Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, May 20, 2015

TUN MAHATHIR PUN DAH TERKENA 'PENYAKIT SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA' SAMA MACAM KIT SIANG LER!!!



Selalunya setiap kali ada masalah, yang paling kuat meroyan dan melalak agar sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja dibentuk adalah Lim Kit Siang. Apa-apa sahaja masalah dalam negara ini, termasuklah kes yang melibatkan cucunya tidak lama dahulu, Kit Siang akan syorkan agar Suruhanjaya Siasatan Diraja dibentuk dan difungsikan.

Rupa-rupanya penyakit itu tidak sahaja dihidapi oleh Lim Kit Siang. Tun Dr. Mahathir yang merupakan musuh utama Lim Kit Siang dari zaman Lee Kuan Yew menjadi Ahli Parlimen di Parlimen Malaysia dahulu pun, sudah terkena penyakit yang sama.

Siapalah agak-agaknya dari kalangan yang kerap berjumpa dan menyucuk serta menghasut orang tua berusia 90 tahun itu dengan idea Suruhanjaya Siasatan Diraja?

Mengapa masih ada orang yang mendesak agar Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) atau Suruhanjaya Bebas dibentuk sekiranya, minda dan pemikiran sudah ditetapkan pada satu haluan?

Tidakkah orang yang mengusulkan agar RCI ditubuhkan itu faham bahawa RCI akan mengambil masa dan sumber yang amat banyak untuk digunakan?

Contoh terbaik adalah RCI berkenaan Projek IC yang dibentuk pada 11 Ogos 2012 dan keputusannya telah diumumkan pada Disember 2014 iaitu dua tahun selepas ditubuhkan.

Bolehkah nanti menerima time-frame RCI ini? Atau selepas itu memekak lagi mendesak RCI mempercepatkan siasatan?

Satu lagi persoalan yang wajar dijawab secara jujur... mampukah menerima hasil siasatan RCI jikalau ianya bertentangan daripada keputusan yang telah ditetapkan oleh otak sendiri dari awal?

RCI ke atas kes Teoh Beng Hock sebagai contoh menyatakan, Teoh tidak dibunuh sebaliknya membunuh diri kerana tidak mampu menahan tekanan daripada taktik soalsiasat agresif yang dilakukan oleh tiga orang pegawai SPRM. Keputusan tersebut sehingga kini masih tidak dapat diterima oleh Pakatan Rakyat, mahupun oleh keluarga Teoh Beng Hock sendiri.

Begitu juga, keputusan RCI berkenaan Projek IC juga masih tidak dapat diterima ramai.

Sekarang, contoh terbaru ialah bagaimana sukarnya untuk menerima hasil keputusan auditor bebas yang terkemuka dunia, Ketua Audit Negara mahupun PAC yang menggunakan penemuan objektif serta konklusif selain bukti-bukti soheh yang kukuh. Kalau dah penyakit itu sendiri sukar dirawat, mengapa nak sibuk-sibuk lagi dengan RCI?

Ketua Audit Negara bertanggungjawab untuk memastikan ketepatan dan integriti peruntukan atau bajet Kerajaan Persekutuan dan kesemua Kerajaan Negeri membabitkan berbilion-bilion Ringgit setiap tahun.

PAC atau Jawatankuasa Kira-Kira Negara pula sebenarnya lebih menyerupai Pembangkang dan mengandungi gabungan Ahli-Ahli Parlimen dari semua parti politik utama. Kesemua mereka ini tidak dimotivasikan untuk melindungi salah laku kerajaan atau menyerang kerajaan secara tidak adil ... KECUALI TONY PUA!

Jadi, kalau Ketua Audit Negara, PAC dan Auditor Bebas Antarabangsa pun susah nak dipercayai dan diterima, apa kejadahnya nak tubuhkan RCI pula untuk menyiasat 1MDB?


10 comments:

Labu8455 said...

Actually this blogger deserve one big "flying kick" right to his arse..

Anonymous said...

sokong,

masa orang,..bersungguh-sungguh cari jalan hendak memanipulasi keadaan sedangkan pada masa kita ,..bersungguh-sungguh pula cari jalan untuk menafikan.

kepada pm..move on..kalau yang dirancang itu bawa banyak manfaat tuk rakyat dan negara..teruskan...pedulikan fitnah-fitnah yg datang.

yang faham dan memahami...innsyaAllah akan memberi sokongan, tun dulupun memerlukan 22 thn tuk membina negara.



Anonymous said...

DATUK NAJIB,SABARLAH ,MUDAH-MUDAHAN ADA GANJARAN DARI ALLAH TAALA.

SAMPAI MASA PEMFITNAH AKAN MENELANJANGKAN DIRINYA SENDIRI DIHADAPAN UMUM SEDIKIT MASA NANTI.

Anonymous said...

Tuan admin, sebenarnya tn tak faham.. Tu sinis dari Tun M psl najib buat RCI untuk kes IC di Sabah. Tn tak cukup bijak lagi membaca pemikiran orang tua berumur 90an..

penang said...

Kalau PM pun tak tahu pasal pasal pinjaman 1MDB, ari ni cakap lain esok cakap lain. Berhenti lah... buat semak peruk.

Anonymous said...

aisehman

dah banyak sangat lapuran dari dlm dan luar negeri

masih ada selenge dan sotong blur yg sokong kangkung

ish ish ish pencuri wang negara dilindungi mat minah goblok

Anonymous said...

Sekejap cakap ada duit cash di BSI sekejap cakap ada aset kat BSI?

Mana nak ikut ni ooooi?

Unknown said...

Tun M bukan jenis ikut orang bro. Dia cakap atas point. Dan setakat la ni x nampak apa yg kerajaan cakap boleh pakai. Dulu gst x naik harga barang. Sekarang DSN sendiri admit Ya GST ada la harga barang naik sikit. Sama la isu 1mdb. Kita rakyat jangan sokong ikut dan takut "kat sana" nanti kena jawab.

Aku bukan govt supporter or oppstion supporter. Aku cuma a Malaysian who wants a better Malaysia.

Ted Manoff said...

You think so .but I think different. Try to kick your dad's are first..then ask him how do you feel dad?

Ted Manoff said...

Isu nya ada atau tiada..kalau apa pun tiada di BSI kemudian kata ada itu baru menipu..

 
Blogger Templates