

Anon said...

Mesej yang ingin disampaikan telah hilang.mungkin timing transaksi ini sangat tidak sesuai melibatkan 1mdb.

Anonymous said...

Ini pandangan saya;PRU 14,BN memang akan tumbang,walau pun bukan PM Najib yg menerajuinya.Kekelahan adalah kerana sekutu BN di Sabah dan Serawak tidak bersedia utk bersama pengganti Najib,apatah lagi kalau pengganti Najib itu adalah Muhyeddin,mahu pun Mahahtir sendiri.Kuasa ketika itu akan berada di tangan PR yg terdiri dari DAP,PKR,PBS,PBB sebagai tunggaknya berserta parti kecil yg lain.Manakala Pas tidak bersama mereka ,keran DAP sudah berjaya mendapat sokongan Sabaha dan Serawak.Saya berharap perkara ini terjadi,sebagai pengajaran kepada Pemuda dan Putri Umno yg berangan utk menjadi pengganti kepimpinan,tapi bersikap khianat.

kiasfansuri said...

tahniah saudara. saya sokong tulisan saudara.

Anonymous said...

Kalau hang rasa cerdik cuba tulis pulak dalam blog hang. Mai kami baca pulak.

jgn jadi bodoh!!! said...

Betoi la tu..klu buat survey rakyat dibawah..mmg BN boleh menang 2\3 lps ni..kekuatan Sokongan BN sebelum Tun bersuara mmg dah kuat sangat..sejak Tun bersuara pn kita masih kuat dgn counter attack melalui TV3 setiap malam mnggunakan khidmat bekas2 balaci Anwar..hidup Najib!!

#ilovePM

Anonymous said...

Saya nasihatkan Datok Najib tidak tunduk pada tekanan dari puak puak yang meruntuhkan UMNO dari dalam. UMNO perlu diperkuat supaya boleh menjaga kepentingan Melayu dan Islam di Malaysia ini.

Anonymous said...

Aku sokong flying kick drp dulu sampai sekarang..Tahniah bagus.

Dalam kehidupan penuh pancaroba, hubungan setiap pasangan suami isteri mampu untuk menghadapi taufan & badai, saling bantu membantu di antara satu sama lain, menerima & redha akan kekurangan & kelebihan pasangan masing2.

Namun bilamana kehadiran pihak ke-3, lebih2 lagi yg amat rapat & dikenali oleh pasangan suami isteri tersebut, kebanyakkannya berakhir dengan pergaduhan, masam muka, last sekali berlaku perceraian. Maka bergembiralah Iblis & syaitan & kaum sewaktu dgnnya.

Hubungan di antara Kerajaan & rakyat, pemimpin antara oemimpin pd hari ini telah digangu oleh Iblis/Syaitan bernama Mahathir Mamakkutty Haram jaddah, MahaLanun yg sewaktu dulunya banyak menyeleweng, bailout spt kata Saleh Keruak...

Iblis Syaitan Mahathir ini banyak berpengaruh dikalangan blogger outside the box, din turtle yg dr dulu hingga kini tak putus asa menyebarkan citer betapa jahat & zalimnya kerajaan Bn pd hari ini.

Zalimnya kerajaan BN yg memberikan subsidi pd jemaah haji, $7,290.00 drp $17,279.00 kos haji, jemaah hanya sediakan $9,980.00.

Zalimnya kerajaan bn yg memberikan subsidi baja, tanam-an kpd penternak/petani, bahkan nelayan dpt elaun. Bantuan Brim, anak sekolah, org cacat dan mcm2 lagi, disamping penghapusan isa/ordunan darurat ke akta baru pota & poka.

Semua kebaikan kerajaan bn najib telah berjaya dibutakan oleh Iblis Syaitan Mahathir dgn sokongan kuat blogger haramjaddah, penghisap darah.

Jika Najib letak jawatan, muhyiddin akan dikontrol oleh Ibis Syaitan madey maka Muhyiddin akan menghapuskan apa kebaikan yg dibuat oleh najib spt brim & bantuan lain2nya, kerna dana2 ini akan diberikan kpd Syarikat Keparat2 yg sedang kelaparan... Rakyat mcn dulu habok pon tak dak.

Bila mana anak2 Iblis Madey rugi, kerajaan kena bailout (saleh- mirzan Konsortium Perkapalan Berhad, Anwar Ibrahim - bailout Mirzan - lawan dipecat?

Kenapa Orang Melayu begitu terpengaruh dgn Iblis Syaitan Madey yg banyak menghabiskan duit rakyat dlm industri kereta Proton & eon?

