Social Icons

Pages

BULETIN 247

Saturday, May 16, 2015

TIMBALAN SPEAKER PARLIMEN NAFIKAN TUDUHAN TUN DR. MAHATHIR, SPEAKER LETAK JAWATAN!!!



Ketika berforum di Ipoh siang tadi, Tun Dr. Mahathir dalam serangan terbarunya ke atas Najib Abdul Razak, menyatakan yang Speaker Dewan Rakyat, Pandikar Amin Mulia telah meletakkan jawatan. Peranan sebagai Speaker Parlimen kini dilaksanakan oleh Timbalannya. (RUJUK SINI)

Bagaimanapun, Ronald Kiandee, Timbalan Speaker Dewan Rakyat menafikan tuduhan tersebut. Malah menyifatkannya sebagai satu spekulasi liar semata-mata.

Ronald Kiandee turut menolak dakwaan bahawa Pandikar Amin telah meletak jawatan sejurus selepas sesi Parlimen tamat pada 9 April lalu. Malah Ronald Kiandee turut menyatakan dalam pertemuannya dengan Pandikar beberapa hari lepas, Speaker Dewan Rakyat itu tidak menyatakan apa-apa.


Menurutnya lagi, walaupun semasa sesi yang lepas, Pandikar Amin tidak muncul tetapi dia sebenarnya bercuti secara rasmi. Pun begitu, pada penghujung sesi, Pandikar muncul dan menjalankan tugasnya seperti biasa.

Malah pada minggu lepas, Pandikar Amin telah mempengerusikan mesyuarat persediaan untuk Persidangan Speaker-Speaker Komanwel yang akan diadakan pada Januari tahun hadapan di Kota Kinabalu.

Kali terakhir, Pandikar Amin Mulia dilihat di khalayak ramai ialah ketika Perdana Menteri melancarkan projek rumah rakyat Ahad lalu di Kota Belud yang merupakan kampung halamannya.

Tun Dr. Mahathir telah memberitahu hadiri dalam forum yang diadakan di Ipoh siang tadi bahawa Pandikar telah meletak jawatan sebagai Speaker. Bagaimanapun, cakap-cakap politik tentang perletakan jawatan Pandikar Amin Mulia sebagai Speaker Dewan Rakyat telah berlangsung semenjak dua bulan lepas, tetapi Pandikar Amin Mulia tetap juga menjalankan tugasnya seperti biasa dan muncul seperti biasa pada banyak acara dan lokasi.


4 comments:

Anonymous said...

Hai..... baru balik umrah dah buat perkara yg tak sepatutnya. Kalau tak betul Pandikar Am7n Mulia meletak jawatan bermakna TDM BERBOHONG.....

Anonymous said...

Kalau itu yang speaker bagi tau kat Tun, kenapa Tun pulak yang kau tuduh berbohong?

Anonymous said...

Lebih elok kalau Tun tunggu pandikar sendiri yg umumkan.

Anonymous said...

Siapa yg berbohong skrg,kesihan The Grand Old Man dipergunakan olih orang.

 
Blogger Templates