Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, June 30, 2015

APA SUDAH JADI, HASAN MALEK? HARGA MINYAK TIDAK AKAN DIUMUMKAN LAGI, TAPI AKAN DIBERITAHU KEPADA PENGUSAHA MINYAK SAHAJA!!!



Tiada lagi notis pemberitahuan mengenai perubahan harga minyak kepada orang ramai dan hanya akan dimaklumkan kepada pengusaha minyak pada setiap hujung bulan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek.

Beliau berkata ini kerana perubahan harga minyak akan menjadi rutin memandangkan harga minyak dijangka sentiasa berubah setelah kerajaan melaksanakan penetapan harga runcit untuk petrol RON95, RON97 dan diesel mengikut kaedah Pengapungan Terkawal mulai 1 Dis tahun lalu.

"Setiap hujung bulan jam 12 malam, kita akan beritahu harga baharu kepada pengusaha minyak sama ada harga minyak turun, kekal atau ada peningkatan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Hari Terbuka Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) anjuran Pemuda UMNO di sini hari ini. Turut hadir Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang juga Menteri Belia dan Sukan dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan, yang juga Ketua Penerangan UMNO.

Sebelum ini pemberitahuan mengenai perubahan harga minyak akan diumumkan di laman web rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Berdasarkan senario setiap hujung bulan iaitu selepas jam 12 malam harga minyak dijangka mengalami perubahan, Hasan bagaimanapun enggan mengulas sama ada harga petrol RON95, RON97 dan diesel mengalami kenaikan, penurunan atau kekal pada kadar semasa selepas tengah malam ini (1 Julai).

"Kita tunggu sahaja jam 12 malam ini, lihat bagaimana," katanya.

Harga runcit semua jenis minyak pada 1 Jun lalu naik 10 sen seliter menjadikan harga baharu semasa RON95 ialah RM2.05 seliter, RON97 (RM2.35 seliter) manakala diesel (RM2.05 seliter).

Sementara itu, Hasan menafikan dakwaan akan terdapatnya peningkatan terhadap harga siling ayam bersempena musim perayaan ini.

Katanya, skim kawalan harga barangan untuk Aidilfitri tahun ini dijangka diumum pada Jumaat ini, dan orang ramai diminta tidak menyebarkan perkara yang tidak benar mengenainya.
-
"Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani juga dah kata tiada masalah dengan bekalan ayam, kita jangka tiada masalah dengan harga juga, jangan sebar benda yang tidak sahih," kata Hasan.

Sementara itu, Ahmad berkata kerajaan dijangka mengumumkan pertambahan jenis barangan yang dikenakan 'sifar' GST pada pembentangan bajet akan datang.

Katanya, kerajaan melalui satu jawatankuasa khas sedang mengumpul maklum balas daripada seluruh golongan rakyat dan akan mempertimbangkan jenis barangan dan perkhidmatan tidak akan dikenakan GST.

"Contohnya kita dapat cadangan supaya tidak kenakan GST terhadap barangan sembahyang serta barangan keperluan rumah yang digunakan semua golongan, kita akan pertimbangkan dan segala penambahbaikan akan diumum pada pembentangan bajet yang dijangka Oktober nanti," katanya.

Ahmad berkata sehingga kini kerajaan telah mengadakan sebanyak 525 sesi penerangan mengenai GST dengan pelbagai pihak dan akan meneruskan usaha berkenaan sehingga rakyat benar-benar faham mengenai pelaksanaan cukai berkenaan. (ASTRO AWANI)


8 comments:

Anonymous said...

Wahai Pak menteri...apa2 kenaikan harga barang pengguna lah kena maklumkan dulu sb kami yg membeli dan nk buat bajet..apa yg susah sgt nk bgtau di zaman moden ni....

Anonymous said...

Tindakan tak popular kerajaan yang org akn igt sampai PRU14 nanti... Masa PRK boleh plak tangguh....

Anonymous said...

Menteri bangang macam inipun PM pakai. Alamat nak jatuhlah kerajaan BN kalau ramai menteri mscam ini..... sama bangang dgn YB DS SK.

Anonymous said...

minyak dunia tengah turun, minyak kat malaysia plak naik..hihihi

Anonymous said...

bila la nak dpt harga minyak RM 5 seliter...rakyat Malaysia semuanya mampu dan telah mencapai pendapatan tinggi semenjak PRU 12 lagi😏 PRU 14 mu tunggu rakyat dtg.

Anonymous said...

Darah aku pun naik juga ni....uhuk

Krang dbagitau harga naik org buat pembelian 'panik', sampai sesak pam minyak. X bgtau plak dtuduh Menteri Kayu.

Sindrom Malaysian
"APA PUN XBLEH, PIRAAH"

Anonymous said...

Kan bagus ditunjukkan sifir bagaimana harga minyak naik atau turun berdasarkan harga minyak dunia setiap bulan.. nak tunjuk sifir tu pun susah ke? Buat iklan kat tv astro.. tunjukkn rakyat supaya rakyat boleh kira sendiri turun atau naik harga minyak utk bulan depan... aparrraaa

Anonymous said...

hassan woii hassan. ko berenti sajelah. ko tak layak langsung jadi menteri. jadi pak lawak mcm kumpulan bocey lagi ok aku rasa. najib , tolong pecat ini org. ini org memalukan kabinet anda saje.

 
Blogger Templates