Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, June 1, 2015

ADUN BEBAS PELAGUS KRITIKAL SETELAH KERETA YANG DIPANDUNYA TERJUNAM KE DALAM GAUNG DI JALAN SELEKOH!!!



ADUN Pelagus, George Anak Lagong telah terlibat dalam satu kemalangan jalanraya apabila kereta yang dipandunya bersama-sama isteri dan anak-anaknya terbabas ke dalam sebuah jurang di KM424 Jalan Betong-Sarikei-Meradong.

Difahamkan kenderaannya yang bernombor pendaftaran WKE 8890 hilang kawalan dan terbabas ke sebelah kanan jalan sebelum jatuh ke dalam sebuah jurang. Keadaan jalan yang berselekoh dan baru lepas hujan, dikatakan menjadi punca beliau hilang kawalan.

Kemalangan dikatakan berlaku pada jam lebih kurang 3:00 petang tadi. Turut terlibat dalam kemalangan tersebut adalah dua orang anak lelaki dan isterinya.

Akibat kemalangan tersebut, ADUN Pelagus itu dilaporkan mengalami kecederaan parah iaitu retak dan pendarahan di bahagian kepala. Beliau telah dikejarkan ke Hospital Sarikei dan kemudiannya dihantar ke Hospital Sibu untuk dirujuk kepada doktor pakar.

Keadaannya dilaporkan kritikal.

Manakala isteri dan anak-anaknya pula telah dikejarkan ke Hospital Sarikei untuk rawatan lanjut. Berdasarkan rawatan di zon hijau di Hospital Sarikei, dipercayai hanya cedera ringan.

Pada Pilihanraya Negeri Sarawak April 2011, George a/k Lagong (BEBAS) bejaya menewaskan Stanley Nyitar @ Unja a/k Malang (BN-PRS) dengan memperolehi undi sebanyak 5,740 berbanding 2,903 manakala seorang lagi calon dari PKR iaitu Edward Sumbang a/k Asun (PKR) hanya memperolehi 1171 undi.

Berikut adalah butiran proses pengundian Pilihanraya Negeri 2011 DUN Pelagus:

Jumlah mengundi/Votes Cast.......................9,986
Peratus/Percentage...............................65.36%
Undi rosak/Spoilt votes............................172
Majoriti/Majority................................2,837
Penyandang/Incumbent: Larry Sng Wei Shien (BN-PRS)
Undi diperolehi/Votes polled: 5,965
Majoriti/Majority: 3,239



No comments:

 
Blogger Templates