Orang Melayu... Apajah kamu mahu menjadi spt Bangsa Yahudi yang tidak tahu erti bersyukur & bersabar? Apakah kamu ingin mengatakan subsidi itu kerja kerajaan?

Ikutlah nasihat & percayalah pd Mamakkutty iblis itu, nescaya akan ditimpakan azab ke atas kamu, tunggu sajalah.

Anonymous said...

geli hati aku dgr orang kata najib punca kemenangan bn pru lalu, malah kerusi parlimen Umno bertambah sbb najib...dgr sikit...kami yg undi bn bkn sbb najib,tapi sbb xnak cina DAP memerintah.ADA FAHAM?!

Orang melayu said...

Buktikn yg kau tk lbh bngang dr bloger ni , aku hdp d zaman mahathir dan apa yg d sebut oleh blogger ni adalh perkara yg bnr2 berlaku , begitu la jg halnya dgn petronas yg terpksa bg subsidi pd ipp kononnya untk megelakkn hrga elektrik naik , tp adakh hrga elektrk kd murah ? Kau thu tk btapa peningnya najib nk fkr bgaimana. Nk sekat hrga elektrik dr trus naik ? Jawapan tu ada dlm 1mbd . Klau kau nk thu tlong rajin mmbaca fakta bkn auta ada fhm

Orang melayu said...

Aku jg nk berthu kau klau mahathir msih mmernth kau jgn mmpi nk dgr tentng gji minimum , d zman tun benda tu tk pernh menjadi reality

Anonymous said...

Pas ni DAP beli TRX sbb melayu tak mampu..cina tambah kaya sbb melayu asyik berpolitik

Anonymous said...

Anon 3.38, kalau eja pun tak pandai jgn gatal2 la nak komen. Komen pun mcm tak ada ilmu

Anonymous said...

Tidak disebutkan dalam tulisan saudara bahawa 1MDB hanyalah orang tengah yang buat untung (eh bukan, buat hutang) di atas angin. 1MDB juga menjadi alat untuk menjual tanah kerajaan kepada orang bukan Melayu.

Tidak disebutkan yang tanah yang dikatakan dibeli Tabung Haji dengan "discounted price" itu hanya dibeli dengan harga yang hampir 50 kali ganda murahnya. Amat menakjubkan.

Itulah bukti betapa istimewa sekali 1MDB di hati Menteri Kewangan!

Dengan segala kemungkaran yang berlaku, janganlah saudara menjadi Tuah yang berpegang pada sumpah setia.

Kesetiaan membabi buta tiada tempat di hati pejuang bangsa, kerana pejuang bangsa sebenar berjuang demi kebenaran, walau terpaksa menjadi seperti Jebat!

Ted Manoff said...

Kurang2 dia ikhlas..kalau. u ape ada..tahap komen..komen..komen..pas tu kutuk. .low class. .chabok2 dia pun menampakkan view kekalutan masa kini..

Ted Manoff said...

Pemuda elok jaga kote sendiri jangan naik panau..puteri elok jaga api sendiri jangan naik kurap

Anonymous said...

Saudara, penyingkiran Presiden Umno tidak boleh disamakan dengan penyingkiran kuasa UMNO!

Sebaliknya, seorang penjuang rakyat sebenar, yang lebih mendahulukan kepentingan parti berbanding kepentingan diri sendiri dan keluarga, sepatutnya mengundur diri dengan terhormat demi mengelakkan parti UMNO tercalar lebih teruk.

Lihatlah PM Korea Selatan yang meletak jawatan apabila ramai kanak-kanak terbunuh dalam trajedi feri karam. Dia boleh argue bukan salah dia, tapi dia ambil tangungjawab. Itulah baru ada gaya seorang PM.

Jadi PM dan Menteri Kewangan sangat berkuasa dan sangat tinggi tanggungjawab bro. Jadi Pengerusi 1MDB jugak pulak tu.

Bila dah terpalit macam2, undur diri lebih dihormati. Demi selamatkan parti sendiri. Demi selamatkan kuasa UMNO.

Ted Manoff said...

Gua pun sokong..otak dia berjalan..

Ted Manoff said...

Nak tulis bendanya..dok berbosskan peliwat tua di sungai buluh. ..nautika ade le

Anonymous said...

Setuju..dia bkn pndai menulis..baca blog orang..pstu komen yg boleh dijangka..iq reban ayam..

Anonymous said...

Akhirnya org melayu juga dianggap bodoh.. hanya kerana sekeping tanah yang nilaian tak seberapa..habis purak peranda......sama2 fikirkan?

Anonymous said...

Kalau tak tahu macamana urusniaga hartanah.jgn bising

 
Blogger Templates