Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, June 2, 2015

AKHIRNYA ADIK BEKAS MENTERI YANG DIKEHENDAKI KERANA DADAH DAN MEMBUNUH, BERJAYA DITANGKAP POLIS DI KUNDASANG!!!



KOTA KINABALU: Penjenayah terkenal Mat Malaya akhirnya berjaya ditangkap selepas polis menyerbu sebuah rumah tumpangan di Kundasang lewat malam Isnin.

Lelaki berusia 44 tahun itu merupakan adik kepada bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar ditangkap bersama-sama dengan isterinya berusia 24 tahun dan bayi perempuan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Sabah SAC Datuk Sallehhudin Abd Rahman berkata suspek yang dikehendaki kerana menembak seorang mekanik pada 6 Mei lalu tidak membantah ketika penangkapan dilakukan.

Mat Malaya atau nama sebenarnya Mohd Jusnaidi Omar sedang disiasat kerana cubaan membunuh dan memiliki senjata api.

Polis, bagaimanapun, tidak menemui sebarang senjata dalam simpanannya.
Suspek dikatakan telah menembak seorang mekanik di bengkel penghawa dingin kereta selepas kedua-dua mereka merenung antara satu sama lain.

Suspek kemudian naik berang dan bertindak menembak mangsa.

Mat Malaya sebelum ini didakwa atas kesalahan mengedar dadah pada tahun 2007 tetapi dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi. #sumber


No comments:

 
Blogger Templates