Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, June 8, 2015

16 JUN PASMA AKAN JADI PARTI POLITIK SECARA RASMI TAJAAN DAP SEPENUHNYA?



Keinginan DAP untuk menguasai parti berteraskan Melayu-Islam, cukup kuat. Mereka telah hampir berjaya dengan penguasaan ke atas PAS. Bagaimanapun pada Muktamar Kali Ke-61 parti itu, kesemua calon-calon yang didalangi oleh DAP, telah disingkirkan oleh ahli-ahli PAS. Kesemua mereka hilang jawatan, termasuklah Mat Sabu yang kuat mencium telapak kaki Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng.

Kekecewaan DAP amat jelas menerusi perintah Lim Guan Eng agar kepimpinan PAS Pulau Pinang yang dilantik ke dalam agensi dan GLC Kerajaan Negeri Pulau Pinang meletak jawatan dengan alasan kononnya PAS telah memutuskan hubungan dengan DAP, tetapi tidak menerangkan bahawa DAP bertanding dalam PRU-13 lalu di bawah jenama Pakatan Rakyat, bukannya DAP secara bersendirian.


Para pemimpin DAP semakin kalut apabila Abdul Hadi Awang membuat kenyataan terbaru yang lebih lunak terhadap UMNO dan Barisan Nasional. Sekaligus benar-benar menggentarkan dan menghilangkan segala angan-angan dan objektif DAP pada PRU-14.

Setelah melabur ratusan juta ringgit dalam membentuk barisan mantap pada PRU-14 yang dijangka akan menguasai sebahagian besar kerusi-kerusi Parlimen berteraskan Melayu-Islam, keputusan muktamar PAS dan kenyataan terbaru Abdul Hadi Awang, bolehlah diibaratkan sebagai menikam DAP dan meruntuhkan segala-gala yang dirancang.

Dalam kenyataan terbaru, Abdul Hadi Awang berkata, PAS sudah bersedia untuk berdialog dan bersama-sama UMNO dalam isu-isu semasa. Walaupun beralasankan 'SEANDAINYA DIPELAWA', namun ia sudah cukup untuk membuatkan keseluruhan pimpinan DAP pro-Guan Eng untuk mengeluarkan pelbagai kenyataan yang menunjukkan betapa bencinya mereka kepada Abdul Hadi Awang dan PAS serta kekecewaan kerana kekalahan dan kehilangan jawatan pemimpin-pemimpin PAS tajaan mereka dalam muktamar lalu.


Barangkali kerana itulah, Teresa Kok, Ronnie Liew dan beberapa orang pemimpin DAP yang lain bercakap tentang PASMA akan menjadi sebuah parti politik yang bakal bekerjasama dengan DAP pada PRU-14 nanti.

PASMA bakal dibarisi oleh para pemimpin PAS yang kecewa dan telah disngkirkan dalam muktamar lepas.

Setakat ini, PASMA hanya mampu berselindung sebagai sebuah NGO di dalam PAS walaupun Presidennya, Phahrolrazi Zawawi sudah beberapa kali terlepas cakap tentang perlunya PASMA untuk menjadi sebuah parti politik.


1 comment:

Anonymous said...

suruh lge bubar dun pp kerana menangnya dari sokongan pengundi2 PAS juga.jgn angkoh sgt.

 
Blogger Templates